Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Pernahkah anda mendengar seni quilling ? Quilling ini sebenarnya dihasilkan menggunakan kertas . Selalunya menggunakan kertas A4 yang pelbagai warna . Kertas tersebut anda gunting / potong memanjang bersaiz lebih kurang 3mm lebar . Selepas itu , anda ambil jarum sulam kait atau jarum cucuk jerawat atau yang seumapamnya , letak dihujung kertas kemudian gulung . Nak nampak kemas , anda gamkan dihujungnya . Ini adalah cara asas menghasilkan quiling .
DIY : Hiasan Dinding Seni Quilling
Banyak corak boleh anda hasilkan dengan seni quilling ni . Bukan sekadar menjadi hiasan dinding malah dapat juga dijadikan hiasan penanda buku , kad jemputan , frame gambar , goodies , kotak hadiah malah apa juga yang anda mahukan . Imej - imej di bawah adalah antara corak yang anda boleh hasilkan untuk hiasan dinding menggunakan seni quiling .
Di musim cuti sekolah ini , seni quilling sangat sesuai untuk anda lakukan bersama nanak - anak . Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah boleh dijadikan hiasan dinding yang sangat menarik . Sudah tentu anak - anak anda akan teruja melakukannya . Bukan sekadar dapat mengisi masa lapang malah dapat juga menambah kreativiti mereka dalam menghasilkan seni .
~ Cetusan Minda ~
kreatifnya...
ReplyDeleteCantiknya!!!
ReplyDeletePerlu tinggi kreativiti untuk membuatnya. Kalau saya yang tak berbakat sebagai artis ni melakukannya agaknya lain yang jadi....
Hiasan-hiasan macam ni seronok dilakukan sebagai aktiviti masa lapang.
ReplyDeleteWah Cantiknya.. Betul-betul teruja dan nak cuba dengan anak-anak nati..:)
ReplyDeleteCantik, menarik dan ohsem. Zumal tak pernah terfikir pun boleh cipta benda camni dengan kertas jew.
ReplyDeletePernah tengok, tapi baru tahu namanya... kreatif & mmg cantik..
ReplyDeleteBoleh belajar interor design kat inti ni.. :)
nice..
ReplyDeleteHasil seni ini memang cantik jika kreatif menggubahnya.
ReplyDeletehuiihhh...kreatif nyerrr.....suka tgk...hihihi
ReplyDeletecantiknya! kalau saya tak mampu nak melakukannya
ReplyDeletekreatif sungguh ye
gabungan warna yg memukau...suke3...
ReplyDelete