Tragedi Dan Isu 2014


Assalamualaikum ...

Dendan lafaz Bismillah . Tahun 2014 merupakan perjalanan yang panjang bagi rakyat Malaysia . Terlalu banyak perisriwa sedih dan duka . Peristiwa yang sudah menjadi tragedi 2014 bagi Malaysia amnya dan bagi mereka yang terlibat khasnya . Tidak ada sesiapa yang mahu keadaan itu berlaku . Tetapi kuasa Allah melebihi segalanya . Percaturan kita sebagai manusia tak akan mampu melangkaui kekuasaan Allah .

Selain itu , banyak juga isu berbangkit sama ada berkaitan politik , ekonomi juga agama . Media sosial sudah menjadi medan peperangan untuk segala pendapat sama ada pro dan kontra . Caci maki , pujian , viral dan pelbagai lagi sudah menjadi biasa di laman sosial . Sehingga ada ketikanya menjadi bosan untuk membaca semua itu .


Tragedi Dan Isu 2014


Tragedi Dan Isu 2014


Pelbagai tragedi dan isu 2014 yang telah melanda Malaysia pada tahun 2014 . Antara tragedi itu adalah kehilangan pesawat MAS MH 370 , nahas MAS MH17 banjir besar Kelantan , Terengganu , Pahang dan Perak . Selain itu banyak juga isu berbangkit seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible serta Bible dalam bahasa Melayu , I Want To Touch A Dog dan kerusi panas Menteri Besar Selangor . Berikut adalah sedikit kupasan tentang tragedi dan isu 2014 yang berlaku sepanjang tahun .

Tragedi Sepanjang 2014

Berikut adalah sedikit kupasan tentang beberapa tragedi dan 2014 yang berlaku sepanjang tahun . Menyedihkan dan akan membuat kita tafakur sebentar . Tiada kata - kata yang dapat digambarkan . Terkejut , sedih dan menyayat hati . Walaupun bantuan dan kata - kata semangat sentiasa menemani tapi hati mereka tetap hiba .


Tragedi Dan Isu 2014


1- Kehilangan Pesawat MH 370


Pada pagi Sabtu 8 Mac 2014 , negara telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH 370 setelah kali terakhir berada di radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia ( DCA ) pada jam 1.30 pagi , 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu , Kelantan . Pesawat MH370 , jenis Boeing 777-200 itu membawa 239 penumpang dan anak kapal . MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) pada 12.41 pagi dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada jam 6.30 pagi pada hari yang sama . Kronologi kehilangan pesawat MH370 boleh anda baca di SINI


Tragedi Dan Isu 2014


2- Nahas Pesawat MH17 


Pada 17Julai 2014 , Khamis , pesawat MAS MH17 telah ditembak jatuh di Donetsk , timur Ukraine kira - kira pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia . Tragedi itu berlaku selepas empat bulan Malaysia kehilangan pesawat MH370 . Pesawat Boeing 777-200 milik MAS it membawa 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara ( SAM ) ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur . Anda boleh dapatkan kronologi pesawat MH17 di SINI .



Tragedi Dan Isu 2014


3- Banjir Besar Di Kelantan , Terengganu dan Pahang


Tiada siapa yang menjangkakan bahawa akan berlaku banjir besar terutamanya di Kelantan selain Terengganu dan Pahang . Banjir kali ini juga berlaku tsunami kecil di Kedah di mana ombak kecil telah melanggar rumah - rumah dipersisiran pantai dengan sekelip mata sahaja . Malah penduduk kampung terpaksa lari ke atas bukit untuk mendapatkan perlindungan apabila air datang dan melimpah secara tiba - tiba dan drastik .

Dugaan menjadi semakin besar apabila pihak NGO yang menjalankan misi bantuan ke pusat pemindahan tidak dapat masuk disebabkan jalan yang dinaiki air . Malah anda NGO yang menggunakan kenderaan 4x4 telah terkandas dan terperangkap dalam menjalankan misinya . Keadaan banjir yang hampir darurat ini telah mendapat bantuan bukan sekadar dari sukarelawan - sukrelawan malah tentera juga bomba .
Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.
Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa setakat 29 Disember  2014.

Negeri yang teruk terjejas akibat banjir adalah Kelantan , Terengganu , Pahang dan Perak manakala Johor dan Kedah pula hanya melalui banjir tahap sederhana . Berlaku sedikit banjir di Perlis Selangr dan Negeri Sembilan . Sehingga hari ini , 31 Disember 2014 , keadaan banjir di Kelantan , Terengganu , Pahang Perak dan Johor masih tak banyak berubah .


Isu Sepanjang 2014

Sepanjang tahun 2014 , banyak isu yang berbangkit . Bermula dari kemelut penggunaan kalimah Allah , rampasan Bible dalam bahasa melayu , isu kenaikan RON95 / RON97, kenaikan harga barang , cukai GST sehinggalah pemilhan menteri besar selangor yang baru . Berikut adalah kupasan selanjutnya ;


Tragedi Dan Isu 2014


1- Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible Bahasa Melayu


Pada 2 Januari 2014 , Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah merampas Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban daripada Gereja Bible Socirty of Malaysia di Petaling Jaya . Tindakan ini mengundang rasa tidak puas hati phak terbabit . Sebelum itu , akhbar mingguan Katolik , Herald telah meminta kebenaran mahkamah setelah Kementerian Dalam Negeri dan beberapa pihak lain telah menghalang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitannya . Mahkamah Rayuan pada Oktober 2013 telah memutuskan melarang akhbar tersebut menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bahasa Melayu .


