ASSALAMUALAIKUM ...
Dengan lafaz Bismillah. Bila melihat gelagat manusia didepan mata dan sekeliling , maka hati sangat bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk menerima hidayah - Nya . Kadang - kadang rasa simpati pada orang yang hatinya tertutup bila di ajak berbicara tentang agama . Kenapa pintu hati mereka tidak terbuka ? Berikut ada jawapannya ...
Perkara Yang Menghalang Hidayah
Dari Al Fawa'id hal : 196 Ibnul Qayyim Rahmahullah , beliau menyatakan bahawa perkara yang menghalang hidayah adalah seperti berikut :
1. Sibuk dengan kenikmatan dunia , lalai untuk mensyukurinya .
Setiap orang berusaha mencari kehidupan yang baik . Bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan keselesaan hidup . Menikmati kehidupan , sesekali pergi bercuti , berbelanja - membeli barangan yang diimpikan . Tapi , berapa ramaikah yang sedar bahawa itu semua pemberian Nya ? Malah ada juga yang dengan megah berkata " aku dapat semua nih atas usaha aku sendiri " . Subhanallah ...
2. Cinta pada ilmu tapi tidak mengamalkannya .
CM sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa entry di blog nih bukan sekadar untuk dikongsi tapi juga untuk CM memperbaiki diri ... inshaa Allah .
3. Bersegera berbuat dosa tapi menunda taubat .
Kita memang pasti tidak tau bila akan mati , maka berhati - hatilah dengan apa yang kita lakukan . Bertaubatlah bila kita dapati apa yang kita buat itu dilarang Allah .
4. Bangga bergaul dengan orang soleh , tapi tak mahu meneladaninya .
Jika kita seorang yang beriman , maka Allah akan hadirkan orang - orang yang beriman di sekeliling kita . Maka manfaatkanlah kehadiran mereka di sisi kita sepenuhnya . Jangan malu bertanya dan belajar apa yang kita tak tahu .
5. Tahu dunia berpaling menjauhi , tapi mereka berusaha mengejarnya .
Bila kita kejar dunaiwi , maka dunia akan meninggalkan kita . Bila kita kejar akhirat , maka dunia akan mendatangi kita . Pilihan adalah ditangan anda sendiri .
6. Takut akhirat mendatangani , tapi mereka berpaling menjauhi .
Sesetengah manusia berkata , " kita hidup hanya sekali , sebelum mati , nikmatilah kenikmatan dunia sepuasnya . " Kalau tahu dunia tu dah hampir nak kiamat , buatlah apa yang Islam mahu kerana hanya amalan di dunia yang dapat bantu kita di SANA nanti .
Sekadar renungan dan muhasabah untuk diri sendiri yang entah bila akan di ambil pergi . Semoga Allah terus memberi hidayah dalam meneruskan perjalanan hidup ini .
~ Cetusan Minda ~
~ Cetusan Minda ~
terima kasih for the reminder :)
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan...
ReplyDeleteSemoga kita tergolong dalam orang2 yg sentiasa mendapat hadiyahNya...aaamiiin
Moga-moga Allah melindungi kita dan melimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua..aminn..
ReplyDeleteSangat² terbaik. Thanks sis..
ReplyDeleteadakah kita termsk dlm golongan ini atau sebaliknya?
ReplyDeleteT.kasih dik atas perkongsian ini.
ReplyDeleteJazaki Allahu khairon kasiroo.
semoga kita dijauhkan dengan kelalaian dunia kini
ReplyDeleteperkongsian yg baik..tq
ReplyDeletesemoga kita sentiasa diberi hidayah untuk sentiasa mengingati Allah SWT :)
ReplyDeleteErmmm...thanx pada peringatan ini.
ReplyDeleteSetuju sangat...bersyukur kerana kita diberi peluang merasa hidayah Allah....
ReplyDeleteTeringin nak tahu lebih lanjut kupasan no 5 tu...
Gud nite Vee nak tido dulu sok sambung hihi
ReplyDeleteterasa kerdil diri ni vee
ReplyDeleteterima kaish kerana beri peringatan