Rahsia Kesempurnaan Sujud


Assalalmualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Sesiapa yang tidak meninggalkan sembahyang , pasti sudah biasa melakukan sujud . Tahukah anda sujud yang sempurna dapat memberi banyak manfaat kepada anda ? Rahsia kesempurnaan sujud hanya akan anda ketahui sekiranya anda melakukan sujud itu dengan sempurna .

Sabda Rasulullah s.a.w . yang bermaksud :

" Seorang hamba yang paling dekat dengan Rabb - nya ( Allah ) ialah ketika ia sedang bersujud . Maka perbanyaklah berdoa ketika itu . "
( Hadis Riwayat Muslim ) 


Rahsia Kesempurnaan Sujud


Menariknya , para pengkaji al - Quran mendapati perkataan sujud disebut sebanyak 34 kali dan bilangan ini adalah sama dengan bilangan sujud yang dilakukan dalam solat yang difardukan ke atas umat Nabi Muhmmad s.a.w.  Di antara ayat - ayat al - Quran yang menyebut tentang perintah sujud ini adalah pada surah al - Baqarah ayat 34 , al - A'raf ayat 11 , al - Isra' ayat 61 , al - Kahfi ayat 50 dan lain - lain lagi .Berikut adalah salah satu ayat al - Quran perihal sujud . Maksudnya :

" Dan ( dengan apa keadaan pun , maka ) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan ( dengan mengerjakan sembahyang ) , dan ( seboleh - bolehnya ) bertasbihlah memuji - Nya ( dengan mengerjakan sembahyang Tahajud ) , pada sebahagian yang panjang dari waktu malam . "
( Al - Insan : 26 )

Takrif Sujud Sempurna


Sujud yang sempurna adalah bila anda melakukannya dengan mengenakan lapan anggota sujud ke sejadah dan penuhi tuntutan tama'ninahnya . Lapan anggota itu adalah dahi , hidung , dua tapak tangan , kedua lutut dan sepasang kaki .

Bacaan Sujud


Ketika bersujud kita hendaklah membaca tasbih berikut :

Rahsia Kesempurnaan Sujud






Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan pujian bagi - Nya .


Rahsia Kesempurnaan Sujud


Rahsia kesempurnaan sujud bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita kepada Allah ketika kita bersujud malah dapat menyumbang kepada kesihatan kita tanpa kita sedar . Betapa besar rahsia kesempurnaan sujud itu sebenarnya .

Sudut Kesihatan


Berdasarkan kajian , didapati orang yang banyak bersujud dapat melegakan sistem pernafasan . Oksigen juga dapat dialirkan dengan secukupnya ke seluruh otak . Ketika bersujud , anggota - anggota tubuh badan yang lain turut diberi kesempatan untuk diperbaiki serta diperkuatkan . Antaranya :

  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid .
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa .
  • kedudukan yang paling baik untuk berehat dan mengimbangkan bahagian belakang tubuh .
  • memudahkan tidur .
  • menggerakkan otot bahu , dada , leher , perut serta punggung ketika hendak sujud dan bangun daripada sujud ( pergerakan otot ini menjadikan otot lebih kuat ) .
  • memastikan perjalanan darah lancar.
  • mengelakkan pendarahan otak jika darah dipam ke otak secara kuat dan mengejut dan sebagainya .

Doa Dalam Hati


Ketika sujud , kita digalakkan untuk berdoa di dalam hati terutama pada sujud terakhir pada rakaat terakhir . Ketahuilah , ketika bersujud itu kita berada paling dekat dengan Allah s.aw.t. . Berdoalah dengan kerendahan hati dengan menundukkan diri serta menghilangkan segala sifat sombong , ujub , riak dan takabur . Ulang doa anda sebanyak 3 kali jika boleh .



* NOTA :



Semoga dengan kesempurnaan sujud yang kita lakukan , Allah akan melimpahkan rahmatnya kepada kita . Rahsia kesempurnaan sujud adalah bukti betapa Allah sangat sayang kan hamba - hambanya . Maka rugilah bagi mereka yang tidak melakukan solat .




~ Cetusan Minda ~




8 Responses to "Rahsia Kesempurnaan Sujud"

  1. sy ada terima wassap tg kelebihan solat dan byk yg fokus pd kelebihan bersujud dr segi kesihatan...thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuk peringatan ni vee =)

    ReplyDelete
  3. moga ibadah kita lebih sempurna :)

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bermanfaat utk pengetahuan kita semua.. t kasih atas perkongsian ini CM..
    promo ctn sbg penghargaan sahabat.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah seronok baca.. kita kalau solat nak cepat abis jer.. tpi org yg faham akan sujud lama2..huhuhuu..

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya setiap suruhan Allah..ada hikmahnya yg tersendiri..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...