Mengajak Saudaranya Ke Arah Kebaikan


Assalamualaikum ...

Bismillah . Apabila SI menerbitkan entry tentang agama , ada sahaja komen yang cuba memperlekehkan dan menguji tahap kefahaman SI terhadap agama . SI hanya senyum sahaja . Tahukah anda berkongsi apa yang kita baca dan kita ketahui tentang agama adalah tanggungjawab seluruh muslim yang menjadi khaifah di muka bumi ini . Setiap kunjungan dari pembaca seperti anda , sudah tentu memberi pahala kepada penulis dan boleh menjadi amal jariah yang berpanjangan . Itulah yang sepatutnya anda kejar bukan memperlekehkannya .

Berbeza pula jika berhujah tentang agama , hukum hakam , hadis serta firman Allah , kerana itu sudah tentu tanggungjawab ulama .


Mengajak Saudaranya Ke Arah Kebaikan



Firman Allah yang bermaksud ;

" Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesakan dan mematuhi perintah ) Allah , serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih , sambil berkata : ' Sesungguhnya aku adalah daripada orang - orang Islam ( yang berserah bulat - bulat kepada Allah ) ! ' "
( Fussilat : 33 )

Mengajak Orang Ke Arah Kebaikan


Orang Islam yang baik ialah mereka yang mengajaknya saudaranya ke arah kebaikan dan menegur serta mencegah mereka sekiranya melakukan kesilapan dan kemugkaran . Begitu juga mereka yang terligat secara langsung atau tidak dalam gerakan dakwah Islamiah yang menyeru kepada mengesakan Allah s.w.t. dengan mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan - Nya .

Mereka  tahu ganjaran melakukan kebajikan dan amal soleh itu besar dan mendapat kesenangan yang kekal abadi . Justeru mereka tidak mahu menikmatinya sendirian bahkan mengajak orang lain turut sama merasai kebahagiaan itu dengan menyeru mereka berbuat kebaikan .

Golongan ini juga menunjukkan peribadi dan tingkah laku yang mulia dalam usaha mengajak orang lain ke arah kebaikan . Mereka menjadi perhatian dan contoh tauladan yang baik . Mereka tidak hanya pandai berkata - kata tetapi juga mengotakan apa yang dikata dengan sentiasa melakukan amalan - amalan soleh  secara berterusan . Segala usaha yang dilakukan pula diniatkan semata - mata kerana Allah s.w.t. bertujuan menaikkan lagi imej Islam di mata dunia .

Mencegah Kemungkaran

Kita sesama Islam bertanggungjawab terhadap saudara seagama kita dengan mengajak mereka melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran . Sekiranya setiap orang Islam berpegang kepada prinsip ini sudah tentu kehidupan menjadi harmoni dan saling hormat menghormati .

Mereka sedaya upaya mengorak langkah menyelamatkan orang lain daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesesatan , berusaha memberi tunjuk ajar kepada mereka yang jahil , memberi peringatan kepada mereka yang lalai , cuai dan menyelamatkan mereka yang hanyut dan sesat agar kembali ke pangkal jalan .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )



~ Sumber Informasi ~




4 Responses to "Mengajak Saudaranya Ke Arah Kebaikan"

  1. Nama pun manusia Vee....
    Tak pe, jangan putus asa. Teruskan tanggungjawab berdakwah, berkongsi perkara yg baik.

    ReplyDelete
  2. Bersama kita teruskan apa yg termampu. Berpesan2 kpd kebaikan & berpesan2 dgn sabar.. in shaa Allah. T kasih atas perkongsian & peringatan ini..

    ReplyDelete
  3. Ada juga yg komen begitu? Aduhai!

    ReplyDelete
  4. biasalah manusia kan...mmg ade yg bersifat sebegitu... ape2 pon, teruskan usaha mengajak sesiapa shj ke arah kebaikan.. =) sy sokong !

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...