Cicak Si Penjahat Kecil


ASSALAMUALAIKUM ...

Bismillah . Banyak perkara sunat boleh anda lakukan di malam Jumaat . Bukan sekadar bersama isteri , anda juga digalakkan membunuh cicak di malam Jumaat . Tapi bukan mudah nak jumpa cicak di malam Jumaat . Pandai saja si cicak ni sembunyikan diri . Bunuh cicak adalah satu - satunya sunat malam Jumaat yang kita jarang ambil tahu . Walaupun Rasulullah sudah khabarkan bahawa membunuhnya akan mendapat pahala . Mungkin kerana cicak yang kecil dan comel dan tidak ganas , maka kita biarkan sahaja dia hidup walaupun kita nampak dia ada di depan kita .



Cicak Si Penjahat Kecil


Cicak Si Penjahat Kecil


Cicak si penjahat kecil adalah gelaran yang Rasulullah beri . Bagi CM ianya sangat sesuai kerana cicak ini sinonim dengan najis - najisnya yang melata terutama di surau dan masjid . Mujurnya , tidak batal wuduk kita bila terpijak najis cicak . Kita hanya perlu mencuci sahaja sehingga hilang warna dan baunya .

Daripada Amir bin Saad dari bapanya ( Saad bin Abi Waqas ) r.a. katanya :

" Sesungguhnya Nabi SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya " Si Penjahat Kecil " . "
( Fuwaisiqah ) ~ Hadis Riwayat Muslim ~

Keperluan Membunuh Cicak


Kenapa Rasulullah suruh kita bunuh cicak pada malam Jumaat ? Berikut adalah penjelasan kepada persoalan tersebut . 

1. Cicak menghembuskan angin . 


Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) .

Firman Allah SWT :


Ù‚ُÙ„ۡÙ†َا ÙŠَÙ€ٰÙ†َارُ ÙƒُونِÙ‰ بَرۡدً۬ا ÙˆَسَÙ„َÙ€ٰÙ…ًا عَÙ„َÙ‰ٰٓ Ø¥ِبۡرَٲهِيمَ 


Maksudnya: Kami berfirman, "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!" (Surah Al-Anbiya, ayat 69)

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :

” Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…

2. Cicak Memberi Isyarat 


Pada waktu Nabi Muhammad dikejar oleh kaum musyrikin Arab dan ia bersembunyi di gua Hiro, tiba-tiba ada cicak memberitahu mereka dengan bunyinya bahwa ada orang di dalam gua tetapi dilindungi oleh labah - labah dengan membuat sarang dipintu gua .

Maka Rasulullah memerintahkan untuk membunuh cicak ini dimana pun kita jumpa .Rasulullah s.aw. bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan , ditulis baginya 100 kebajikan dan membunuhnya dengan 2 pukulan dituliskan baginya kurang daripada yang pertama dan membunuh dengan 3 pukulan , kebajikan kurang daripada yang ke 2 . "( Hadis Riwayat Abu Hurairah )

Ummu Syarik berkata: ' Nabi telah menyuruh membunuh cecak '. Muhammad memberinya julukan Fuwaisiqa yang bererti si kecil yang fasiq. 

Para ulama juga telah menegaskan bahwa, tokek adalah satu spesies dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun sama.

Kesimpulan ;


Sunat membunuh cicak bila kita menemuinya terutama di malam Jumaat kerana binatang ini telah ' menderhaka ' kepada Rasulullah dan Nabi Ibrahim . Bila hukumnya sunat tu , sudah tentu dapat pahala . Kepada yang tak sampai hati , berdoalah anda tak jumpa cicak .

Maka teringatlah CM ketika bercuti di kampung beberapa tahun lepas . CM mengemas bilik yang dah jadi stor untuk dijadikan bilik tidur . Jadi CM nampak la banyak cicak dan telurnya . Datang lah dua orang anak sedara yang nak cari cicak untuk wat umpan memancing . Herannya bila mereka cari tak jumpa . Tapi CM sentiasa terjumpa makhluk cicak nih . Rasanya mungkin betullah cicak ni boleh baca keadaan ...  wallah hu'alam .



~ Cetusan Minda ~



6 Responses to "Cicak Si Penjahat Kecil"

  1. pernah perkara ini menjadi bahan lawak kepada non muslim... ganjil perangai Nabi kita yang takut kepada cicak dan suruh dibunuh pula... pada mereka cicak tu haiwan baik dan tak bahaya... tapi hakikatnya cicak juga bahaya sama macam ular, nyamuk, lipan dan sebagainya...

    ReplyDelete
  2. eee qila mmg benci gila dgn cicak!
    geram T_T

    ReplyDelete
  3. dulu dalam bilik saya ada seekor cicak gemuk. dia tingal dekat lampu pendaflour saya. Saya biar je. Tapi selalu sangat berak, kena atas laptop. Ada satu kali tu, tahi fresh kena atas saya, so apa lagi spray , sampai terpeleot dia. HAHAHA

    ReplyDelete
  4. Betul Vee....geram tengok cicak dia yg merata tu....jenuh le nak bersihkan. Biasanya kat kg mmg banyak, kat KL ni okje rasa kurang jugak nampak.

    ReplyDelete
  5. Dulu arwah atuk saya ada senapang kayu peluru getah utk tembak cicak. Bahaya senapang tu sbb kena org mesti berbintat.. sakit.. klu kena cicak mmg boleh mati. Tak tau mana pergi senapang tu skrng hhmmm... Promo content je lah...

    ReplyDelete
  6. Waktu kecik2 suka lastik cicak kekadang ekor je yg putus pastu kodek2 eeee geli pun ada tp skrg dh lama x nampak cicak

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...