Assalamualaikum ...
Bismillah . Sekarang ni fenomena cuaca sejuk luar biasa telah melanda Kelantan terutama di Kuala Krai sejak tiga hari lalu . Malah Fenomena cuaca sejuk juga melanda di seluruh semenanjung Malaysia . Fenomena cuaca sejuk ini disebabkan Musim Monsun Timur Laut . Suhu sejuk luar biasa ini dikatakan boleh mencecah sehingga 17.2 darjah selsius !
Fenomena Cuaca Sejuk Luar Biasa
Pada penghujung 2013 , Malaysia juga terutama Kelantan dan Terengganu telah mengalami fenomena cuaca sejuk luar biasa sehingga diramalkan salji akan turun di Terengganu . Manakala di Kelantan , keadaan berkabus sepanjang hari seperti keadaan yang berlaku di negara 4 musim . Kini Fenomena cuaca sejuk luar biasa kembali lagi .
Nasib Mangsa Banjir Di Khemah
Mangsa banjir di Kuala Krai paling terasa kesannya . Mereka yang tinggal di dalam khemah memerlukan selimut yang tebal . Itu pun belum cukup untuk mereka bebas dari cuaca sejuk sebenarnya .
Hari ini sahaja , Kuala Krai telah mencatat suhu kedua terendah selepas Cameron Highlands dengan bacaan 19.4 darjah selsius . Bagaimanakah nasib mangsa banji di khemah ini kelak ?
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh berulang.
"Udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung pada Januari tahun lepas.
"Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatat suhu serendah 17.2 darjah celsius seperti berlaku tahun lepas di Kuala Krai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut bagaimanapun fenomena berskala global seperti ini sukar diramal memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau Twitter https://twitter.com/malaysiamet.
Diharapkan , nasib penduduk Kuala Krai yang berhadapan dengan cuaca sejuk luar biasa di khemah mendapat perhatian pihak tertentu . Kita yang dok dalam rumah pun tak tahan sejuk , inikan pula sekadar duduk dalam khemah . Semoga mereka tabah melalui ujian ini .
~ Cetusan Minda ~
bertubi-tubi mereka terima dugaan.. harap bersabar...
ReplyDeleteKesiannya bersejuk dalam khemah.
ReplyDeleteDalam rumah pun dah rasa sejuknya.
wah.. kalau cuaca macam ni dekat KL kan bagus.. tapi kalau kat Kelantan tak sesuai lagi.. kesian mereka-mereka yang tiada rumah.. =(
ReplyDeleteHaii.. Cakk.. Done Follow sini no. 236
ReplyDeleteSalam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..
Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/
Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
kalaulah sejuk tu pindah kat rumah kita kan best...tapi mereka yang diberi kesejukan.Semoga mereka terus tabah.
ReplyDeleteDugaan demi dugaan.. moga mangsa banjir tabah menghadapi smua ujian dari Allah..
ReplyDeleteHebat sungguh dugaan yang Allah berikan kepada mereka kan... semoga mereka tabah menghadapinya...
ReplyDeleteKesiannya..dugaan menguji ketabahan..
ReplyDeleteKesian depakan....kita kat KL sekarang ni bukan main panas lagi kan Vee..
ReplyDeleteKalau ikutkan nyaman jer tu kalau suhu 19 darjah cel tp tulah kalau tak berumah mmg sejuk jugak tu.
sejuk yang menyengat, di kuantan baru 21-22 pun boleh rasa
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan.. kasihan dengan mangsa banjir yang duduk dalam khemah :(
ReplyDeletehuurm after one and another..
ReplyDeletekita yang tidak terjejas ni kalau ada lebih kemampuan bolehla hulurkan apa yang patut.. harapnya mereka semua tabah..
semoga diorang tabah menghadapi dugaan yang datang...
ReplyDeletemakasih infonya,,
ReplyDelete