Assalamualaikum ...
Bismillah . Hari ini kereta sudah berderet di jalan raya . Masing - masing sudah ada rancangan untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman sempena Chinese New Year ( CNY ) . CNY sudah sinonim dengan limau . Malah di pasaraya juga ada dijual pokok limau bonzai . Pernahkah anda berfikir untuk DIY tanam pokok limau ?
DIY Tanam Pokok Limau
Bukan sukar sebenarnya DIY untuk tanam pokok limau ni . Anda boleh mulakan dengan menyemai biji benihnya . Cuma cabaran di sini adalah menanamnya dalam pasu dan pokok itu membesar menjadi bonsai yang sihat dan dapat keluarkan buah sebagaimana di bawah .
Pokok Lemon , Limau Kasturi Dan Limau Purut
Bukan sekadar limau CNY , anda juga boleh menanam lemon , limau kasturi dan juga limau purut . Seandainya anda pergi ke nursery , anda boleh dapatkan panduan serta baja yang sesuai untuk menjadikan pokok tersebut sihat dan berbuah .
SI tidak tahu sama ada lemon sesuai ke tidak di tanam dalam cuaca Malaysia tapi SI pernah nampak dalam program TV wujudnya pokok lemon di Malaysia .
Kepada pecinta buah citrus ini , anda dapat membuat penjimatan dengan menanamnya sendiri . Anak buah SI juga ada tanam . Bukan tanam sebenarnya . Cuma sekadar tabur biji limau CNY dihalaman rumah dan tumbuh serta hidup subur pula .
Di atas itulah pokok limau CNY . Dah lebih 5 tahun rasanya pokok itu hidup di situ . Malah tingginya juga tak bertambah . Ada 3 pokok dalam rumpun tu . Rasanya kalau SI tanam dalam pasu dan letak baja aka dijaga dengan sempurna , mungkin sekarang ini , pokok limau itu sudah berbuah .
Kepada yang berminat untuk berkebun , boleh sahaja anda mencuba . Tak rugi berbudi pada tanah .
~ Sumber Informasi ~
jimat duit =)
ReplyDeletesy suka betul tgk pokok limau yg di tanam dalam pasu..terutama yg ada buah...comel sgt...hehehe
ReplyDeleteNanti nak try..
ReplyDeleteAssalammualaikum... vee,
ReplyDeletemselim3 pun suka bertanam nie... tak rugi berbudi kepada tanah nie..
mselim3
Minat jugak aktiviti tanam menanam ni...
ReplyDeleteEspecially bila dah nampak hasilnya..
Wah, CM ada tanam pokok limau yer... Zumal tengok orang jual pokok limau kat pasar yang ada buah lagi rasa teruja nak beli tapi takut lak mati...
ReplyDeleteBaguslah kalau boleh tanam lemon sendiri.
ReplyDeleteSebab lemon kan mahal.
Ada jual pokok lemon Tak?
ReplyDelete