Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Secara mata kasarnya , banjir besar yang melanda Malaysia sekarang ini adalah bencana alam terburuk yang pernah berlaku dan mangsa banjir lalui . Tahun lepas hanya Kuantan yang dilanda banjir besar sehingga melumpuhkan segala aktiviti di bandar tersebut . Jiran Malaysia , Filipina , juga turut mengalami banjir besar tetapi tahap sederhana bagi Thailand dan Indonesia .
Hujan yang berterusan serta matahari yang tidak menyinar menyebabkan kesejukan yang teramat bagi sesetengah orang . Setahun yang lepas , jika anda masih ingat , kita dilanda kesejukan yang teramat trutama negeri - negeri di pantai timur sehinggakan ramalan menjangkakan akan turunnya salji . Walaupun itu bukan fenomena biasa , tetapi merasai sesuatu yang baru sangat mengujakan . Bayangkan sahaja anda disinari cahaya matahari tapi anda rasa sejuk seperti di negara empat musim .
Banjir 2014 Dan Keinsafan
Banjir adalah musibah . Banjir 2014 adalah di luar jangkaan . Walaupun ianya adalah fenomena bencana alam , tapi sedarkah anda bahawa banjir ini kesannya lebih hebat dari tsunami ? CM katakan begitu kerana banjir besar ini melalui masa yang lama , berhari - hari dan kesannya , ada yang tinggal sehelai sepinggang . Tiada lagi rumah apatah lagi kemudahan lainnya . Walaupun ada bantuan serta derma , tapi ianya tidak dapat untuk kembalikan keadaan kepada asal .
Selain dari faktor cuaca , banjir boleh juga berlaku disebabkan oleh tangan - tangan manusia . Manusia yang dahagakan pembangunan bukan sekadar membogelkan gunung dan bukit malah meratakannya . Gunung adalah pasak bumi sebagaimana yang dinyatakan dalam al - Quran . Apabila pasak sudah tiada , maka kemusnahan mudah berlaku . Itulah harga sebuah pembangunan !
Melihat mangsa banjir 2014 , dengan segala kesusahan dan pelbagai masalah , ianya membawa keinsafan kepada kita . Takdapat CM bayangkan sekiranya CM berada di situ melihat air yang tiba - tiba naik lalu memaksa CM untuk berlari ke bukit semata - mata mahu menyelamatka diri . Ianya seolah - olah gambaran kiamat kecil . Hanya sekadar banjir , kita sudah kelam kabut dibuatnya .
Insaf bila memikirkannya . Insaf kerana keadaan kita lebih baik dari mereka , kehidupan kita lebih baik dari mereka dan kita tidak dipilih oleh Nya untuk menjadi sebahagian daripada mereka . Berhenti merungut dengan kekurangan yang kita ada . Bersyukurlah kerana walaupun ada kekurangan di sana dan sini , hidup kita lebaih baik dari mereka .
Kebergantungan Pada Allah
Disebalik fenomena alam yang kita tak mampu nak menghalang , Allah mahu kita lebih mendekati-Nya . Sentiasa menadah tangan memohon kepada-Nya walau dalam apa juga keadaan dan sebab . Allah juga mahu kita lebih beriman dan bertaqwa kepada-Nya . Dalam saat - saat sebegitu , hanya kebergantungan kepada Allah yang dapat memudahkan urusan kita selain usaha dan tekad .
~ Cetusan Mnda ~
Seperti kata Sultan Kelantan janganlah kita memusuhi alam, jangan gondolkan bukit dan gunung paksi alam. Hulurkan tangan persahabatan kepada alam agar alam akan menyantuni kita...
ReplyDeletebetul.kalau kita rs susah kt sn lg susah...
ReplyDeleteSemoga Allah melindungi dan memudahkan urusan mereka semua ...
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa memberi ketabahan dan perlindungan sebaiknya kpd semua mangsa... aamiin..
ReplyDeleteMuhasabah diri... Mendoakan yang terbaik buat semua mangsa dan semoga dipermudahkan segala urusan bantuan.
ReplyDeleteAda hikmah sebalik musibah..
ReplyDeletekita doa yg terbaik utk mereka dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeletetulah kan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
ReplyDeletesedih, moga mereka tabah
Ishhh...saya tak teringin nak main salji.
ReplyDeleteSebab saya xtahan sejuk:)