ASSALAMUALAIKUM ...
Bismillah . Sedih bila saya tengok status kat Facebook nih ... sebab apa ? ... Bila orang yang mengaku dirinya beriman dengan Allah dan Rasulnya tetapi dengan selamba mengutuk orang lain di Facebook dan Twitter malah tak segan mendedahkan aib sendiri . Ada gak yang rasa bangga menunjukkan aib sendiri di instagram untuk dikongsikan bersama followernya !
Buka Aib Sendiri
Islam mengajar kita supaya menutup aib sendiri . Kalaulah Allah ingin membuka aib kita , memang tidak tertanggung malunya . Allah Maha Pengasih , sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan , Allah tidak mendedahkannya . Oleh sebab itu janganlah kita sendiri yang membuka aib kita. Menutup aib ialah perbuatan yang dianjurkan oleh Islam , sekalipun dosa itu besar ,
Rasulullah SAW bersabda :
" Seseorang hamba yang menutup aib orang lain di dunia , kelak Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat . " ( Riwayat Muslim )
Seorang sahabat telah menjemput nabi SAW dan sahabat - sahabat yang lain untuk menikmati hidangan daging unta dirumahnya . Ketika mereka sedang menikmati hidangan , seorang daripada mereka telah membuang angin . Para sahabat cuma berpandangan sesama mereka . Wajah nabi SAW juga menunjukkan rasa kurang selesa dengan kejadian itu .
Apabila masuk waktu solat Maghrib , Nabi SAW bersabda :
" Sesiapa yang telah memakan daging unta , sila berwuduk . "
Hal ini jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW telah melindungi seseorang daripada menanggung malu atas perbuatannya .
" Sesungguhnya orang yang ingin agar ( berita ) perbuatan yang amat keji itu tersiar dalam kalangan orang yang beriman , bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat . Dan Allah Maha Mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui . " ( Surah al - Nur 24 : 19 )
Pada sesiapa yang berminat nak jadi ahli politik ker , wartawan ker , peguam ker , fikirlah sedalam - dalamnya sebab kerjaya ni memang akan aibkan orang lain .
Jika kita dapati , saudara kita melakukan maksiat seperti berzina , minum arak dan lainnya , jangan sebarkannya . Tapi kita masih lagi wajib menegahnya dan menasihatinya .
Imam al - Syafi'i berkata :
" Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar - benar menasihatinya dan memperbaikinya . Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya , bererti telah membuka aib dan telah menghianati saudaranya . " ( Sharh Sahih Muslim )
Perlu anda ketahui bahawa meluahkan perasaan marah atau menyindir atau mentertawakan orang walaupun tanpa mention individu tersebut di alam maya , dosa tetap anda dapat . Adakah anda rasa lega dan tenang selepas melakukan begitu ? Sudah tentu tidak . Malah anda telah melibatkan ramai orang untuk sama - sama mendapat dosa !
Jadi untuk apakah anda beribadat , melakukan semua rukun Islam tapi pada masa yang sama anda seronok mengaibkan orang lain ? Tepuk dada , tanya iman !
* NOTA :
Kalau tak mahu diri diaibkan , janganlah aibkan orang lain.
~ Cetusan Minda ~
nice sharing. peringatan untuk kita semua. jangan suka cerita aib orang, supaya aib kita terjaga :)
ReplyDeleteBLOG OH! BLOG
Zaman media sosial ni, kebanyakan orang sanggup dedah aib sendiri demi mendapat like dan followers.
ReplyDeletekita adalah apa yang kita tulis.. Ya Allah dulu mrmang CT jenis main tulis saja apa yang suka dekat facebook. masa zaman mula2 fbuk ni wujud.. geram ke marah lepas kat fesbuk. makin meningkat tua ni x dala nak buat cemtu. rasa dihantui pun iye jugak kenangkan balik apa yang pernah buat. jadi skarang lebih menapis..
ReplyDeletewords yng kita plih show personality kita macam mana..
jadi blogger pun boleh membuka aib orang..
ReplyDeleteRisau buka aib org lain ketika menulis so nampaknya JM perlu berhati2 dan nice sharing CM
ReplyDeleteKlau tk nk diri kita diaibkan..kita jgn buka aib org ..
ReplyDeletesemoga kita sentiasa melindungi aib sndiri dan org sekeliling :)
ReplyDeleteBersamalah kita semua sentiasa menjadikannya satu peringatan... tak perlulak nk bukakan aib org.. org yahudi pun tau nak jaga aib org.. klu kita yg Islam ni tak tau nak jagi mmg lebih teruk lah dari yahudi...
ReplyDeleteSesetengah orang tu...memang hobby dia kot..mempersendakan orang lain..kira dah habis best la tu agaknya..atau memang tak ada kerja lain..
ReplyDeletehakikat di dunia ni :
ReplyDelete"aib sendiri disimpan setengah mati..tapi jadi satu keseronokan utk mengintip dan mengintai aib orang"