Assalamualaikum ...
Bismillah . Bila masuk tahun baru , ramai yang berazam untuk melakukan sesuatu juga mengubah sesuatu . Sama ada inya berhasil ataupun tidak , hanya keadaan yang menentukan . Kita hanya mampu merancang , selebihnya Allah yang menentukan . Apa yang boleh kita boleh buat adalah , lakukan yang terbaik untuk diri dan hidup kita sebagai pengisian tahun 2015 .
Pengisian Tahun 2015
Banyak pengisian yang kita boleh lakukan paa tahun 2015 demi hidup yang lebih baik , menjadi insan serta hamba Allah yang lebuh tawaddu' dan beristiqamah . Apa kata , kita sama - sama lakukannya agar hati kita lebih tenang dan mendapat keberkatan dari Allah .
Surah al - Waqiah
Cuba membaca surah al - Waqiah setiap kali selepas solat subuh . Membaca surah ini akan dapat membantu membuka pintu rezeki kepada kita disamping usaha dan doa .
Solat Dhuha
Ambil sedikit masa di tempat kerja untuk melakukan solat Dhuha . Mungkin sukar , mungkin juga Allah akan permudahkan walaupun sibuk dengan tugas juga peraturan yang tidak membenarkan .
Surah Yassin
Baca surah Yassin selepas solat Maghrib sementara menunggu waktu solat Isya' menjelma . Pada waktu inilah kita dapat melakukan lebih ibadah walaupun masanya tidak lama .
Surah Mulk
Selepas solat Isya' , baca surah al - Mulk . Kelebihan surah ini adalah dapat mengelakkan kita dari mendapat siksaan kubur .
Baca al - Quran .
Sebelum tidur , kita digalakkan untuk berwudu' . Selepas bermudu' , apa salahnya baca al - Quran walau sekadar sebaris ayat . Kalau mata belum mengantuk , bacalah satu muka surat .
Solat Taubat .
Sebelum tidur , seeloknya buatlah solat sunat taubat kerana kita tidak tahu adakah kita akan bangun esok pagi ataupun terus pejam mata .
Maafkan Semua Orang
Sebelum tidur , niatkan dihati untuk memaafkan semua orang . Sekiranya nyawa diambil pergi ketika tidur , kita sudah memaakan mereka .
Berzikir
Berzikir dan bertasbihlah pada bila - bila masa kita berkesempatan terutama sebelum tidur kalu susah sangat nak tidur .
Solat di Sepertiga Malam
Seandainya terjaga di tengah malam , lakukanlah solat sunat . Macam - macam solat boleh kita lakukan . Buat sekadar yang kita mampu .
Berpuasa
Berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak rugi melakukannya kerana ianya baik untuk kesihatan selain mendapat pahala dan menghidupkan Sunnah Nabi .
Kalau tak mampu lakukan kesemuanya , jangan dtinggalkan kesemuanya . Tiada paksaan kerana ibadah yang kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah . Semoga kita dan diri CM juga dapat melakukan yang terbaik untuk diri kita sendiri . Ibadah kita antara kita dengan Allah . Tak perlulah dicanangkan tetapi mengajak orang lain melakukan ibadah adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam .
Selamat Menyambut Tahun 2015 dari CM di
~ Cetusan Minda ~
selamat tahun baru 2015 sis....
ReplyDeletebagus!! thanks for the info. selamat tahun baruuuu
ReplyDeletegud sharing..
ReplyDeletesama2 kita memperingati amalan2 ni
Alhamdulillah..ilmu untuk saya di pagi hari ni..:)
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa beristiqamah buat ibadah. :)
in sha allah sama sama kita amalkan :D
ReplyDeleteTahun 2015 akan lebih mencabar... Segala amalan perlu dipertingkatkan. Semoga kita sentiasa menjadi insan yg lebih baik dari semalam
ReplyDeletethank you for sharing.. :)
ReplyDeleteselamat tahun baru juga
thanks untuk perkongsian ni
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html klik ya
ReplyDeletesalam maulidur rasul..semoga tahun baru 2015 lebih bermakna dan indah buat kita semua ;)
ReplyDeleteSalam Maulidur rasul & Selamat Tahun baru CM..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian CM, ianya ilmu yang sangat berguna...
ReplyDeleteselamat tahun baru vee
ReplyDeletesaya tahun ni berazam ke arah lebih baik =)
semoga tahun ini lebih baik dari sebelum nye...dan banyak lagi amal ibadat kita :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteSemoga kita dapat melakukannya dengan istiqamah..aamiin..
Salam 2015... semoga bersama2 kita semua terus berkongsi kebaikan utk dunia & akhirat.. aamiin.
ReplyDeleteSemoga 2015 ni menjanjikan seribu rahmat.
ReplyDelete