Assalamualaikum ...
Dengan Lafaz Bismillah . Amat seronok jadi ibu bapa apabila mendapat cahayamata . Sudah tentu sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya . Untuk permulaan , selepas anak anda lahir , seorang bapa akan mengazankan anaknya di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya . Selepas itu ibu bapa perlulah memberi nama anak dan melakukan akikah .
Maksud Akikah
Akikah adalah penyembelihan kambing atau ternakan lain seperti unta , biri - biri dan kibas , buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ke - 7 kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh .
Bagi Imam Malik r.a. , akikah boleh dilakukan pada bila - bila masa seseorang itu mempunyai kelapangan .
Akikah Untuk Anak Lelaki
Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai ( kibas , biri - biri dan sebagainya ) yang sempurna sifat dan syarat - syaratnya .
Akikah Untuk Anak Perempuan
Anak perempuan pula memadai diakikahkan dengan hanya seekor kambing sahaja .
Hukum Melakukan Akikah
Melakukan akikah merupakan sunnah Rasulullah SAW . Hukumnya adalah sunat muakkad .
Hukum Daging Akikah
Daging binatang yang disembelih untuk akikah adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga , jiran tetangga dan saudara mara terdekat .
Syarat - Syarat Melakukan Akikah
1- Umur binatang sembelihan
- unta berumur 5 tahun lebih
- lembu / kerbau berumur 2 tahun lebih
- kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi .
- kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi .
2- Binatang sembelihan mestilah sihat dan tidak cacat .
3- Daging akikah
Daging akikah hendaklah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai " Fida " ( mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah s.w.t .
4- Disembelih atas nama anak yang dilahirkan .
" Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah ; ' Dengan nama Allah , Ya Allah , bagi - Mu dan kepada - Mu ku persembahkan akikah si fulan atau si fulanah ini '. "( Hadis Riwayat al - Baihaqi )
5- Tidak boleh berkongsi .
Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak - anak mereka .
6- Sebaiknya berakikah dengan kambing .
Kambing adalah sebaik - baik akikah walaupun dibenarkan melakukan akikah menggunakan unta , lembu dan kerbau .
Hikmah Beraqiqah
Melakukan aqiqah terhadap anak memberikan banyak hikmah . Antara hikmah beraqiqah adalah ;
- Melahirkan RASA GEMBIRA atas kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah S.W.T di dunia.
- MENDEKATKAN DIRI ANAK itu kepada ALLAH atas akikah yang dilakukan .
- MENGUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga , saudara mara , dan jiran tetangga .
- Sebagai TEBUSAN anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya .
- Menunjukkan TANDA SYUKUR kepada Allah S.W.T. atas kurnia-Nya .
- MENJAUHKAN ANAK tersebut daripada segala BAHAYA dan BENCANA .
Hadis Tentang Akikah
Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ini adalah ;
1- Imam Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amr al - Dhabi r.a. katanya ; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;
" Bersama bayi itu akikahnya , maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan ( iaitu kekotoran dan najis ) . "
2- Abu Daud meriwayatkan dan selainnya daripada Samrah r.a. katanya ; Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksd ;
" Bayi itu tergadai ( tergantung ) oleh akikahnya , disembelihkan ia pada hari ketujuh , hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya . "
Maksud " anak - anak tergadai oleh aqiqahnya " menurut Imam Ahmad bin Hanbal Rahimullah ;
- anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya ada Hari Kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan .
Sumber ; Indahnya hidup Bersyariat ( 7/8 )
~ Cetusan Minda ~
~ Cetusan Minda ~
Terima kasih atas perkongsian CM ^-^
ReplyDeleteAkikah membawa keberkatan buat kehidupan insan... maggi lagi... :)
ReplyDeletenice sharing CM :)
ReplyDelete