Liat Benar Nak Turun


Assalamualaikum ...

Hari ini berita beritahu harga minyak setong dunia dah turun di bawah paras 50 USD . Keadaan ini berlaku sebab negara pengeluar minyak seperti Amerika , negara - negara OPEC dan Arab tidak mengurangkan pengeluarannya . Pada masa yang sama pula , permintaan untuk minyak ni tak meningkat . Setakat ni je lah . CM tak reti nak cerita lebih . Gembiralah rakyat Malaysia kalau harga petrol seliter turun lagi .

Liat Benar Nak Turun


Liat Benar Nak Turun 


Harga minyak dah makin turun tapi harga barang tak nampak tanda - tanda akan turun melainkan pada jualan murah . Itu pun adakalanya penjual naikkan harga 100 % sebelum beri potongan diskaun . Sekarang pula musim monsun yang masih tak menentu . Jadinya , hasil laut masih susah nak dapat dengan harga yang dikira murah .

Ada lagi yang tak turun . Umpama mimpi kalau benda ni boleh turun . Tak usahlah nak citer pasal bill Astro . Alangkah bagusnya kalau tariff elektrik , gas diturunkan .  Mesti rakyat seyum lebar . Macam liat benar nak turun semua benda ni . Tapi nak buat lagu mana kalau pasca banjir perlu didahulukan . 

Bercakap pasal banjir , rasanya dah tak sanggup nak lalui banjir lagi . Cukuplah setakat itu . Hanya doa yang dapat dipanjatkan semoga Allah tidak memberi ujian sebesar itu lagi . Tapi kalau tetiba ada drama sebabak peminat k-pop tu , siapa kita nak menolak kemurkaan Allah ! 

Apa yang ita lalui sekarang ini adalah disebabkan perbuatan kita sendiri ... renung - renungkanlah !



~ Cetusan Minda ~


Related Posts :

  • Selfie Satu Keperluan ? Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Selfie sudah menjadi lumrah di laman sosial . Bermacam - macam gaya dan aksi selfie anda ak… Read More...
  • Liat Benar Nak Turun Assalamualaikum ... Hari ini berita beritahu harga minyak setong dunia dah turun di bawah paras 50 USD . Keadaan ini berlaku sebab nega… Read More...
  • Mereka Ada Agenda Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Beberapa hari lepas kecoh dengan " I Want To Touch A Dog " . Kecoh media sosial dengan pelb… Read More...
  • Turunkan Harga Barang Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Berita harga minyak RON 95 dan 97 akan diturunkan pada harga lebih rendah pada 31 Disember … Read More...
  • Salam Merdeka Ke-58 Asslamualaikum ... Salam Merdeka Ke - 58 Tahun | Bismillah . Hari ini , 31 Ogos 2015 , Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke-58 ta… Read More...

6 Responses to "Liat Benar Nak Turun"

  1. Nak turunkan semua benda tu?..eerrmmm..macam jauh aje perjalanan lagi..huhu..

    ReplyDelete
  2. Ade turun. Harga tayar turun RM50 semalam.. hehe baru tukar tayar. Harga baru 2015.

    ReplyDelete
  3. Nak buat macam mana...inilah realitinya. Kalau harga barangan dan perkhidmatan turun...memang hanya dalam mimpilah...

    ReplyDelete
  4. Isu sukan pun tak boleh nak duduk berbincang... macam budak2 mereka semua... ego tak tentu pasal & makan gaji buta.. Itu je dah boleh mengundang kemurkaan... wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Amerika pengeluar minyak ke Vee ......pengimport minyak mungkin...
    Itulah tu.....minyak dah turun barang lain maintain nampaknya....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...