Assalamualaikum ...
Bismillah . Banyak benda yang kita sudah tidak gunakan boleh di kitar semula . Selalunya kita ambil remeh sahaja benda - benda ni . Selepas diguna , kita bung sahaja ke dalam tong sampah . Antaranya adalah kerajang aluminium .
Kerajang Aluminium Banyak Kegunaannya
Kerajang aluminium yang anda sudah gunakan , jangan dibuang . Tahukah anda kerajang aluminium ini banyak kegunaannya ? Antara kegunaannya adalah seperti gambar di atas . Selebihnya , CM kongsikan di bawah .
1- Kerajang aluminium hilangkan karat pada logam .
Anda hanya perlu gunakan air dan kerajang aluminium , kemudian gosokkan pada logam yang berkarat .
2- Kerajang aluminium jadi bahan pengering
Bentukkan kerajang aluminium menjadi bulat , kemudian masukkan dalam pengering pakaian anda .
3- Kerajang aluminium mengilatkan barangan perak
Untuk mengilatkan barangan perak , anda perlu sediakan baking soda , garam , air panas dan kertas aluminium . Campurkan semua bahan tu dan rendamkan barangan perak didalamnya . Lepas itu gosok dengan kerajang aluminium untuk hilangkan kekotoran .
4- Kerajang aluminium melindungi tombol pintu .
Bila anda hendak mengecat pintu , bungkus tombol pintu dengan kerajang aluminium untuk elak terkena cat .
5- Kerajang aluminium boleh seal beg plastik
Untuk elak makanan dalam beg plastik anda rosak , seal dengan kerajang aluminium menggunakan seterika .
Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan kerajang aluminium kitar semula ni . Tapi cuma ini yang mampu CM kongsikan dengan anda semua . Semoga ianya dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anda .
~ Cetusan Minda ~
Wah..memang banyak gunanya ye?
ReplyDeleteoooo....baru tauuu...byk jugak kegunaannyer yerr hihhihi
ReplyDeleteMenarik ni.. baru saya tau. Info baru buat saya bersama promo content. Thanks CM.. :)
ReplyDeleteokay, mmg tau banyak benda boleh pakai....tapi tak pernah terfikir sebanyak neh!
ReplyDeleteSaya meminati projek-projek yang melibatkan kitar semula.. semoga ada lebih banyak lagi artikel sebegini
ReplyDeleteJM tahu pasal kegunaan kerajang aluminium ni dari rancangan assalamualaikum tv9
ReplyDeleteterima kasih ye..baru tahu kelebihan kerajang aluminium ni, selalunya buat bungkus makanan je...pastu buang :-)
ReplyDeletemenarik!thanks share!
ReplyDeleteSaya selalu cucuk2 dengan jarum buat gamabr je kerajang aluminium ni..hehehe
ReplyDeleteWaahh..memang banyak kegunaanya.
ReplyDeleteJuga untuk tighten batt yang loose tu ye.
x sgka....byk kegunaan..
ReplyDeleteAda yang saya baru tahu..thanks infonya
ReplyDeleteWah byk jugak kegunaanya..hehe tak tahu
ReplyDelete