Assalamualaikum ...
Bismillah . Pasangan yang berkahwin mengharapkan kelahiran anak sebagai pengikat kasih sayang dan langkah ke arah pembinaan sebuah keluarga. Malah kelahiran anak juga adalah zuriat penyambung keturunan ibu dan bapa . Namun , tidak semua perkahwinan itu dianugerahi Allah dengan kelahiran anak walaupun usia perkahwinan terus bertambah.
Malah, ada yang hingga menghembuskan nafas terakhir tidak juga dikurniakan cahaya mata walaupun sepanjang hayat mereka pelbagai usaha dilakukan sama ada berubat secara moden mahupun secara tradisional .
Nabi Ibrahim pun dianugerahkan anak iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak pada usia yang lewat 99 tahun dan terakhir 112 tahun.
Allah berfirman yang bermaksud:
" Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishak. Sesungguhnya tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. "(Surah Ibrahim, ayat 39)
Anak Angkat Dalam Islam
Anak angkat sudah dikenali sejak zaman jahiliah sebelum ada risalah Nabi Muhammad . Ketika itu anak angkat dinasabkan kepada bapa angkatnya serta boleh menerima pewarisan. Malah, isteri anak angkat haram dikahwini oleh bapa angkatnya.
Justeru, umumnya anak angkat mendapat hak yang sama seperti anak kandung. Nabi Muhammad sendiri pernah mengambil Zaid bin Haritsah bin Syarahil Al-Kalbi sebagai anak angkat sebelum Baginda menjadi rasul, sehingga dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad.
Tradisi ini berlanjutan hingga tahun ketiga atau keempat hijrah. Allah kemudian memerintahkan anak angkat untuk dinasabkan kepada bapa mereka (yang sebenarnya) jika diketahui. Allah mengharamkan anak angkat dinasabkan kepada bapa angkat secara hakiki, bahkan anak angkat juga dilarang bernasab kepada selain bapa mereka yang sebenarnya.
Allah mengungkapkan hukum itu sebagai bentuk keadilan yang mengandungi kejujuran dalam perkataan, menjaga keharmonian nasab serta menjaga hak harta bagi orang yang berhak memilikinya.
Mengambil Anak Angkat Mengikut Syarak
Mengambil anak angkat kerana sifat kasihan kepadanya seperti anak luar nikah yang tidak dipedulikan adalah digalakkan di sisi syarak kerana memelihara anak angkat dengan penuh kasih sayang akan mendapat ganjaran besar. Cuma perlu dijaga mengikut peraturan syarak.
Firman Allah yang bermaksud:
" Dia tidak menjadikan anak angkatmu sebagai kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).
Panggillah mereka (anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa mereka, itulah yang lebih baik dan adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan saudara sepupumu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(Surah Al-Ahzab, ayat 4-5)
1- Hukum Wajib
Dalam keadaan tertentu, hukum mengambil anak angkat boleh menjadi wajib apabila timbul ketakutan anak itu jatuh ke tangan orang kafir . Justeru , bagi mengelak akidah anak itu terpesong , Islam mewajibkan dijadikan anak angkat .
2- Jadikan Mahram
Anak angkat boleh dijadikan mahram dengan cara ibu angkat menyusukan anak angkatnya . Jika bapa angkat masih bujang , maka berikan saudara perempuannya menyusukan anak itu sebanyak lima kali . Dengan itu anak angkat akan menjadi anak saudara susunya.
3- Batasan Aurat
Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan kerana mereka dikira sebagai orang asing dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu dijaga seperti wanita di luar rumah . Ia adalah fenomena tidak sihat menurut Islam.
Jika seseorang anak angkat mengetahui statusnya apabila sudah dewasa, maka sejak saat itu dia perlu menjaga semua batasan termasuk aurat kerana hubungannya dengan keluarga angkat bukan mahram .
4- Pembahagian Harta
Dari segi pembahagian harta , Islam menetapkan anak angkat tiada hak mewarisi pusaka . Jika hendak diberi juga kepada anak angkat, harta itu hendaklah dibahagi secara hibah . Cara lain ialah dengan mewasiatkan harta kepada anak angkat tetapi tidak lebih satu pertiga .
SUMBER ; Halaqah.net
Sama ada anda masih bujang atau sudah berumahtangga , sebagai muslim , apabila mengambil anak angkat jika boleh jadikanlah anak susuan supaya jadi mahram . Kebanyakan yang CM lihat dalam disekeliling CM , mereka yang mengambil anak angkat telah memberikan susu lembu kepada anak angkat mereka . Maka dah sahlah bukan mahram . Lepas tu tak menjaga langsung batas aurat dan pergaulan antara mereka dengan anak angkatnya . Sekiranya anak angkat ( perempuan ) itu sudah akil baligh dan hanya berdua dengan bapa angkatnya , maka mereka boleh dianggap bersekedudukan . Betulkan CM kalau CM salah .
~ Sumber Informasi ~
WAALAIKUMUSSALAM !
ReplyDeleteSINGGAH DARI JM...
http://jmbelog.blogspot.com/
kalau nak ambil anak angkat biarlah dari kecilkan supaya boleh jadikan anak susuan dan hal hal bab aurat lebih terjamin :D
ReplyDeletePerkongsian yg sangat bermanfaat bagi mereka yang memelihara anak angkat...
ReplyDeleteAda jugak terfikir... nak ambil anak angkat, tapi banyak faktor yang buat suami tak setuju :)
ReplyDeletesaya pon belum dikurniakan anak....memang kena banyak bersabar dan berusaha...insyaAllah ada rezeki...
ReplyDeletepstt...banner baru ehh....cantekkk....hihihi
Tq sis...info berguna ni..
ReplyDeleteSalam... informasi yang berguna... ramai sekarang ambil anak angkat kerana percaya akan dikurniakan anak kandung kalau mengambil anak angkat... dan ada juga yg mengabaikan anak angkat sesudah mendapat anak kandung...
ReplyDelete