Maju Dengan Bahasa Ibunda


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Bila CM baca artikel tentang negara Korea yang maju itu tiba - tiba CM terfikir , Korea maju dengan bahasa ibunda , China maju dengan bahasa ibunda dan Jepun juga maju dengan bahasa ibundanya juga . Sudah jelas bahawa rakyat ketiga - tiga negara ini berbangga dengan bahasa ibunda mereka .


Maju Dengan Bahasa Ibunda



Maju Dengan Bahasa Ibunda


Sama ada China , Korea juga Jepun , ketiga - tiga negara ini menjadi peneraju ekonomi Asia . Rakyatnya secara purata menggunakan bahasa ibunda . Sama ada dalam pekerjaan juga dalam pembelajaran . Tetapi mereka tetap bijak dan negara mereka terus maju dengan hanya menggunakan bahasa ibunda mereka . 

Walaupun ada penggunaan bahasa Inggeris , tetapi penggunaannya tidaklah meluas dan menjadi syarat perlu untuk sektor pekerjaan dan pendidikan seperti di Malaysia . Malah mereka tak malu sebab tak pandai berbahasa Inggeris .

Di Malaysia , orang cina yang puratanya berniaga dan kebanyakannya tidak pandai berbahasa Inggeris , tetapi dapat menjalankan perniagaan mereka dengan baik malah lebih maju dari orang Melayu . Orang Melayu pula ramai yang pandai berbahasa Inggeris tetapi tetap menjadi kuli . Tak semua lah . Nanti ada pula yang marah CM .

Bukan nak kutuk bangsa dan negara sendiri , tetapi bagi CM penguasaan / penggunaan bahasa Inggeris bukanlah faktor utama kepada kecemerlangan sesebuah negara juga pencapaian terbaik bagi individu . Cuma , bila anda pandai berbahasa Inggeris , ianya menjadi pelengkap kepada kerjaya dan kehidupan serta pencapaian peribadi anda .

Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara / penghubung utama sesama manusia di dunia . Itulah kelebihan bahasa Inggeris . Tetapi bukan pengukur kepada kejayaan seseorang juga sesebuah negara .



Salam ceria dari CM di ...


~ Cetusan Minda ~



10 Responses to "Maju Dengan Bahasa Ibunda"

  1. negara2 eropah pun maju dengan bahasa mereka yg tersendiri... bila tengok negara kita, macam dah hilang jati diri..

    ReplyDelete
  2. Setuju CM..Letakkan kedua-duanya di tempat yang sepatutnya...pasti boleh majukan...

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan, bahasa bukan faktor menyekat kemajuan bangsa

    ReplyDelete
  4. setuju sangat dengan pendapat CM.. =D

    ReplyDelete
  5. Minda kita tak sekuat mereka dlm memartabatkan bahasa.. tengok jelah kebanyakkan generasi kita klu menulis skrg ni.. tataw titew nak kate pew...
    Lagi pulak, bila bercakap dgn bangsa lain, kita pun terikut dialek dia org walhal kita berbahasa melayu dgn mereka.. bangsa2 yg memartabatkan bahasa ibunda mereka tak mcm tu..
    Kita sendiri klu bercakap dgn org inggeris pun akan di tegur kalau guna broken english.. org kita lagi membenarkan bangsa lain guna suka-suka calap pelat2 maaa bahasa kita... wallahualam.. kena belajar lagi kat inti ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan Vee, kita perlu memartabatkan bahasa ibunda kita

    ReplyDelete
  7. Harus tahu...masa bila nak guna...
    Dan gunakan sebaiknya...

    ReplyDelete
  8. sangat setuju...kita tidak ada keberanian untuk menegakkan bahasa kita sendiri...sedangkan sudah terbukti ada negara yang boleh maju bila memartabatkan bahasa ibunda

    ReplyDelete
  9. saya setuju vee
    satu masa dulu, bahasa melayu adalah bahasa international
    tapi ia berubah dengan peredaran masa

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...