Angka 7 Yang Tersirat


ASSALAMUALAIKUM ...


Dengan lafaz Bismillah . Tanpa kita sedar , angka 7 itu sangat bermakna dalam Islam . Rasulullah gemar gunakan angka 3 dalam zikir , tasbih , selawat dan sebagainya . Segalanya 3 kali . Di dalam Qalam suci Al - Quran dan hadis juga banyak simbolik berkaitan angka 7 . Bila angka tujuh di campur dengan 3 maka jumlahnya adalah 10 . Angka 10 itu adalah angka yang paling besar dalam ilmu matematik . Malah surah Al - Fatihah , yang menjadi pembuka Al - Quran juga disusun cantik berjumlah 7 ayat kesemuanya .


Angka 7 Yang Tersirat




Angka 7 Yang Tersirat


Disebalik angka roman 7 ini , banyak yang tersirat . Jika dikaji dan diselidiki , begitu banyak perkara yang berkaitan dengan angka 7 ni . Ianya berkaitan kehidupan kita juga keesaan Allah terhadap kejadian di muka bumi ini  sebagaimana yang dinyatakan dalam suarh al - Baqarah yang bermaksud ;

“Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikannya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Berikut adalah angka 7 yang tersirat :

1. Langit


Di dalam Surah An - Naba' ayat 12 , ada menyatakan bahawa Allah menciptakan 7 lapisan langit dan wujud 7 bintang besar .


A012Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?


2. Bumi

Ketahuilah bahawa Allah telah menciptakan 7 lapisan bumi , sebagaimana firmannya dalam surah An - Naba' ayat 37 :

A037

Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

Di mana di dalam hadis ada meriwayatkan bahawa setiap lapisan bumi ada penghuninya sendiri sebagaimana berikut ;
  • lapisan per -1 dihuni oleh Manusia
  • lapisan ke - 2 dihuni oleh Jin 
  • lapisan ke - 3 dihuni oleh Kala jengking
  • lapisan ke - 4 dihuni oleh Ular
  • lapisan ke - 5 dihuni oleh Syaitan 
  • lapisan ke - 6 dihuni oleh Iblis dan pembantunya
  • lapisan ke - 7 dihuni oleh Malaikat


3. Syurga / Neraka

Syurga Allah telah jadikan untuk hamba - hambanya yang taat beribadah sebagaimana surah An Naba' ayat 31 ;


A031
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

Terdapat juga 7 lapisan neraka Allah supaya manusia menggeruninya dan tidak ingkar dengan larangan Allah yang dihiasi dengan 7 pintu sebagai mana firman Allah yang bermaksud ;

 “Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, di mana tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka” 

Surah Al-Hijr : ayat 44.

  • neraka  Jahannam, 
  • neraka Sa’iir, 
  • nerakaSaqar, 
  • neraka Jahiim, 
  • neraka Hurhamah, 
  • neraka Ladhaa 
  • neraka Hawiyah


Semakin baik amalannya , semakin baik kedudukannya . Jika buruk amalannya , neraka Jahanam lah tempatnya .


4. Al - Quran


Di dalam al Quran terdapat 7 ayat yang berulang - ulang bacaannya sebagaimana firman Allah yang bermaksud ; 
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung” (Al-Hijr: ayat 87).

dan juga 7 surah panjang iaitu ;
  • Al - Baqarah , 
  • Ali Imran ,
  •  Al - Maidah , 
  • An - Nisaa' , 
  • Al - An' amm , 
  • Al - Anfa'al atau At - Taubah .

5. Jasad


Sesungguhnya tidak sia - sia Allah beri tubuh manusia dengan 7 anggota penting dengan susunan yang unik  iaitu  
  • 2 tangan untuk berdoa ,
  • 2 kaki untuk berkhidmat , 
  • 2 lutut untuk untuk sujud
  • satu wajah untuk sujud
supaya mereka boleh menggunakannya untuk beribadah kepada untuk Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud ;
 “Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah)” ( surah Al-’Alaq : ayat 19)

6. Umur


Allah menghiasi umur manusia dengan 7 peringkat iaitu 
  • masa setitik darah , 
  • masa kandungan
  • masa bayi
  • masa kanak - kanak
  • masa remaja
  • masa dewasa dan 
  • masa tua
dan kemudiannya dilengakpi 7 peringkat umur ini dengan 7 kalimah “Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullaah " 


 “Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya” 

(surah Al-Fath : ayat 26)


7. Tanah Besar


Muka bumi ciptaan Allah dibahagikan kepada 7 bahagian besar . Dalam setiap bahagian dihuni oleh manusia pelbagai jenis bangsa dan agama .

  • Hindustan
  • Hijaz
  • Bashrah, Badiyah dan Kufah
  • Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh
  • Rome dan Armenia
  • Negeri Ya’juj dan Ma’juj
  • China dan Turkistan.

Seterusnya negara - negara itu memiliki 7 hari dalam seminggu iaitu
  • hari Jumaat , 
  • hari Sabtu , 
  • hari Ahad , 
  • hari Isnin , 
  • hari Selasa , 
  • hari Rabu dan 
  • hari Khamis
dan memulaikannya dengan para nabi iaitu
  • Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu, 
  • Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad, 
  • Dawud a.s dengan hari isnin, 
  • Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa, 
  • Nabi Ya’qub a.s dengan hari Khamis dan 
  • Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat.

Terlalu banyak untuk disingkap dengan angka 7 ini . Terlalu unik dan banyak keistimewannya . Banyak lagi yang tersirat disebalik angka 7 yang kita tidak ketahui . Betapa sungguh agung ciptaan Allah yang Maha Esa . Sesungguhnya hanya DIA yang dapat membantu kita kerana DIA menciptakan kesemuanya untuk kita nikmati , hayati dan pelihara . Justeru itu , hanya DIA yang layak disembah sebagai hamba yang taat kepada - Nya .




Salam ceria dari CM di ...


~ Cetusan Minda ~







5 Responses to "Angka 7 Yang Tersirat"

  1. Banyak sekali kaitan No 7 ini dalam Islam. Info yg menarik. Tambah pengetahuan disini

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana... Allahuakbar..
    meninjau inti di sini.. :)

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang sangat bermanfaat buat Saya, terima kasih

    ReplyDelete
  4. semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua... (^_^)

    ReplyDelete
  5. menarik!
    pengetahuan baru untuk kebanyakkan yang disebutkan di atas =)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...