Galakkan Bersifat Tawadhu’


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Kita digalakkan untuk bertawadhu' dalam dalam banyak hal . Tawadhu' atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu sesungguhnya tidak akan menyebabkan kurangnya harga diri anda jika dibandingkan dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan hanya sebab ilmu pengetahuannya atau keagamaannya .

Konsep Tawadhu'


Sebenarnya , konsep tawadhu' menurut Islam bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Atha’ bahawa tawadhu' itu adalah orang yang menerima (dengan lapang dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain .


Fudhail bin Iyadh pula menambah: “ Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain . Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apa pun alasannya adalah satu bentuk kesombongan .”



Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang .






Galakkan Bersifat Tawadhu’



Sebagai hamba Allah di muka bumi ini , anda digalakkan bersifat tawadhu' demi kehidupan yang lebih barakah . Percayalah sesungguhnya sekiranya anda bersifat tawadhu' , anda bukan sahaja disukai Allah malah orang disekeliling anda juga .

Allah berfirman yang bermaksud : 

Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.”

(Surah Luqman, ayat 18)


Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain. ”

Huraian Hadith:
  • Tawadhu’ yang terpuji ialah tawadhu’ kerana Allah SWT dan rasul-Nya. Tawadhu’ kepada ulama’ dan orang biasa kerana menurut perintah Allah SWT.
  • Islam menuntut umatnya bersifat tawadhu’ dan hormat-menghormati sesama muslim dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
  • Kedudukan orang Islam disisi Allah SWT adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhi sifat-sifat keji seperti meninggi diri, bermegah dan sebagainya.





~ Cetusan Minda ~









8 Responses to "Galakkan Bersifat Tawadhu’"

  1. Merendah diri dan saling hormat menghormati adalah satu sikap terpuji...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...terima kasih mengingatkan...^_^

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya semua manusia sama di sisi Allah yang membezakan mereka cuma amal ibadahnya...

    ReplyDelete
  4. nice sharing...peringatan untuk diri saya :)

    ReplyDelete
  5. Tawadhu sikap yang sangat baik...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian CM...

    ReplyDelete
  7. nak latih diri jadi cemni yang susah tu.. ada aja bisikan bisikan durjana yang menghasut..

    ReplyDelete
  8. saya pun tengah cuba berusaha ke arah ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...