Sama Tapi Tak Serupa


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Banyak benda juga manusia yang kelihatan sama tapi tak serupa sebenarnya . Begitu juga dengan haiwan . Tak perlulah nak rasa hairan sangat kan . Itu semua kan kuasa Allah . Asalkan DIA berkehendak maka , jadilah . Cuma manusia sahaja yang tak dapat menghasilkan betul - betul sama dan serupa dengan apa yang Allah buat walaupun dengan lukisan . Sebab lukisan itu mata aka tak ada roh pun .


Sama Tapi Tak Serupa



Sama Tapi Tak Serupa



Sama Tapi Tak Serupa


Dua binatang di atas ni sama tapi tak serupa . Warna bulu jer yang sama binatang lain kan . Sama juga seperti manusia . " Rambut sama hitam tapi hati lain - lain ." Begitu juga dengan pemikiran , persepsi , sifat dan kemahuan . Tapi di mata Allah , yang membezakan kita hanya ibadah . Kita beriman , Allah bersama kita , kita tidak beriman , Allah jauh dengan kita . Tepuk dada tanya otak apa yang kita mahukan di akhirat  nanti .



Sama Tapi Tak Serupa



" Kita sama ker ? "

" Aku arnab ko kucing . Mana nak samanya . Dah nama pun lain . "

" Ya lah , lagipun aku kan lagi comel dari ko . "

" Perah santan lah pulak . Uhhh ... tak kuasa nak layan ! "


Selamat berhujung minggu para sahabat juga pembaca dan pengunjung setia . Semoga hujung minggu anda bermanfaat dan gembira bersamakeluarga tercinta .



~ Cetusan Minda ~





13 Responses to "Sama Tapi Tak Serupa"

  1. alolo comelnya ... walaupun sama comel.. tapi kucing makan arnab. pelikkan? tapi kenyataan. dulu pernah bela arnab. tapi kucing nak makan arnab. habis telinga kena gigit. banyak hari dah kucing tu tenung aje. last-last bila kena terkam, dapat hidup seminggu je dirumah kami :(~

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang kita perlu memilih yang tak sama bagi menyempurnakan kehidupan. Lelaki memilih perempuan untuk dibuat teman hidup, perempuan juga memilih lelaki kerana ketidaksamaan itu yang menjadikan kita bahagia. Dalam realiti kehidupan juga ada kaya miskin dan ada baik buruk kerana dunia pasti akan menjemukan jika kita hidup dalam masyarakat yang semuanya kaya atau semuanya miskin atau semuanya baik atau semuanya buruk...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas peringatan Vee...
    salam hujung minggu

    ReplyDelete
  4. Asalam Vee..betul2 teruja tengok arnab dan kucing tu paling mengancam ..tengok kucing tengok arnab hehehe comel ja..

    ReplyDelete
  5. JR ni kes lain spesis..tak apa memang betul juga apa saja saling berpasangan ..

    ReplyDelete
  6. Manusia pun begitu juga sebenarnya. Ada yang kita jumpa seiras dengan rakan kita walhal sebenarnya tiada kaitan pun..:)

    ReplyDelete
  7. Aloo...comeinya..

    ReplyDelete
  8. Haha....comelnya kepala anak kucing yg tengah tengok arnab tu...alolo.....gitulah lumrah dunia Vee...

    ReplyDelete
  9. adakalanya manusia diciptakan sama tetapi lain kelebihan dan kekurangan.
    Kelebihan yang lsin menampung kekurangan yang lain

    ReplyDelete
  10. sama juga macam adik beradik dalam sebuah keluarga
    lahir dari benih yang sama
    tapi completely berbeza dari segala segi
    even twin pun tak sama =)

    ReplyDelete
  11. comey btl....tapi begitu la lumrah manusia.rambut je sama hitam...ati hanya diri sendiri je tahu.

    ReplyDelete
  12. Hehee.. apa yg pasti, semuanya comeyyy...
    comey mcm cik epal promo content... :D

    ReplyDelete
  13. alalalalala....comelnyerrrr....geram tengok...hehehehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...