Jenis Makanan Yang Disukai Rasulullah


ASSALAMUALAIKUM ...


Bismillah . Sebagai seorang muslim , kita perlu mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. untuk mendapat ganjaran pahala dengan cara yang mudah . Sunnah Rasulullah ni sangat banyak sebenarnya . Hari ini CM cuma nak kongsi tentang jenis makanan yang disukai Rasulullah s.a.w.


Jenis Makanan Yang Disukai Rasulullah




Jenis Makanan Yang Disukai Rasulullah


Jenis makanan yang disukai Rasulullah s.a.w. ternyata mempunyai banyak khasiat pada badan . Kalau kita amalkan pemakanannya , akan memberikan kelebihan yang tidak kita jangkakan . Ada antaranya mudah untuk kita dapati ada juga yang tidak kerana negara kita bukan pengeluar . Tetapi itu bukan penghalang untuk anda mendapatkannya . Antara jenis makanan yang disukai Rasulullah s.a.w adalah :

1. Buah Delima


Firman Allah :

 " Dan ( Kami jadikan ) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama ( bentuknya ) , perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya ... "  
( Al An ' am ayat 99 )

CM ada baca satu artikel yang kata kalau makan jus delima untuk jangka masa yang lama boleh beri kesan negatif pada badan . Bila fikir balik , delima nih makanan sunnah . Dah tentu baik untuk kita kan ! ...


2. Kismis


Dalam Tibb An - Nabawi menyebut hadis yang bermaksud :

 " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib ( kismis ) . Ia menghilangkan keletihan , menguatkan urat saraf , meredakan kemarahan , mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut . "
  • Sekiranya pelajar memakan kismis 21 biji setiap pagi , inshaa Allah akan dapat bantu meningkatkan kecerdasan pemikirannya.

3. Kurma


Dalam suarh Maryam ayat 25 - 26 , Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 " Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu , nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu , maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu . "
Diriwayatkan dari Anas bin Malik , beliau menceritakan :

"  Rasulullah s.a.w. telah mengadakan walimah ( kenduri ) untuk perkahwinan Baginda dengan Shafiyyah dengan buah tamar dan sawiq ( sejenis makanan yang diperbuat dari gandum ) . "
( Kitab al-Mawahib al Ladunniyyah ) 
  • Ada hadis yang mengatakan bahawa memakan 7 biji kurma sehari dapat hindarkan kita dari menghidap sebarang jenis penyakit .
  • Memakan kurma setiap hari bagi ibu yang mengandung akan dapat memberi tenaga yang berpanjangan dan memudahkan bersalin .
  • Meminum jus kurma bagi mereka yang berpuasa , akan dapat memberi tenaga tak rasa lapar hingga berbuka . Malah kurma sangat sesuai untuk mereka yang berdiet .
  • Ada kajian mengatakan bahawa kurma boleh kurangkan darah tinggi .

4. Habbatus Sauda


Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

 " Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini , kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam ( mati ) "
Riwayat Hadis dan Muslim .

5. Za ' faran


Sayidina Ali pernah mengatakan :

" Sesiapa mengambil sebahagian Za'faran dan su ' di satu bahagian  dicampur dengan madu , diminum sebanyak 2 sudu pada setiap hari , maka ia dikagumi tentang ingatannya , sehingga dituduh melakukan sihir . "

6. Madu


Firman Allah dari surah An - Nahl ayat 68 - 69 yang bermaksud ;

" Dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam - macam warnanya , di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia . "
  • Bila baby lahir , maka disunatkan meletakkan madu pada bibirnya dan biar dia merasainya .
  • Meminum sesudu madu pada waktu pagi sebelum sarapan dapat meresap segala asid dalam perut yang kosong .
  • Campurkan madu bersama kuning telur dapat menambahkan tenaga batin lelaki .
  • Madu juga dijakdikan sebagai bahan rawatan muka secara alami .

7. Zaitun


Firman Allah dalam surah Al - Mukminin ayat 20 yang bermaksud :

Dari pohon itu ( zaitun ) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan . "
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab , beliau menceritakan , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia dari pohon yang diberkati . "
( Jami'at at Tarmizi )
  • Minyak zaitun , bila disapukan kat muka boleh jadi pelembap dan menghilangkan makeup .
  • Bila disapukan kat rambut , boleh jadi perapi .
  • Bila disapukan kat bibir , boleh jadi pelempab juga .
  • Bila ibu mengandung sapu kat perut , dapat elak dari merekah / kedutan .
  • Malah para ibu juga gemar menyapunya pada baby .
  • Para Chef gemar mencampurkannya ke dalam masakan sebab vitamin yang dibekalkan .

Aisyah r.a. pernah melihat Rasulullah melumurkan minyak zaitun ke tubuhnya .


8. Buah Tiin


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Rasulullah SAW dihadiahkan satu bekas buah tiin . Lalu Nabi SAW mengajak sahabat - sahabatnya makan . Nabi pun turut sama makan . Kemudian baginda SAW bersabda :

 "  kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga , nescaya aku katakan inilah dia . Kerana buah - buah syurga tidak berbiji . Oleh itu makanlah buah ini . Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir  , serta bermanfaat untuk sakit - sakit badan . "

9- Labu


Diriwayatkan daripada Hakim bin Jabir menceritakan daripada bapanya ( Jabir bin Thariq ) yang menceritakan :

" Aku masuk untuk bertemu Rasulullah s.a.w. Aku melihat dihadapannya ada buah labu yang dipotong-potong , lantas aku bertanya , " Untuk apa kamu memotong-motongnya ? Baginda menjawab : Kami memperbanyakkan makanan kami dengan berbuat begitu . "
( Musnad Ahmad )
Diriwayatkan dari Anas bin Malik , beliau menceritakan : " Seorang tukang jahit menjemput Rasulullah s.a.w. untuk menikmati makanan yang dimasaknya . " Anas menceritakan ,

" Lalu aku pergi bersama Rasulullah . Dihidangkan kepada Baginda roti , kuah sup bersama labu dan qadid . Aku melihat Baginda mengutip-ngutip labu disekitarnya . ( makanan dalam ) talam . " Anas berkata , " sejak hari itu berterusanlah aku menyukai labu . "
( Shahih Bukhari )

Begitu banyak khasiat buah zaitun , buah tiin , buah delima , kismis, kurma , habbatus sauda, madu dan za'faran kepada kehidupan kita . Kalau tak dapat makan kesemuanya dalam kehidupan kita , janganlah tinggalkan kesemuanya . Sangat rugi sebenarnya kerana khasiatnya yang sangat hebat . Ada antaranya mudah kita dapatkan dan boleh tanam sendiri pokoknya seperti buah delima .




~ Cetusan Minda ~





8 Responses to "Jenis Makanan Yang Disukai Rasulullah"

  1. belum pernah cuba za'faran..
    Mesti khasiatnya banyak

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kan... kalau semua tu dicombine akan jadi sejenis manisan yang orang arab selalu makan... tak ingat nama dia tapi saya sendiri pernah rasa (tapi rasanya bukan taste orang sebelah sini lah)

    ReplyDelete
  3. Hope dapat amalkan makanan Rasulullah ni. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Rindu pula zumal nak makan kurma, buah tiin dan buah zaitun...

    ReplyDelete
  5. Makanan sunnah ni memamg banyak manafaat dari segi kesihatan..:-)

    ReplyDelete
  6. sy teringin nak makan buah tin....

    ReplyDelete
  7. hehehe alhamdulillah banyak makanan fevret Baginda SAW yang CT pun suka.. tapi buah tin tu saja kenot go sangat hehe..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...