Maulidur Rasul Hidupkan Sunnah


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismullah . Hari ini kita menyambut kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Lahirnya telah membawa jutaan rahmat kepada sekelian alam . Dia lah ... Muhammad Rasulullah SAW . 

" Tidak kami utuskan engkau ( Muhammad ) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekian alam . " 
( Surah al - Anbiya ; 107 )


Maulidur Rasul Hidupkan Sunnah



Keperibadian Rasulullah 


Baginda sangat hebat dan petah dengan kata - kata yang berbalaghah ( bunga - bunga bahasa yang tinggi ) ,susunan kata - katanya mudah dan sesuai ,ayat - ayatnya ringkas dan jelas .

Hebatnya Rasulullah dalam berbicara bila Baginda berinteraksi dengan kabilah Arab mengikut dialek serta istilah mereka masing - masing .

" Sesungguhnya pada ( diri ) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk ( menjadi ikutan ) kamu . " 
( Surah al - Ahzab ; 21 )


Dalam perkataan nya ;

Baginda menjadi ikutan sebagai insan yang berbicara sesuatu daripada hati nuraninya yang ikhlas . Baginda tidak berbicara dan berkata yang sia - sia . Malah Baginda berpesan ;

" Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap yang baik atau diam saja . "


Dalam tindakan dan perbuatannya ;

Baginda sentiasa menyesuaikan perbuatannya dengan pengucapannya . Ketika Baginda meminta orang lain berbuat baik ,maka Bagindalah yang terlebih dahulu melakukannya . Sabda Baginda ;

" Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat . "


Baginda menjadi insan yang dihormati serta dimuliakan sehingga kini kerana memiliki keperibadian yang unggul , akhlak dan perwatakan yang terpuji , pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan serta mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan .

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali - kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua - duanya ; iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW . "

Dari Abu Said al-Khudri RA katanya : 

Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah Baginda.
Huraian Hadith: 

  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, 'rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah SWT.

  • Rasulullah SAW sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj Baginda iaitu di saat Rasulullah SAW menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah SWT memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas Baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, Baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, Baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri Baginda.
  • Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah SWT lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya .
  • Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah SWT dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah SWT dengan sepenuh malu.


Maulidur Rasul Hidupkan Sunnah 


Terlalu banyak sunnah Rasulullah yang baginda tinggalkan agar menjadi panduan dan ikutan umatnya di akhir zaman . Ianya meliputi seluruh aspek kehidupan kita . Antaranya adab ketika makan , adab minum , posisi tidur , bersukan dan banyak lagi . Maulidur Rasul telah mengingatkan kita akan sunnah - sunnahnya yang kita wajar ikuti dan amalkan dalam kehidupan seharian .




Maulidur Rasul Hidupkan Sunnah



Marilah kita sama - sama berselawat bukan sahaja pada maulidur Rasul malah juga dalam kehidupan seharian kita . Tidak akan sia - sia kerana ganjaran pasti ada di dalam setiap selawat kita .



Maulidur Rasul Hidupkan Sunnah



* Nota :

Sunnah yang menjadi petunjuk sepanjang zaman .


6 Responses to "Maulidur Rasul Hidupkan Sunnah "

  1. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  2. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw. Semoga bersama kita semua beroleh syafaatnya di akhirat kelak. Salam Maulidur Rasul CM.. :)

    ReplyDelete
  3. Moga kita jadikan amalan sunnah Rasulullah dan mencontohi keperibadian baginda...

    ReplyDelete
  4. Rasulullah begitu sayangkan kita, umatnya.
    Tapi, kita bagaimana?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...