Assalamualaikum ...
Bismillah . Permulaan 2015 disambut dengan pelbagai berita baik disebalik pelbagai tragedi termasuk banjir yang masih tidak banyak perubahan terutama di Pahang . Di sini walaupun semalam dan hari ini cahaya matahari memancar , tetapi udara sejuk tetap terasa terutama di waktu malam . Malah mendung masih berlegar - legar di langit . Hanya doa yang dapat CM pohonkan agar keadaan di tempat banjir bertambah baik .
Berita Baik 2015
Disebabkan banjir sedang melanda , maka berita baik banyak menyusul untuk mengurangkan kegusaran di hati dan minda mereka . Berita baik 2015 ini bukan sahaja menggembirakan mangsa banjir tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya .
1- Sekolah Dibuka Lewat Seminggu
Menteri Pendidikan , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan 2015 telah dianjakkan seminggu ke hadapan untuk memberi ruang kepada mangsa banjir , pihak pengurusan sekolah untuk menyelesaikan masalah akibat banjir .
2- Bonus Kakitangan Awam Disegerakan .
Pemberian bonus kakitangan awam yang sebelum ini dikatakan akan diagihkan pada penghujung Januari , dipercepatkan kepada 5 Januari 2015 . Maka mudahlah untuk mangsa banjir menguruskan keperluan mereka dan anak - anak .
3- Keutamaan BR1M pada Mangsa Banjir .
Berikutan kemusnahan yang diluar jangkaan akibat banjir , kerajaan memutuskan untuk memberikan BR1M kepada mangsa banjir terlebih dahulu . Pemberian BR1M ini akan dapat ditunaikan pada 15 Januari , kalau tak silap CM lah .
4- Harga RON95, RON97 Dan Diesel Turun
Bermula 1 Januari 2015 , minyak petrol RON95, RON97 telah diturunkan sebanyak 35 sen seliter manakala diesel diturunkan kepada 30 sen seliter . Ini ekoran dari harga minyak pasaran dunia yang berharga 60 USD setong . Semoga dengan penurunan ini akan dapat mengurangkan beban rakyat . Manalah tahu lepas ni harga akan terus turun kan .
Masa Yang Sesuai Untuk Turunkan Harga Barang
Bila harga minyak kian menurun , maka giliran harga barang pula perlu diturunkan . Barulah adil kan . Tak kan peniga nak untung sendiri . Kalau nak harapkan peniaga tu rela hati turunkan , susah sikit lah kan . Pasaraya selalunya akan gunakan tawaran harga murah dalam seminggu untuk turunkan harga barang . Bagai mana pula peniaga ditempat lain ? Harap kerajaan ambil tindakan dan cari cara supaya para peniaga turunkan harga barang sesuai dengan penurunan harga minyak . Kesian lah sikit pada kakitangan swasta yang susah sangat nak dapat naik gaji juga bonus terutama bagi syarikat yang kecil saja operasinya .
~ Cetusan Minda ~
Alhamdulillah...
ReplyDeletebagus entri ni..mengingatkan kita fikir yang part positif....
selalunya org nak komplen je...huhu
kita doakan yg terbaik kepada mangsa banjir dan moga tahun 2015 mmberi sinar kepada kita semua :)
ReplyDeleteSetiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... Jika kita sentiasa positif, pasti segalanya akan menjadi positif
ReplyDeletebila minyak naik, harga barang pun naik.. tapi kan, bila harga minyak turun, harga barang tak ikut turun ;(
ReplyDeletealhamdulillah, setuju sgt bonus di awalkan , kesian dekat kawan2 di pantai timur yang dilanda musibah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur.. Disebalik ujian, Allah gantikan pula dengan kemudahan yang lain.. Ini antara salah satu hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan kan..^_^
ReplyDeletebab turun barang tu mungkin sukar
ReplyDeletesebab ianya melibatkan banyak pihak
dah mereka biasanya menggunakan pelbagai alasan apabila nak turunkan
harga barangan berbanding menaikkan harga barangan
Bab minyak turun tu mmg terbaik.. terasa bernafas sedikit. Mudah2an tak naik lagi dan sentiasa turun.. :) :)
ReplyDeleteInti sini setelah lama bersembunyi..
Alhamdulillah ada juga perkara baik yang berlaku..
ReplyDelete