BR1M Keluar Esok


Assalamualaikum ...

Bismillah . Alhamdulillah , akhirnya  bantuan rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) yang ditunggu - tunggu akan keluar juga . Ini berita baik untuk rakyat Malaysia yang sangat memerlukannya terutama mangsa banjir juga kepada ibu bapa yang memerlukan perbelanjaan sekolah anak - anak . Yang banyak RM dan tak suka dengan BR1M ni , dok diam - diam je lah ya . Berilah laluan dan kegembiraan kepada saudara kita yang amat memerlukannya . 


BR1M Keluar Esok


BR1M Keluar Esok


Sebagaimana yang dijanjikan , BR1M boleh dikeluarkan mulai esok . Bagi Penerima BR1M yang tidak mempunyai akaun bank , pengagihan baucer BR1M akan dibuat mulai 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac . Pemberian BR1M kali ini memberi keutamaan kepada penerima - penerima dari negeri - negeri yang dilanda banjir .


Sebanyak  7.1 juta penerima layak menerima BR1M membabitkan bayaran RM5.3 bilion pada tahun ini berbanding 7 juta penerima dengan bayaran RM3.64 bilion pada tahun lepas.
Pada tahun ini, 4.4 juta penerima daripada kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima RM950 yang dibayar tiga kali setahun iaitu RM300 pada Januari dan Mei manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September ini, katanya.
Selain itu, 400,000 penerima daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 yang layak menerima RM750 akan menerima RM200 pada Januari dan Mei manakala bakinya RM350 akan dibayar pada September.
Bagi 2.3 juta penerima individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, beliau berkata bayaran sekali gus sebanyak RM350 akan dibuat pada bulan ini.  


Semoga berita gembira ini dapat mengurangkan kesengsaraan para mangsa banjir dan dapat bernafas sedikit lega walaupun belum dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu mereka . Kadang - kadang , bila kita terlalu memburukkan sesuatu , maka ada saatnya Allah tunjuk pada kita bahawa perkara itu adalah sangat penting dan perlu untuk sesetengah pihak . Justeru itu , pandanglah dari matahati dan jiwa seorang insan bernama manusia .



~ Cetusan Minda ~




Disember dilanjutkan kepada 31 Januari ini berikutan bencana banjir. - Bernama

7 Responses to "BR1M Keluar Esok"

  1. Alhamdulillah.....bolehlah kurangan beban buat yang memerlukan..lagipun hujung tahun memang banyak pakai duit kan.. :) walaupun wa tak dapat tapi alhamdulillah syukur untuk yang dapat BRIM

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah memg Sgt di prlukn bagi yg kurang brkemampuan

    ReplyDelete
  3. Bersyukur dengan rezeki Allah.
    Sila bakerja dengan tekun ye semua rakyat Malaysia.
    Jangan harap makan gaji buta je.
    Keje ke mana tapi tiap bulan pi atm.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah syukur nikmat.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... rezeki jangan ditolak.. boleh pakai brim sikit utk beli kitkat rubies mcm kat promo content tu... :D

    ReplyDelete
  6. sekurang-kurangnya dapat meringankan sikit beban rakyat :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...