Harga Baru Minyak


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Selepas pelbagai rungutan akibat kenaikan harga minyak dari rakyat marhein , kerajaan telah mengapungkan harga minyak aka tiada subsidi . Hari ini dengan rasminya kerajaan telah menetapkan harga baru minyak mengikut naik turun harga pasaran dunia sebagaimana gambar di bawah .


Harga Baru Minyak


Harga Baru Minyak 


Harga baru minyak RON 95 adalah RM 2.26 seliter berbanding RM 2.30 seliter sebelum ini dengan kadar penurunan sebanyak 0.04 peratus . Manakala RON 97 pula harga asal RM 2.55 telah menurun sebanyak 0.09 peratus kepada RM 2.46 seliter . Tetapi ada kenaikan pada harga Diesel iaitu dari RM 2.20 kepada RM 2.23 seliter dengan kadar kenaikan sebanyak 0.03 peratus .

Diharapkan kenaikan harga baru minyak ini dapat melegakan para pengguna . Cuma apabila harga pasaran dunia naik , harap para pengguna tak akan merungut dengan kenaikan harga RM seliter nanti .


~ Cetusan Minda ~


18 Responses to "Harga Baru Minyak"

  1. Minyak naik, confirm harga barang naik. Tapi kalau minyak turun, belum tentu harga barang ikut sama turun.

    ReplyDelete
  2. Wpun turun sedikit RON95 tetap ucap syukur nikmat...harap harga tidak keterlaluan naik...perkongsian bagus dari vee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm..sikit sangat turunnya,kan?
      Tapi, kira alhamdulillah jugak lah:)

      Delete
  3. Yelah Vee....ada turun sikit legalah sikit....kalau turun banyak sure lega banyak....hihi... Moga memasing dah puas hati

    ReplyDelete
  4. Jumlah penurunan tidak terlalu sedikit, tidak mengikut seperti apa yg telah dijanjikan. Kenaikan diesel pula pasti memberi impak kpd harga barangan krn kos pengangkutan meningkat. Kenapa diesel perlu naik? sedangkan harga minyak turun...
    Malangnya...tiada apa yg boleh kita lakukan...

    ReplyDelete
  5. Nak belajar balik tentang ekonomi dan kadar pasaran minyak di Inti.. saya budak baru belajar.. :D

    ReplyDelete
  6. harga turun, harga naik..nak tak nak rakyat terpaksa guna jugak kan.
    golongan yg bawah la plg terasa.
    kalo turun lg brtmbh suka..hehe

    ReplyDelete
  7. boleh dah mula pakai ron 97 selepas ini, harga tak jauh beza , lagipun ron 97 minyaknya bagus

    ReplyDelete
  8. kalu nk harga mcm 10 thn dulu bleh x? ;-)

    ReplyDelete
  9. Sama2 kita tengok nanti apa kesudahan minyak naik turun kat Malaysia kita ni ..

    ReplyDelete
  10. Semoga harga minyak akan terus turun kan..

    ReplyDelete
  11. Kalau diesel naik memang comfirmla harga barang tak turun 2 :)

    ReplyDelete
  12. ketidakstabilan ni kadang menjejaskan golongan
    berpendapatan rendah dan sederhana
    maklumlah hidup di kota ni bukan semudah dituturkan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...