Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Sebenarnya CM tak suka nak jawab bila ada nombor yang CM tak kenal terpapar di skrin phone . Selalunya CM biarkan berlalu begitu sahaja . Bagi CM kalau ianya penting atau ianya berkaitan perkhabaran ahli keluarga CM , tentu mereka akan tinggalkan mesej . Hari ini , CM terima panggilan dari nombor yang CM tak kenal dan angkanya sangat cantik . Kebetulan pula ketika itu CM sedang menghadap komputer . Jadinya , CM terus sahaja cek nombor phone itu di Google .
Cek Nombor Phone Di Google
Kalau anda malas nak melayan atau nak tahu panggilan misteri di phone anda datang dari mana , cek sahaja di Google . Bila sudah dapat maklumat , tahulah anda apa yang anda perlu lakukan bila nombor itu tiba - tiba terpapar semula di skrin phone anda .
Sebelum ini CM ada dapat panggilan dari nombor yang CM tidak kenali juga . Bila jawab , dengar suara bangsa lain . Jadinya CM terus off sebab tak kenal dan tak seronok nak jawab . Selepas itu , berdering lagi tapi CM biarkan sahaja . Bila CM cek di Google , tahulah CM nombor tu panggilan dari mana .
Mereka Menjalankan Tugas
CM tahu mereka sekadar menjalankan tugas . Bukan mudah sebenarnya untuk dapatkan pelanggan dalam keadaan ekonomi sekarang . Tetapi mereka ada target yang harus mereka capai . Sukar juga kalau kita berada di tempat mereka . Ini bagi mereka yang jujur menjalankan tugaslah .
Panggilan Untuk Menjerat
Pun begitu , ada juga panggilan yang bertujuan untuk menjerat pelanggan atau dengan lain perkataan nak dapatkan duit dengan mudah dengan cara memperdaya pelanggan . Bab ni yang CM nak elak . Kata orang , mencegah lebih baik sebelum terkena .
Blok Nombor Panggilan
Cara yang CM lakukan untuk elak mereka telefon lagi , CM blok sahaja . Tapi mereka pandai juga . Kita blog nombor talian tetap , mereka guna nombor telefon mudah alih aka handphone . Tapi mereka sebenarnya dari tempat yang sama .
Bukan CM tak nak membantu mereka atau tak kesian dengan mereka yang sekadar menjalankan tugas tapi CM memang tak selesa diganggu begitu . Maaflah ya , bukannya sombong . CM sebagai pengguna ada hak untuk memilih . Tak tahulah lepas ni berapa banyak lagi nombor yang kena blok ...
~ Cetusan Minda ~
Kathy pn sll dpt pnggilan bgini. Malas juga nak melayan.
ReplyDeleteSelalunya bila terima panggilan dari nombor-nombor pelik yang saya rasa tak perlu jawab, saya akan beritau pemanggil: "Saya sedang drive ni, busy...OK bye...". Kemudian nombor itu saya save atas nama "puaka". Bila dia call lagi saya tak akan angkat panggilan dari nombor berpuaka itu...
ReplyDeleteNasihat CM utk mencari maklumat di google adalah nasihat terbaik yg tak pernah saya pikir sebelum ini, terima kasih...
sy pon jenis x suka angkat call dari no yg xdikenali...kdg2 terus masuk dalam blocklist...leh mengganggu emosi dengar hp asik bunyi jer...huhuhuuh
ReplyDeleteHmm..idea yang baik..check kat google ya...he..he
ReplyDeleteZumal pun pernah search nombor phone di google dan memang dapat jawapannya...
ReplyDeletewahh rajinnya ngecek. biasa abaikan je :p
ReplyDeleteeeeyh bahaya lah nak angkat no yang tak kenal. betul tu CM dengan zaman skarang ni yang entah pape.. bank ke apa ke lantak la tanak angkat jugak. usually CT tngk no blakang banyak kosong memang CT tak angkat.
ReplyDeleteLah.. baru tahu boleh ek kita check dlm google hahaha... terbaik nie.. :D
ReplyDeletesy mmg x angkat kalu nombor tu bkn dlm simpanan kecuali kalau rs mcm ada hal tertentu
ReplyDeletekalau saya pun saya tak akan pick up
ReplyDeletesamalah kita, bukan sombong
cuma tak bak digangggu, itu sahaja =)