Jangan Berkawan Dengan Jin !



ASSALAMUALAIKUM ...

Bismillah . Ada orang kata , dengar cakap jin atau kawan dengan jin tak apa  asalkan kita tak ikut atau menurut arahannya atu percaya dengan kata - katanya . CM pernah menonton satu program agama di tv . Ustaz tu kata ;


" kalau kita dengar cakap jin , jatuh kufur , kalau kita ikut cakap jin , jatuh syirik " . 

Dua hari lepas kakak CM ada memberitahu bahawa seorang kawannya ( A ) telah menemani bapanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi , terlantar sakit di hospital . Semasa A terlena sebentar dalam beberapa minit , A bermimpi didatangi seorang wanita yang cantik anggun . Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Puteri Aisyah . Puteri Aisyah ini memberitahu A bahawa ada bunga di bawah bantal ayahnya di rumah . Puteri Aisyah menyuruh si A menghiris halus bunga itu kemudian dicapurkan dengan air , lalu diminum air tersebut . Air itu dapat sembuhkan sakit bapa si A . Bila terjaga dari mimpi , si A telah menelefon anaknya supaya melihat bantal di bilik bapanya . Ya , bunga tersebut benar - benar ada seperti yang diberitahu puteri Aisyah dalam mimpi si A. Maka anak - anak si A ketakutan . Si A pula whatsapp kakak CM dalam ketakutan juga .

Kakak CM suruh si A jangan sentuh bunga tu dan rujuk terus pada ustaz . Berdasarkan pengalaman kami , Puteri Aisyah dalam mimpi si A itu adalah jin yang berhasrat mahu jadi pendamping kepada A dan akan berakhir sebagai SAKA sekiranya diterima A . 

Sekiranya A menerima cadangan Puteri Aisyah dan ianya berhasil , maka A akan percaya bahawa bunga itu penyembuh kepada penyakit ayahnya . Maka sudah jelas ianya syirik kerana percayakan kuasa lain selain Allah .

Jangan Berkawan Dengan Jin !



Jangan Berkawan Dengan Jin !


Ada 7 sebab kenapa Islam tak nak kita kawan / guna jin dalam kehidupan kita .

1. Mendatangkan kemudaratan .


Allah berfirman dalam surah al - Jin ayat 6 yang bermaksud 

" Dan sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan ketua - ketua golongan jin , maka jin - jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan . " 

Allah SWT telah memberi amaran , azab neraka bakal menimpa melalui firmannya dalam surah al - An 'am ayat 128 yang bermaksud :


" Dan ( ingatlah ) hari ( kiamat yang padanya ) Allah akan himpunkan mereka semua , ( lalu berfirman ) : " Wahai sekalian Jin ! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut - pengikut dari manusia " . Dan berkatalah pula pengikut - pengikut mereka dari golongan manusia : " Wahai tuhan kami , sebahagian kami ( manusia ) telah bersenang - senang ( mendapat pertolongan ) dengan sebahagian yang lain ( jin - jin ) , dan telah sampailah kepada masa kami ( hari kiamat ) yang Engkau telah tentukan bagi kami " . ( Allah berfirman ) : " Nerakalah tempat kediaman kamu , kekal kamu di dalamnya , kecuali apa yang dikehendaki Allah .

2. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meminta pertolongan jin .


Imam Al - Alusi dalam tafsirnya , jilid ke 19 , halaman 83 , terdapat 6 pertemuan antara rasulullah dan jinatas urusan dakwah dan penyampaian ilmu . Tiada langsung unsur meminta bantuan bagi urusan duniawi hatta bagi menghadapi peperangan .

3. Melihat dan menguasai jin , mukjizat khusus untuk para nabi dan rasul .


Firman Allah dalam Al  A'raf , ayat 27 yang bermaksud : 


" Sesungguhnya ia ( jin ) dan pengikut - pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka . "

Imam Muslim meriwayatkan bahawa : 

" Satu ketika Rasulullah hendak bersolat , tiba - tiba syaitan datang mengganggu Baginda . Lalu baginda berjaya menangkapnya dan dicekik leher syaitan sehingga baginda dapat merasa sejuk lelehan liurnya . Lalu baginda bersabda , " Kalau bukan kerana aku teringat doa saudara ku Sulaiman , pasti akan ku ikat syaitan itu pada tiang masjid supaya menjadi mainan kanak - kanak di Madinah . "

