Kaedah Kesan Duit Palsu


Assalamualaikum ...

Bismillah . Tak siapa akan perasan yang wang kertas dalam tangan mereka adalah palsu melainkan direject di mesin cash deposit ( DCM ) , kaunter bank , kaunter bayaran pusat beli belah serta lainnya . Anda lagi tak akan menjangka jika wang kertas itu anda dapat dari kaunter bank . Agak sukar bagi kita untuk kesan duit palsu kerana tak biasa melihatnya . 


Kaedah Kesan Duit Palsu



Kaedah Kesan Duit Palsu


Atas permintaan pembaca , CM cuba dapatkan beberapa maklumat yang mungkin boleh anda gunakan untuk kesan duit palsu . Walaupun mungkin kaedah kesan duit palsu ini kurang lengkap , CM harap ianya dapat membantu anda serba sedikit untuk kesan duit palsu .


Kaedah Kesan Duit Palsu


1- Bezakan Dari Gambar


Membezakan antara duit ( wang kertas ) palsu dan duit ( wang kertas ) tulin boleh dilakukan dengan mencari kelainan antara wang kertas berkenaan . Apa sahaja yang ada di duit ( wang kertas ) tersebut sama ada simbol , angka , tulisan juga benang yang tersembunyi . Contohnya seperti berikut ;


Kaedah Kesan Duit Palsu


Kaedah Kesan Duit Palsu


2- Bezakan Dari Jenis Kertas


Duit ( wang kertas ) tulen sedikit kesat terutama dibahagian bercetak dan ada bunyi rapuh bila digesek dengan jari .

Manakala duit ( wang kertas ) palsu , warnanya agak pudar sebab dicetak di atas kertas yang dibuat bukan dari kapas .


3- Bezakan Cetakan 


Duit ( wang kertas ) tulen cetakannya timbul apabila dirasa dengan jari .

Sebaliknya duit ( wang kertas ) palsu tidak ada rasa cetakan timbul .


4- Bezakan Di Bawah Cahaya


Duit (wang kertas ) tulen terdapat potret watermak Yang Di Pertuan Agong , benang kesalamatan dan ada ciri - ciri yang sempurna . Potret watermak Yang Di Pertuan Agong dilihat memiliki tiga kesan dimensi tanpa ada garis bentuk tajam potret . Pada dasar watermak , nombor denominasi dapat dilihat engan jelas . Malah benang keselamatan dapat dilihat dengan jelas . Selain itu , bunga raya pada bahagian depan nampak sempurna dan selaras dengan bunga raya pada bahagian belakang duit ( wang kertas ) .

Sementara duit ( wang kertas ) palsu , watermark potret tidak kelihatan . Jika ada sekalipun , ianya kelihatan seperti lukisan . Benang keselamatan pula agak kabur dan mudah ditanggalkan . Ciri - cirinya pula tidak sempurna dan selaras dengan corak di bahagian depan juga belakang duit ( wang kertas ) 


5- Bezakan Di Bawah Kanta Pembesar


Apabila menggunakan kanta pembesar  anda akan lihat huruf mikro di bahagian depan dan belakang duit ( wang kertas ) tulen itu kelihatan tajam .

Manakala pada duit ( wang kertas ) palsu pula , perkataan huruf mikro ' BANK NEGARA MALAYSIA ' , ' BNM ' dan denominasi wang kertas seperti RM1 , RM5 , RM10 , RM50 dan RM100 tidak kelihatan . Yang ada hanyalah titik - titik yang dicetak untuk meniru ciri - ciri duit ( wang kertas ) tulen .


6- Bezakan Di Bawah Cahaya Ultra - Ungu


Di bawah cahaya ultra - ungu , elemen fluorescent halimunan mewakili pelbagai elemen latar belakang sama ada di bahagian depan juga belakang duit ( wang kertas ) dalam warna yang berbeza . Pelbagai elemen ini dapat ditangkap di bawah cahaya ultra - ungu seperti gentian halimunan dan pemancaran cahaya yang berbentuk empat segi .

Sebaliknya , gentian halimunan dan pemancaran cahaya yang berbentuk empat segi sepenuhnya tidak kelihatan pada duit ( wang kertas ) palsu di bawah cahaya ultra - ungu .


7- Bezakan Dari Sudut Kecondongan 


Cuba anda codongkan duit ( wang kertas ) anda dan lihat sama ada 

  • Ciri LEAD pada RM10 , RM50 dan RM100 . Apabila anda condongkan duit ( wang kertas  ) tersebut , anda akan melihat jalur yang berwarna - warni serta bersinar di bawah cahaya terang dan ianya menunjukkan denominasi wang kertas dan nama BNM apabila sudut pandangan dialihkan .
  • Ciri LEAD adalah sangat sukar untuk dipalsukan . Ini kerana sinaran LEAD biasanya tidak dapat dilihat . Ada antara pemalsu akan cuba meniru ciri LEAD dengan menggunaan kerajang berkilat .
  • Ciri PEAK . Sekiranya sudut pandangan diubah dengan mengalihkan duit ( wang kerts ) , imej tersembunyi iaitu nombor denominasi seperti 50 akan terdedah di tengah empat segi PEAK .
  • Tiada imej terpendam denominasi dalam ciri PEAK atau beberapa peniruan imej yang telah dicuba .


Sumber 



Harap penjelasan di atas dapat membantu anda yang sedang tercari - cari cara bagaimana mahu membezakan ciri -ciri duit ( wang kertas ) palsu sebagai panduan .




~ Cetusan Minda ~



15 Responses to "Kaedah Kesan Duit Palsu"

  1. wah.bahaya jugak ni kan?

    ReplyDelete
  2. alahai, xsmpt nk check kalo dh dpt duit..arap2 xde lh yg palsu huhu

    ReplyDelete
  3. Tulah..... mmg tak perasan langsung kalau kita dpt duit palsu pun.....takkan nk kena beli mesin ultra ungu kot

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bagus CM.. yg snang nk detect bila tgk shining kt duit tu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih... info ini sangat bermanfaat kerana kita sering tertipu dengan banyak benda palsu di dunia ini...

    ReplyDelete
  6. Panduan yg bagus buat kita semua agar lebih berhati2.. thanks sharing CM..
    tengok inti di hujung minggu.. :D

    ReplyDelete
  7. Wahh, penjelasan yang sangat lengkap.. Terima kasih sis atas perkongsian ini..InsyaAllah lepas2 ni dah ada ilmu sikit untuk bezakan antara palsu dan tulen. Kalau stkt RM1 blh thn lagi.. Kalau RM50, RM100 masak kalau dapat yang palsu kan..huhu

    ReplyDelete
  8. Good tips CM...
    Sekarang ni macam2 dah...bahaya jugakan...Kita ni selalunya nak cepat...kira main percaya aje..

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg berguna.. selalu tengok ada kedai yg check pakai UV light tu je..

    ReplyDelete
  10. Memang perlukan sedikit ketelitian untuk kenal pasti... Perlu juga cerewet dan hati2 terutama duit yang bernilai besar.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...