Assalamualaikum ...
Bismillah . Dikala harga barangan liat nak turun bukan sahaja disebabkan oleh kedegilan peniaga lantaran pembekal yang meletakkan harga yang tinggi malah Tahun Baru Cina yang bakal menjelma , apa kata kita buat penjimatan untuk kita sendiri . Antaranya , kita tanam semula sayuran yang ada .
DIY Tanam Semula
Sangat mudah sebenarnya untuk membuat DIY tanam semula melainkan anda malas dan memandang remeh keperluannya . Anda hanya perlu ambil sayuran yang tumbuh akar , letakkan dalam air supaya sayuran tersebut mendapat zat untuk mengeluarkan pucuk barunya seperti gambar di bawah ;
Selepas akar sayuran tumbuh , bolehlah anda alihkannya ke atas tanah di dalam pasu atau apa sahaja bekas yang sesuai . Banyak jenis sayuran yang boleh anda lakukan cara penyemaian sebegini antaranya serai , bawang putih , bawang merah , saleri , daun bawang , daun sup , daun ketumbar , pegaga , sawi dan sebagainya .
Mudah sahaja untuk lakukannya asalkan anda berminat dan rajin . Anak buah CM juga pernah lakukannya di rumah . Lihatlah pokok bawang putih di bawah ni , suburkan !
Selamat mencuba dan semoga anda seronok melakukannya .
~ Cetusan Minda ~
kalau bawang,letak dalam bekas dia terlalu lama pun boleh tumbuh dalam tu..
ReplyDeletehihi, timm sek bek dok kpg, mmg bnda2 asas mcm bunga kntan, daun pandan, daun kari semua maen petik je klau nak msak..hihi..jimat n selamat n organik tnpa racun serngga kan..
ReplyDeletekreatif, betul... saya pon sekarang ni berjinak2 tanam bawang, daun sup ... jimat...
ReplyDeletemenarik ni ^^
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteyang paling senang sekali daun bawang dan taugeh kan...
Zumal pun rasa nak tanam juga boleh jimat bajet sikit ^-^
ReplyDeleteselalu cuba tanam tak hidup.. bak kata org tua, tangan panas :p
ReplyDeleteBLOG OH! BLOG
Yang penting kena ada kerajinan, berbudi kepada alam dan tanah tidak akan pernah rugi...
ReplyDeleteTiups yang baik. Tak rugi nak cuba kan..
ReplyDeleteYa Allah...tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. sumpah memang bagus idea ni. boleh jimat duit beli sayur yang mahal berdentum kat pasar tu.
ReplyDeleteBagus ni..orang kata berbudi pada tanah kan..hasilnya kita juga yang akan dapat nanti.. :)
ReplyDeleteMmg bagus ni.. dah alang2 beli brg dapur kan.. :) :)
ReplyDeletesy pernah buat cenggini...utk daun sup dan serai...al hamdulillah subur smpai skg hehehe
ReplyDelete