Assalamualaikum ...
Bismillah . Pernahkah anda terfikir , kenapa adanya cincin perkahwinan ? Kenapa pula cincin itu perlu disarungkan ke jari manis ? Kenap tidak di jari - jari yang lainnya sedangkan di tangan kita ada lagi empat jari yang boleh juga disarungkan cincin ?
Sejarah Penggunaan Cincin
Sebenarnya , sejarah cincin perkahwinan itu sendiri tidak begitu jelas . Terdapat dua versi cerita yang sering diperkatakan iaitu sejarah Kuno Mesir dan Roma Kuno .
Bagi sejarawan , mereka lebih mempercayai versi Mesir Kuno yang memulakan tradisi cincin pernikahan ini . Tiga ribu tahun lalu , orang Mesir menggunakan cincin yang diperbuat daripada tulang , gading , akar atau kulit .
Makna Cincin
Cincin pernikahan diibaratkan sebagai simbol cinta tiada akhir ( cinta abadi ) antara lelaki dan wanita . Bentuk lingkaran bulat cincin juga mempunyai alasan tersendiri . Bentuk bulat yang tidak putus melambangkan cinta , keabadian cinta , tanpa awal dan tanpa akhir walaupun selepas mati .
Manakala lubang di tengah lingkaran cincin pula melambangkan sebuah pintu yang mengarah ke kejadian yang diketahui mahupun tidak diketahui .
Memberi cincin kepada wanita yang dikahwini bermakna tanda cinta abadi yang tiada pengakhiran .
Cincin Di Jari Manis
Kenapa cincin disarung di jari manis pada tangan kiri sahaja ? Sebenarnya , di tangan manapun cincin disarung , bergantung pada adat dan budaya sesebuah masyarakat .
Bagi kepercayaan Mesir Kuno , menyarung cincin pada jari manis tangan kiri kerana jari ini memiliki saluran pembuluh darah hkusus yang langsung berhubung ke jantung .
Konsep ini kemudiannya diikuti hingga kini dan diberi istilah vena amoris atau vein of love yang bererti ' pembuluh darah cinta ' .
Bagi orang Islam , memakai cincin di jari manis merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Anas bin Malik r.a. pernah meriwayatkan ;
" Bahawasanya Nabi s.a.w. memakai cincin pada jari ini - sambil mengisyaratkan pada jari mansi tangan kirinya ."
Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut.
Cara Rasulullah Pakai Cincin
Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cincin di tangan kanannya dan ia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; ‘Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya’”. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).
Cukuplah sekadar pakai cincin pada dua jari iaitu jari manis dan jari kelingking . Kalau dah pakai kat semua jari , dah macam gangster pulak CM tengok .
~ Cetusan Minda ~
nani memang pakai cincin dekat jari manis je tak dek dah jari jari lain . hehhe
ReplyDeleteAkak terpaksa pakai jari tengah sebab cincin dah mula longgar, asik nak jatuh je.
DeleteNak pi kecikkan xde masa.
Adakanlah masa demi sunnah..
Deletesaya kayaknya tak pernah pake cincinlah :D
ReplyDeleteTq sis..menarik ni..
ReplyDeletetak suka pakai barang kemas... simpan aje buat kenangan :) nway nice info
ReplyDeleteBLOG OH! BLOG
Betul tu. Macam rimas pun ada.
DeleteXde cincin...hihi
ReplyDeleteEh Jari Manis ingatkan JM tadi hehehehe
ReplyDeleteKak JM perasan. Hahaha..
DeleteBetuk tu pernah dgr ada saraf yg menghubung dari jari manis ke hati dan jantung. Eh bila sebut jari manis like call my name hehehe
ReplyDeleteheheheh...amboi JM...kemain..
Deletesy pon suka pakai cincin kat jari manis...cuma skg x pakai dah...coz sy ni keje kdg2 lasak..takut hilang....heheheh
K.JM, ke mimpi cincin kat jari manis.
DeleteHahaaa melawak je tau.
Kak lya tak berapa suka pkai cincin bukan sbb pe sbb klau nk buat kerja basuh membasuh cincin mudah jer gelongsor huhuhu..sbb tu tak pkai sgt sesekali jer pkai..nice sharing vee
ReplyDeleteSalam singgah hujung minggu vee...Diana suka pakai cincin kat jari manis sebelah kiri sb bila tengok jari mcm sweet jer cincin tu kat situ...lagipun cincin tu pemberian dari hubby...hihi...
ReplyDeleteSaya pun ada cincin di jari manis hihii.. :D
ReplyDeleteSaya pun ada pakai kat jari manis.....agak2 jari dah kurus sikit, boleh tukar2 kat jari hantu...hehe :)
ReplyDeleteVein of love tu baru tau.
ReplyDeleteInsyaallah dapat pahala kalau ikhlas niatkan kerana ikut sunnah Rasulullah.