Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Kita adalah mnusia biasa di muka bumi Allah ini . Sehebat mana jawatan , pangkat , kerjaya , harta , nama yang kita ada , ianya hanyalah kemasyhuran dunia semata - mata . Disis Allah , hanya amal ibadah yang membezakan kita sebenarnya . Justeru itu , tak perlulah kita mendabik dada dengan 'kehebatan ' yang kita ada . Bila kita merasa hebat , bukan sekadar manusia malah Allah juga membenci kita .
Bila Terasa Diri Hebat
Hari ini satu Malaysia tahu bahawa anugerah gelaran Anwar Ibrahim telah ditarik balik oleh Sultan Selangor . Gelaran , apa lah yang penting sangat kan wapaupun memang penting bagi sesetengah orang . Namun bagi AI sudah tentunya perjuangan beliau dalam arena politik itu lebih penting . Tetapi bila terasa diri itu hebat , maka sensitiviti orang lain itu terlepas pandanglah kan .
Pun begitu itu tidak bermakna beliau boleh merendahkan serta memandang remeh tugas orang lain . Walaupun sultan itu juga manusia biasa cuma dilahirkan dalam keluarga di raja , respect tu perlu ada . Baginda ada tugas yang perlu dilakukan . Perlu bijak membuat keputusan dan berlaku adil kepada banyak pihak .
Bila terasa hebat , kita akan memperlekehkan kemampuan orang lain . Dalam hidup ini , kita perlu hormat orang lain untuk diri dihormati . Malah kita juga perlu hormat tugas orang lain juga . Setiap orang ada kemampuan dan kehebatannya masing - masing . Bukan kita seorang sahaja yang hebat .
Bila kita terasa hebat , maka datanglah sifat riak itu sekaligus . Walaupun sekadar terlintas dihati , Allah tetap tahu tentangnya . Semoga kita dapat menghindarkan diri dari bersifat riak . Biarlah mereka sahaja yang merasakan diri mereka hebat tapi bukan kita .
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
" Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak. "(Hadis riwayat Imam Ahmad)
~ Cetusan Minda ~
Terima kasih atas ingatan ini..
ReplyDeleteSemoga dijauhkanlah dari sifat2 rasa hebat ni.. mohon dijauhkanlah... astagfirullah...
ReplyDeleteJika rasa diri hebat, ada yg lg hebat dari kita...terima kasih mengingatkn
ReplyDeleteYe betul tu..pangkat tak penting dah baginya...sekarang tinggal perjuangan je...
ReplyDeleteSaya cuma hormat orang yang tau menghormati orang lain.
ReplyDeletemoga kita di hindari...
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingatkan.. :')
ReplyDeleteTak perlu rasa hebat kerana jika kita rasa kita hebat pasti ada orang yang lebih hebat. Dan yang tentunya semua kehebatan itu milik Allah...
ReplyDeleteOrang yang hebat bila mati pun dia dikebumikan dengan cara hebat... ada siaran langsung di TV bagi mengingati dan "meraikan" kematiannya. Cuma sehebat mana pun mereka yang ketika hidup wajah mereka selalu muncul dalam siaran langsung bagi membodek mereka, bila mereka mati tiada siapa berupaya menyiarkan siaran langsung bagaimana mereka disoal oleh malaikat di dalam kubur nanti kerana sehebat-hebat mereka di dunia, Allah jua yang Maha Hebat selamanya...
ReplyDeleteBila terasa diri hebat, ingatlah ada yang lagi hebat dan berkuasa...
ReplyDeleteRiak tu laa plg sy tkt...sbb da msk syirik kecil
ReplyDeleteSemoga dijauhkan dari segala sifat2 keji...
ReplyDeletemenarik entry ni vee, saya suka kupasannya
ReplyDeletebetul sangatlah, orang yang merasa diri hebat
sentiasa memandang rendah orang lain
simpati pada mereka ni