Assalamualaikum ...
Hyundai Sonata Versi 2015 | Bismillah . Kepada peminat Hyundai Sonata , ada berita baik untuk anda . Hyundai Sonata telah mengeluarkan versi barunya pada tahun 2015 ini . Hyundai Sonata versi 2015 merupakan generasi ketujuh yang direka bentuk semula sepenuhnya .
Hyundai Sonata Versi 2015
Hyundai Sonata versi 2015 yang telah dilancarkan pada bulan Disember 2014 ini lebih menumpukan kepada meningkatkan penghalusan pada kendaraan Hyundai Sonata itu sendiri . Pihak Hyundai lebih memfokuskan kepada kekuatan , kestabilan , perincian dan kesederhanaan . Penambahbaikan telah dilakukan pada bahagian badan , casis , stereng dan suspensi dilakukan untuk menjadikan Sonata itu lebih kukuh dan bersifat atlet .
Reka bentuk Hyundai Sonata Versi 2015
Hyundai Sonata versi 2015 mengetengahkan bamper yang digabungkan dengan lampu LED nyalaan siang hari , lampu belakang LED merah , cermin sisi , spoiler bibir but , kemasan krom dan dual paip ekzos yang cantik dilihat .
Terdapat satu ciri unik bagi segmen-D yang ada pada Hyundai Sonata versi 2015 iaitu But Pintar yang cukup praktikal kerana anda tidak perlu lagi meletakkan barang di bawah . Anda hanya perlu berdiri di depan but dengan kunci di dalam poket . Selepas itu , pintu but akan terbuka secara automatik hanya selepas tiga saat .
Kabin Hyundai Sonata Versi 2015 Yang Lebih Kemas
Kali ini Hyundai Sonata memilih rekaan T melintang untuk kabin dengan kemasan keras dan lembut yang dapat memberikan perasaan eksklusif .
Hyundai Sonata juga meletakan isyarat - isyarat paparan secara berdekatan supaya gugusan instrumen itu kelihatan lebih kemas .
Menyediakan ruang simpanan yang besar dan terbahagi kepada tiga saiz ruang yang berbeza pada kotak gear yang membolehkan anda meletakkan barang .
Sterengnya yang kelihatan lebih kecil sedikit memberikan genggaman dan kawalan stereng yang lebih kemas .
Hyundai Sonata juga meletakan isyarat - isyarat paparan secara berdekatan supaya gugusan instrumen itu kelihatan lebih kemas .
Menyediakan ruang simpanan yang besar dan terbahagi kepada tiga saiz ruang yang berbeza pada kotak gear yang membolehkan anda meletakkan barang .
Sterengnya yang kelihatan lebih kecil sedikit memberikan genggaman dan kawalan stereng yang lebih kemas .
Terdapat ciri - ciri lain yang dapat menari pehatian anda antaranya ;
- Air - cond untuk penumpang belakang dengan soket 12 volt .
- Audio Visual Navigator dikuasakan dengan sistem operasi Android 4.4.2 yang boleh diakses melalui panel paparan skrin sentuh ( ditawarkan pada varian Elegance dan Executive ) .
- tersedia Wifi dan Google Play Store .
Prestasi Hyundai Sonata Versi 2015
Hyundai Sonata versi 2015 menggunakan enjin 2.0 NU MPI menerima talaan bagi memberikan lebih tork dan kuasa pada julat klajuan enjin yang luas . Kuasa sebanyak 154PS dan tork 194Nm dihantar ke roda hadapan menerusi transmisi 6 - kelajuan automatik .
- Penghantaran kuasa pula boleh dijelaskan sebagai santai dan linear. Apabila ingin memotong memerlukan tekanan pada pendikit lebih awal atau menggunakan mod Sport. Bagaimanapun ngauman yang dihasilkan tidaklah sekeras generasi sebelumnya. Kuasa yang ditawarkan adalah cukup untuk pemanduan harian.
- Bahkan transmisi juga ditambah baik untuk lebih laju dan lebih senyap ketika pertukaran gear.
- Buat pertama kali juga Sonata didatangkan dengan sistem Mod Pemanduan- Eco, Normal dan Sports. Setiap mod memainkan peranan terhadap perubahan kuasa stereng, tukaran gear dan penghantaran pendikit.
- Sepanjang perjalanan menuju ke Port Dickson, saya cukup tertarik dengan perubahan stereng dan suspensi. Sistem suspensi dengan Amplitude Selective Damper menjadikan kerja rendaman pada jalan yang beralun atau berlubang lebih selesa serta respons lebih baik. Begitu juga ketika proses mengambil selekoh.
- Hyundai juga mempertingkatkan rangka badan. Hasilnya perubahan kawalan badan adalah paling ketara. Buktinya ketika melalui jalan berselekoh sekitar Negeri Sembilan, kadar olengan badan yang minimum dan cengkaman mekanikal cukup meyakinkan.
- Malah, pusingan pada selekoh secara tiba-tiba mudah diselesaikan. Sonata mengembalikan semula kedudukan dengan cepat. Latihan memandu di Litar Antarabangsa Sepang membuktikan ketangkasan Sonata mengubah haluan.
- Kesenyapan kabin juga berada di tahap sederhana. Saya berasa perubahan pengendalian yang lebih baik berbanding sebelumnya. Nampaknya penghalusan generasi baharu ini lebih bernilai.
- Duduk di belakang, tersedia banyak ruang lutut dan bukan satu masalah jika pemandu berketinggian 6 kaki. Penumpang belakang bukan sahaja boleh duduk bersilang kaki tetapi juga dengan gaya bebas.
- Satu bonus juga sekiranya pemandu seorang yang rendah seperti saya. Ruang yang ditawarkan bagi penumpang belakang ibarat sebuah limousin sehinggakan penumpang dengan tinggi 6 kaki mampu melunjurkan kaki.
- Ia dicapai apabila pihak Hyundai meningkatkan panjang Sonata sebanyak 35 milimeter (mm) dan lebar 30mm. Satu kelebihan buat Sonata.
- Jika dahulu saya kurang berpuas hati dengan pengendalian Sonata. Kini perkara terbaik dilakukan oleh Hyundai bukan sahaja pada bahagian penampilan tetapi juga pengendalian. Kali ini penghalusan Sonata adalah lebih baik dan sedikit banyak memuaskan hati.
Kereta Hyundai ni dah makin improve baik dari segi design mahupun pengendaliannya. Dah tak macam Hyundai dulu-dulu.
ReplyDeleteKereta Korea sekarang ini sangat menawan rekabentuknya disamping kualiti yang semakin mantap.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat ;)
ReplyDeleteSemakin mantap... bergaya.. boleh memandu ke inti juga.. :D
ReplyDeletesuka tengok hyundai sonata ni tapi takpela. dalam mimpi je lah mampu nak dpt sebijik.
ReplyDeletemacam menarik jer tengok ciri2 dia :)
ReplyDeleteTeringat kereta ni mula2 saya tengok tahun 2004. Kereta lecturer medic. Saya siap bergambar tepi kete dia. Hehehe.
ReplyDelete