4. Tipu daya jin sangat licik .


Dalam surah Al A'raf ayat 16 - 17 yang bermaksud :


" Iblis berkata : Oleh kerana Engkau ( wahai Tuhan ) telah menyesatkan aku , maka aku akan menghalang anak - anak Adam dari melalui jalan Mu yang benar . Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka , dari belakang mereka , dari kanan mereka , dari kiri mereka ,dan Engkau tidak akan dapati melainkan hanya sedikit sahaja dari mereka yang bersyukur . "

5. Hanya orang jahil bersahabat dengan jin .


Syeikh Abdul Wahhab Asy - Sya'rani menegaskan di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir , 
" Barang siapa memilih dan melebihkan persahabatan dengan jin berbanding bersahabat dengan para ulama , maka orang itu sangat jahil . Kerana menjadi tabiat jin untuk berlebih - lebih dalam perbuatan dan perkataannya dan selalu berdusta sebagaimana tabiat orang fasik . Maka orang yang berakal harus mengelakkan diri dari bersahabat dan bersekutu dengan jin , sepertimana dia perlu mengelak dari bersahabat dan bersekutu dengan manusia yang fasik . Aku tidak pernah melihat seseorang yang bersahabat dengan jin itu mendapat kebaikan , kerana asal kejadian jin dari api dan api sangat banyak geraknya , maka perbuatan dan perkataan orang itu hanya berlebih - lebihan . "

6. Jin tidak akan rela melakukan kerja - kerja khadam .


Jin tidak akan rela melakukan kerja - kerja khadam . Sebab itu , jika anda minta pertolongan darinya , jin akan meminta sesuatu sebagai balasan .


7. Bersahabat dengan jin adalah evolusi upacara menurun .


Firman Allah dalam surah al - An'am ayat 112 , 


" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap - tiap Nabi itu musuh dari syaitan - syaitan yang terdiri dari kalangan manusia dan jin , setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain dengan kata - kata dusta yang indah - indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya . Dan jika Tuhanmu menghendaki , tentulah mereka tidak melakukannya . Oleh itu , biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada - adakan ( dari perbuatan yang kufur dan dusta ) itu . "

Surah Fathir ayat 6 :


" Sesungguhnya syaitan musuh bagi kamu , maka jadilanlah dia musuh ( yang mesti dijauhi tipu dayanya ) ; sebenarnya dia hanya mengajak golongannya menjadi penduduk neraka . "


CM fikir adalah lebih baik kita jauhkan diri dari jin ni walaupun jin tu Islam sekalipun sebab kita tak nampak dia , tapi dia nampak kita . Jadi dia akan gunakan kelebihan itu untuk menyesatkan kita dan juga menghasut kita supaya bermusuh / berperasangka buruk dengan orang lain .



~ Cetusan Minda ~



5 Responses to "Jangan Berkawan Dengan Jin !"

  1. nak minta pertolongan..minta sahaja kepada Allah SWT..selepas itu usaha dan ikthiar sesama manusia..jangan babitkan jin

    ReplyDelete
  2. Family mertua (abah dan suami) memang ada bersangkut dengan jin & mereka boleh nampak... (maybe ada menuntut ilmu) tapi alhamdulillah sepanjang dengan suami takde lah benda jadi tak baik.. masih boleh solat sebagainya...

    Apapun kalau boleh janganlah berdamping lelagi bagi mereka yang desperate terhadap sesuatu.... thx for sharing kak CM...

    ReplyDelete
  3. uish nauzubillah.. seramnyaaaa citer ni. isk CT bace sikit aje sebab takot.. dulu mak kena macam buatan orang biasalah.. pegi brubat org dok cakap kwn2 la apalah tapi ended up kluarga sendiri. nak brubat kena tngk gayanya juga tp xleh la x percaya sihir trus sbb mmg wujud. spanjang tmph brubat mmg mcm2 jenis org jumpa. yg meragukan yg pelik yang cekik darah semua ada.. isk isk..

    alhamdulillah back to the basic.. Allah jua. hihi citer lama dok kenang balik..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...takutnyer...siap bgi arahan lagi kan....aishhh...kena hati-hati takut jin jd pendamping..sy pernah dgr sorang ustaz kata...sebaik-baik jin adalah sama sejahat jahat manusia....smga kita dijauhi

    ReplyDelete
  5. Nice sharing CM
    Seram jugak ya...Takut kadang2 kita terikut 'cakapnya' tanpa sedar. Na'uzubillah..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...