Sihat Cara Rasulullah


Assalamualaikum ...


Sihat Cara Rasulullah  | Dengan lafaz Bismillah . Sudah menjadi perkara biasa sekarang ini bila nak makan , ambil saja apa yang ada di depan mata . Sama ada hidangan itu berminyak , terlebih masak atau ambil sahaja daging , ikan , ayam dan makan bersama , yang penting perut yag sudah lapar perlu di isi katanya . Tahukah anda bahawa pengambilan sebegitu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita ?



alt image tag



Sihat Cara Rasulullah  




Sebagai umat Nabi Muhammad, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghidupkan sunnah . Justeru itu , sihat cara Rasulullah adalah panduan yang terbaik yang perlu kita ikuti demi memperolehi tahap kesihatan yang kita inginkan . 

Tahukah anda , Rasulullah melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut . Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit . Oleh sebab itu , jangan beri anak anda minum susu selepas anda beri dia makan ikan bersama nasi atau bubur . 

Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion-Jika dalam makanan kita ,  ayam bercampur dengan ikan, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Maka seeloknya susu itu diminum pada waktu malam sebelum tidur . Jika minum pada waktu sarapan , pastikan anda gandingkan ianya bersama roti kosong . Elak gandingkan bersama sandwich . Tapi inilah yang kerap berlaku dan kita lakukan .

Selain itu , Rasulullah juga mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan-amalan berikut:



• Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.

• Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

• Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

• Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat percerna makanan). Akan tetapi elakkan berbuat demikian semasa makan di khalayak ramai atau majli-majlis rasmi. Adab perlu dijaga juga .


Mempraktikkan sunnah itu sebaik - baik amalan . Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan kesihatan . Mengelak itu lebih baik dari merawat . 



* NOTA :

Belajar makan hanya dengan satu lauk saja . Jika ingin ikan , makan ikan sahaja tanpa daging . 



~ Cetusan Minda ~




5 Responses to "Sihat Cara Rasulullah "

  1. THANKS FOR INFO .. RASULLULAH PERNAH BERSABDA... 2 PERKARA AKU TINGGALKAN UNTUK UMAT KU.. ALQURAN DAN SUNNAH KU..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..menarik sangat² sis..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg bermanfaat.. dalam sunnah pastinya ada kejayaan buat kita semua..

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian ni.. Moga kehidupan kita sering diisi dengan melakukan amalan yang diamalkan oleh junjungan mulia, Rasulullah saw..^_^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Seronok bila artikel ni.
    Sebab jadi peringatan buat saya yang sering lupa ni.
    Pasal sujud tu ilmu baru buat saya.
    Thanx, CM.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...