Tragedi Dan Isu 2014


2- Kempen I Want To Touch A Dog


Seorang aktivis sosial yang sudah tentunya beragama Islam , Syed Azmi Alhabshi telah melancrkan kempen I Want To Touch A Dog pada hari Ahad 19 Oktober 2014 . Kempen itu telah mengundang kemarahan ramai muslim di Malaysia terutama di media sosial .

"Saya sendiri tidak nampak tindakan memegang anjing itu. Jadi saya tidak boleh komen. Kami hanya tahu dari media dan laman sosial," katanya.


Tragedi Dan Isu 2014


3- Kerusi Panas Menteri Besar Selangor


Isu Menteri Besar Selangor mula panas apabila Tan Sri Khalid Ibrahim didesak oleh PKR untuk meletakkan jawatan . Tan Sri Khalid tidak mahu berganjak dari jawatannya walaupun beliau telah kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden PKR . Selepas Tan Sri Khalid Ibrahim keluar masuk istana , akhirnya beliau melepaskan jawatan tersebut . Sultan Selangor menetapkan perlu ada dua orang calon tetapi PKR hanya menamakan Dr . Wan Azizah sahaja tetapi PAS tidak mahu wanita menjadi Menteri Besar Selangor . Selepas beberapa episod kekecohan yang memakan masa berminggu - minggu , maka Azmin Ali telah diperkenankan Sultan Selangor menjadi Menteri Besar Selangor yang baru .


Tragedi Dan Isu 2014


4- Cukai GST


Cukai GST sebagaimana maklum akan dilaksanakan pada April 2015 . Pun begitu , belum tiba lagi tarikh tu , sudah ada kenaikan harga barang dan caj 6% cukai . Maka berlakulah banyak rungutan . akyat Malaysia sebenarnya tidak lagi bersedia dengan cukai GST ni . Walaupun ada antaranya yang mampu makan di luar setiap minggu juga melakukan travel lebih dari sekali dalam setahun malah menerima pemberian BR1M , tetapi dek kerana tidak pasti bagaimana perlaksanaan sebenar GST nanti , maka ramailah yang sudah mula bimbang . Bimbang kerana pendapatan mereka yang sederhana tetapi terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan .


Tragedi Dan Isu 2014


5- Kenaikan RON95, RON97 Dan Diesel


Ketika harga barangan banyak yang naik , kebimbangan perlaksanaan cukai GST , rakyat dikejutkan pula dengan kenaikan RON95, RON97 dan diesel . Kenaikan demi kenaikan berlaku . Walaupun negara jiran terpaksa menggunakan minyak yang mahal kerana tiada subsidi seperti Malaysia , tetapi kenaikan itu sangat terasa kepada rakyat marhein . Rakyat menjadi lebih tidak puas hati bila harga minyak setong dunia kian menurun . Akhirnya , kerajaan telah menghapuskan subsidi dan harga petrol mengikut harga semasa dunia .


Kesimpulan Tahun 2014 


Banyak bencana berlaku kat Malaysia sepanjang tahun 2014 ni . Selain kehilangan MH370 dan nahas MH17 , telah berlaku banjir besar di negeri - negeri di pantai timur , berlaku juga ribut di Balik Pulau serta puting beliung di Kedah dan Perak . 

Walaupun secara mata kasarnya kejadian tersebut adalah bencana alam . Sebagai seorang muslim pula kita percaya ianya adalah ujian dan ketetapan yang Allah dah ditulis . Disebalik tragedi itu semua , sebagai muslim yang mengaku beriman , kita renungkanlah kembali kenapa Allah takdirkan ianya berlaku ...



~ Sumber Informasi ~



10 Responses to "Tragedi Dan Isu 2014"

  1. banyak musibah berlaku tahun 2014...harapnya tahun 2015 lebih baik..doa2 kan..:)

    ReplyDelete
  2. semoga ada khabar gembira di 2015

    ReplyDelete
  3. Banyak musibah berlaku pada 2014 dan ada yg masih belum terungkai membawa ke tahun baru. Semoga segalanya dipermudahkan pada tahun 2015 dgn kejayaan & kehidupan yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. aamiin.
    Membantu mercy sini.. :)

    ReplyDelete
  4. byk perkara suka duka berlaku .moga tahun depan lebih baik dari yang sblmnya

    ReplyDelete
  5. Semoga 2015 akan membawa sinar kebahagiaan yang gemilang buat kita semua...walaupun hakikatnya, kehidupan di tahun 2015 sebenarnya akan lebih mencabar...

    ReplyDelete
  6. Moga 2015 lebih baik dari 2014..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Pelbagai peristiwa duka berlaku dlm thn 2014...semoga kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku
    Semoga tahun 2015 membawa sinar baru untuk kita semua...aamiin..

    ReplyDelete
  8. tahun 2014 adalah tahun yg mencabar untuk kita....kena banyak muhasabah diri spya tahun mendatang akan lebih baik dari harni :)

    ReplyDelete
  9. betullah vee
    moga buku 2015 ni lebih baik buat negara secara am
    sebab tempias tetap kena pada kita

    ReplyDelete
  10. Banyak juga isu bila kita kumpulkan.
    Isu touch a dog tu yang macam entah hape2 je.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...