Assalamualaikum ...
Bismillah . Percayakah anda bahawa gaya hidup kita akan mempengaruhi kepantasan otak kita untuk berfikir . Ada sesetengah perkara , jika anda amalkan akan menyebabkan otak anda jadi lembap . Sudah tentu anda semua tidak mahu perkara itu berlaku bukan . Ini disebabkan apabila otak anda yang lambat berfikir itu akan menjejaskan kualiti hidup anda .
Penyebab Otak Anda Jadi Lembap
Ada beberapa faktor yang dikenal pasti akan menyumbang kepada kelembapan otak anda . Ada antaranya anda sudah biasa dengar dan ada juga yang anda tidak jangka . Berikut adalah beberapa penyebab otak anda jadi lembap . Antaranya ;
1- Tidak mengambil sarapan pagi .
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan . Jika anda tidak mengambil sarapan pagi , ianya akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak . Banyak sel - sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut .
2- Makan Berlebihan
Tidak bermakna bila anda makan berlebihan akan menjadikan otak anda semakin baik . Makan berlebihan sebenarnya hanya akan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan , menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak . Keadaan ini mengakibatkan anda mengantuk , berasa malas dan hilang daya fokus . Sebab itu anda lebih selesa untuk tidur dari melakukan kerja .
3- Merokok
Sebagaimana yang anda ketahui bahawa asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun yang boleh membunuh dalam jangka waktu panjang . Bagi yang tidak merokok , anda dinasihatkan supaya jauhi diri anda dari menghidu asap rokok .
4- Mengambil gula berlebihan .
Mengambil gula berlebihan dan berada di dalam badan anda boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi . Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat .
5- Menghidu udara yang tercemar .
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia . Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel - sel otak . Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak .
6- Tidur yang berlebihan .
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita . Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang . Bila anda terlebih tidur , anda akan rasa kepala anda seperti berat dan merasa pening . Pada ketika itu , anda kurang mampu untuk berfikir dengan baik .
7- Tidur sambil meniarap dan menekup muka .
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas . Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen . Rasulullah juga melarang kita tidur menyiarap kerana itu tidur syaitan .
8- Kurang berimaginasi .
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita . Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun .
9- Jarang berfikir .
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif . Makanya , selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita .
10- Tidak membaca al - Quran .
Al - Quran merupakan kalimah - kalimah Allah s.w.t. . Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak . Membaca al - Quran menjadikan otak anda cepat berfikir untuk membaca dengan betul setiap turutan sebutannya supaya maksudnya tidak lari dari maksud asal . Tidak membaca al - Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal .
Kesimpulan
Gaya hidup yang sihat adalah yang terbaik bagi memastikan otak kita sentiasa aktif . Makanya , sekiranya anda tidak mahu mendapat penyakit lupa dengan cepat , elakkanlah dari melakukan segala perkara diatas . CM suka bab membaca al - Quran . Islam juga ada mengatakan bahawa membaca al - Quran akan dapat mengelakkan anda menghidapi al zhimer atau CM selalu sebut sebagai nyanyuk .
~ Cetusan Minda ~
oic...ingatkan banyak sangat termakan semut sahaja boleh buatkan otak jadi lembab..hehe
ReplyDeleteIlmu baru ni. Terima kasih untuk perkongsiannya CM - memang sangat bermanfaat.
ReplyDeletepaling menarik, tentang tips membaca al-Quran.
ReplyDeletebila saya baca semula sejarah ilmuwan Islam zaman kegemilangan Islam dahulu, sungguh tak sangka, betapa tajamnya daya ingatan mereka dan betapa luasnya ilmu pengetahuan mereka.
al-Quran bagaikan pusat segala ilmu pengetahuan...hanya yang dekat dengannya sahaja yang akan memahami ilmu yang terkandung di dalamnya.
tetapi para barat telah berjaya memesongkan sejarah sehingga kegemilangan tersebut tenggelam ditelan zaman.
semoga atas peringatan tuan punya blogger ini, maka Islam akan kembali bersinar.
insya-Allah dan terima kasih atas perkongsian.
#blogspot : rawatankanser2013
Point yang bagus.
ReplyDeleteMemang betul pun.
Nasihat yg baik utk diperingatkan selalu ni. T kasih CM
ReplyDeleteTips yg baik d amalkan terutama baca al quran dpt ganjaran pahala
ReplyDeletenice sharing =)
ReplyDelete