Solat Jumaat


Assalamualaikum ...

Bismillah . Solat Jumaat adalah satu kewajipan (  fardu Ain ) yang ditetapkan kepada individu Muslim lelaki . Maka , lakukanlah solat Jumaat yang hanya sekali dalam seminggu sekiranya tiada keuzuran ataupun halangan yang membenarkan anda meninggalkan solat Jumaat . Hanya solat Jumaat sahaja yang ada khutbah , yang tentunya mengandungi peringatan , pengajaran , panduan dan nasihat untuk para muslim .


Solat Jumaat



Solat Jumaat 


Solat Jumaat wajib dilakukan oleh orang Islam yang baligh dan berakal serta merdeka ( hamba tidak wajib solat ) , kaum lelaki ( perempuan dan khunsa tidak wajib ) dan sihat ( orang sakit dimaafkan ) serta bermastautin ( tetap kediamannya ) .


يَآاَيُّهَاالَّذِيْنَ ءٰمَنُوْآإِذَانُوْدِيَ لِلصَّلٰوةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا اِلٰى ذِكْرِ اللهِ وَذَرُواالْبَيْعَ ۗ
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (al-Jumu’ah: 9)


Syarat Sah Jumaat


Solat Jumaat itu dikira sah apabila

  • didirikan di sebuah perkampungan atau bandar .
  • bilangannya tidak kurang daripada 40 orang termasuk imam , mulai dari awal khutbah pertama sehingga selesai solat .
  • Hendaklah didirikan pada waktu Zuhur .
  • Tidak ada dua solat Jumaat di tempat itu .

Lewat Solat Jumaat


Sesiapa yang dapat mengikut satu rakaat bersama imam , maka sah Jumaatnya . Sesiapa yang terlewat sampai ke masjid dan ia dapati imam sedang membaca tahiyat akhir , maka hendaklah dia berniat solat Jumaat mengikut imam tetapi dia melaksanakan solat Zuhur ( 4 rakaat ) .

Solat Jumaat Bagi Wanita


Kaum wanita boleh melakukan solat Jumaat walaupun sunat , tetapi mereka tidak diwajibkan solat Zuhur .



Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat ( 120 / 121 )



Larangan Meninggalkan Solat Jumaat .


Daripada Abu Hurairah dan juga Umar r.a. bahawa kedua - duanya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : 

" Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar , mudah - mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati - hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama .Maka jadilah mereka golongan yang lalai . "


Hadis di atas jelas menerangkan kepada kita bahawa ;


  • Orang yang sengaja meninggalkan sembahyang fardhu jumaat tanpa uzur akan ditutup oleh Allah s.w.t. pintu hati mereka dari mudah menerima kebenaran dan kebaikan terhadap agama .
  • Di antara tanda orang yang bersifat munafik itu ialah mereka yang banyak berbuat maksiat dengan meninggalkan yang wajib dan berbuat yang haram .




~ Cetusan Minda ~




8 Responses to "Solat Jumaat"

  1. Salam sis.. lama tak bertandang sini..
    sangat bermanfaat ilmu yg dikongsikan ini..sempena Jumaat yg mulia..:)

    ReplyDelete
  2. TUGASAN KAUM LELAKI DI HARI JUMAAT... SELAMAT BERSOLAT JUMAAT...

    ReplyDelete
  3. elok lakukan kesemuanya agar tenang dan aman ke masjid solat Jumaat...

    ReplyDelete
  4. Selagi berdaya selagi itu tak akan meninggalkan solat jumaat. Hari mulia, penghulu segala hari.. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  5. Salam... katalah jemaah di satu2 tempat kekurangan 40 orang lelaki dan wanita sahaja yg ada... adakah jumlah wanita boleh menggantikan bilangan yg kurang tersebut atau tidak?

    ReplyDelete
  6. sy pernah solat jumaat kerana ada program di masjid ketika itu..satu pengalaman yang len daripada yang len...

    ReplyDelete
  7. bermastautin.. sebab tu org yg musafir x wajib solat jumaat.. :)
    nice share..

    ReplyDelete
  8. Ada orang, tak dengar khutbah..tapi pi solat je. Lps tu balik. Ermmm..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...