Surah An - Naba' Bawa Keinsafan


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Surah An - Naba' merupakan surah yang menceritakan Keagungan Allah tentang penciptaan dan kejadian bumi , hari kiamat , syurga dan neraka . Penceritaan yang lengkap serta memberi peringatan menjadikan surah An - Naba' bawa keinsafan kepada pembacanya .


Surah An - Naba' Bawa Keinsafan


Surah An - Naba' Bawa Keinsafan


Apabila menghayati setiap maksud surah An - Naba' satu persatu , akan timbul rasa keinsafan betapa Allah mencipta bumi untuk memberikan kehidupan kepada makhluk - makhluk ciptaannya supaya mereka merasa puas , seronok dan selesa untuk mereka beramal beribadah dan sujud kepadanya . Sehingga sampai satu tempoh pula , bumi dihancurkan . Yang cukup amal ibadahnya disediakan syurga . Manakala yang melanggar perintahnya neraka menanti mereka .

Memberi Kehidupan 


1- Menciptakan Bumi


A006
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
A007
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?


2- Memberi Pasangan


A008
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?


3- Nikmat Tidur


A009
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?


4- Keseronokan Malam Dan Siang


A010
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
A011
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?


5- Keindahan Langit Dengan Matahri Dan Hujan


A012
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
A013
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
A014
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -


6- Tanah Yang Subur



A015

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

A016

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?


Menjadikan Hari Kiamat


A017
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
A018
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
A019
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
A020
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.


Menciptakan Neraka 


A021
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
A022
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
A023
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
A024
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
A025
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
A026
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
A027
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
A028
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
A029
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
A030
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".


Menciptakan Syurga


A031
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
A032
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
A033
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
A034
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
A035
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;


Surah An - Naba' Memberi Peringatan 



A036
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
A037
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
A038
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
A039
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
A040
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".



Di hari Jumaat yang mulia ini , penghulu segala hari , ingatlah sesungguhnya apa yang Allah janjikan bukan dusta semata . Maka tambahkanlah amal ibadah kita kepada Allah yang Esa . Yang SATU kita sembah dan meminta pertolongan serta memohon taubat atas segala dosa yang kita lakukan . Semoga kita masih diberi kesempatan untuk melakukan amal ibadah sebelum DIA menjemput kita pergi menghadap - Nya .


~ Cetusan Minda ~



10 Responses to "Surah An - Naba' Bawa Keinsafan"

  1. Salam Jumaat CM...Alhamdulillah..banyak yang tersembunyi..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... vee,

    surah naba nie lengkap ... daripada penciptaan syurga,neraka dll tapi kekadang mselim3 gementar bila bab memberikan peringatan tu.. kekadang terasa diri ini banyak kekurangan dan kelemahan diri..

    mselim3

    pls: cukup kah amalan diri nie apabila kembali menghadapNya nanti.. Allahuakbar.. memang membawa keinsafan ...

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bermanfaat.. terima kasih kakvee :)

    ReplyDelete
  4. Semoga kita mengambil segala kesempatan untuk beramal ibadah...sebelum dijemput pulang
    terima kasih atas perkongsian...salam jumaat :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian CM... Dengan kesempatan yang ada bersamalah kita tingkatkan amalan kita agar kita jua adalah golongan terpilih untuk ke syurga...

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian...moga kita sentiasa muhasabah diri

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya di dlm ayat Alquran ni penuh dengan bukti bukti kekuasaan dan kehebata Allahn.....hanya org yg berfikir aje yg mengetahui dan bersungguh beriman kepadaNya....kerdilnya kita Vee

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Perkongsian yang sangat baik.
    Juga memberi manfaat.

    ReplyDelete
  9. lengkap ye
    terasa kerdil pula diri ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...