Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Macam - macam cara untuk jadi sihat . Bagi CM , dah terbiasa dengan memulakan hari baru dengan 3 biji kurma bersama segelas air suam sebelum melakukan yang lainnya . Sarapan CM yang biasa adalah 2 keping roti bersama telur separuh masak . Sedikit nasi untuk makan tengahari dan sup sayur untuk makan malam . Bila umur dah kian meningkat , pemakanan memang perlu dijaga . Pun begitu , sihat cara Rasulullah adalah sebaik - baik panduan .
Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan
Sihat cara Rasulullah amat baik untuk kita ikuti dan amalkan . Sunnahnya memberi kita panduan yang sangat berguna dan banyak asbab kenapa Baginda melakukan begitu . Berikut adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan .
1- Mandi Pada awal Pagi
Pada awal pagi , sebelum subuh , baginda akan mandi atau sekurang -kurangnya sejam sebelum matahari naik . Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul semasa kita tidur .
2- Minum Air Sejuk Setiap Padi
Baginda juga gemar minum segelas air sejuk setiap pagi . Inshaa Allah boleh jauhkannya dari penyakit aka susah nak kena sakit .
3- Bertafakur ( sujud )
Rasulullah juga menggalakkan kita bertafakur ( sujud sekurang - kurangnya seminit selepas doa ) untuk elak dari sakit pening / migrain . Para saintis yang mengkaji kaedah ni telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah . Bila kita sujud , darah akan mengalir ke ruang tersebut .
4- Tidak Makan Makan Darat Bersama Makanan Laut
Rasulullah tidak makan makanan darat bersama makanan laut . Sebab mudah dapat penyakit . Buktinya , para saintis menemui ion (+) dalam badan ayam dan ion (-) dalam badan ikan . Bila ayam bertemu ikan ,
maka terhasillah tindak balas biokimia yang boleh rosakkan usus kita .
5- Menjilat Jari Selepas Makan
Rasulullah mengajar kita makan guna tangan dan menjilat jari selepas habis makan . Saintis mendapati di celah jari - jari tangan kita menghasilkan banyak enzim ( 10 x ganda ) dari air liur yang membantu proses penghadam makanan .
6- Berhenti Sebelum Kenyang
Berhentilah makan sebelum kenyang . Supaya mudah dan selesa untuk kita bekerja dan melakukan ibadah . Rasulullah SAW bersabda .
" Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kenyang ) " .
( Muttafaq 'Alaih )
7- Berjalan Kaki
Berjalan kaki adalah terapi yang sangat digemari Rasulullah . Pergi ke masjid , pasar , berperang atau pun ke rumah sahabat , Rasulullah akan berjalan kaki . Sudah tentu toksin dalam badan akan keluar melalui peluh yang menitik . Malah peredaran darah akan berjalan lancar . Maka dapatlah menjauhkan kita daripada penyakit jantung .
Cara Rasulullah Banyak Manfaatnya
Sebab itulah Rasulullah menggalakkan kita menghidupkan sunnahnya . Selain dapat pahala , sihat cara Rasulullah dapat beri banyak manfaat kepada kita .
~ Cetusan Minda ~
mandi awal pagi tu time weekday je..weekend mmg lmbt mandi ;-)
ReplyDeleteSaya suka tips ini vee...nak makan makanan unsur darat dan laut...kena asingkan...begitu juga nak memasak kan...kalau masak ayam pastikan ayam atau daging jadi gandingan...tak boleh masak ikan goreng plak kan...bagus ni...at least sebelum nak masak boleh plan dulu makanan laut sejenis je
ReplyDeleteInsyaAllah sy sedang ikut amalan Rasulullah...sihat dan dapat pahala (^_^)
ReplyDeleteGIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA
Dah dekat 2 tahun saya tak makan nasi waktu malam, joging hampir setiap hari. tapi akhir2 ini berat badan bertambah 1-2 kilo. Agaknya metabolesme yang semakin menyusut??
ReplyDeleteMemang banyak manfaatnya kalau dapat amalkan sunnah Rasulullah ni kan Vee....ni kes okje kekadang mandi pun dah nak tengahari haha...
ReplyDeleteThanks for the tips Vee...
ReplyDeletekna selalu amalkan ni, phala dpt, kesihatan pun dpt :)
ReplyDeleteSambil melakukan ibadah dan mendapat pahala, kesihatan pun terjaga, cara Rasulullah adalah yg terbaik!
ReplyDeletealhamdulillah, thank you for sharing. :D
ReplyDeleteDalam sunnah pasti ada kejayaan... selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw...
ReplyDeletepromoted content yg menceriakan..
memang terbaik tip ini ..mana mungkin boleh dipertikaikan cara Rasulullah..selawat untuk nabi
ReplyDeleteJom sama-sama kita malakan sunnah rasulullah SAW coz setiap sunnah ada hikmah disebaliknya.
ReplyDeleteada diantaranya yang memang aku amalkan selalu
ReplyDeleteInsha Allah zumal akan praktik cara Rasulullah...
ReplyDeletejom sama2 amalkan.. :)
ReplyDeleteSama2 kita amalkan cara hidup sihat dengan mengikut cara Rasulullah SAW
ReplyDeleteHari ini, ramai sangat yang sibuk mempromosi panduan cara hidup sihat. Begitu juga mereka yang menginginkan cara pemakanan untuk menurunkan berat badan. Walhal ada cara yang sangat mudah, iaitu dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai mentor dalam mengamalkan cara pemakanan dan amalan hidup sihat.
ReplyDeleteSelalunya masyarakat kita ni dah kenyang pun sambung makan lagi.
ReplyDeleteInsyaAllah akan cuba diterapkan dalam kehidupan :)
ReplyDeleteterima kaish tuk perkongsian ni vee
ReplyDelete