Strok Haba @ Heat Stroke


Assalamualaikum ...

Strok Haba @ Heat Stroke | Bismillah . Bila berlaku cuaca panas melampau , akan berlaku juga strok haba @ heat stroke . Selain itu , anda juga mudah mendapat demam dan sakit tekak . Malah gejala strok haba @ heat stroke ini boleh membawa kepada kematian

Berikut adalah maklumat dan panduan untuk anda supaya anda dapat memastikan juga bertindak jika strok haba @ heat stroke berlaku kepada orang disekeliling anda .


Strok Haba @ Heat Stroke


Strok Haba @ Heat Stroke


Strok haba @ heat stroke berlaku apabila badan anda mencapai paras suhu sehingga bacaan 40.5 darjah celcius . Suhu ini sangat tinggi berbanding suhu normal manusia kira - kira 37.0 darjah celcius .

Tanda - Tanda Strok Haba @ Heat Stroke


Tanda - tanda awal yang anda terkena strok haba @ heat stroke adalah apabila anda merasakan sakit kepala yang berdenyut , mual , denyutan nadi yang pantas dan kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas . Selain itu anda akan merasakan otot anda lemah dan kejang , mengalami muntah , kulit anda menjadi kering dan kemerahan ,berlaku sawan serta pitam .

Punca Strok Haba @ Heat Stroke


Pendedahan yang berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas , kurangnya minum air serta berlakunya dehidrasi pada badan adalah antara punca anda boleh terkena strok haba @ heat stroke .

Kesan Strok Haba @ Heat Stroke


Kesan strok haba @ heat stroke  kepada manusia adalah akan berlaku komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian .

Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Pesakit


Sekiranya ada seseorang disekeliling anda mengalami strok haba @ heat stroke , langkah yang perlu diambil untuk pesakit tersebut adalah meletakkan individu terbabit di tempat yang teduh dan juga berhawa dingin . Selain itu , pesakit juga digalakkan untuk berendam di dalam kolam  air untuk sejukkan badan .

Ini kerana , suhu badan individu tersebut perlu diturunkan . Ianya tidak boleh dilakukan dengan hanya meletakkannya di bawah kipas angin juga menggunakan tuala basah .

Mencegah Berlaku Strok Haba @ Heat Stroke


Anda disarankan untuk mengelakkan sebarang aktiviti riadah yang mendedahkan anda kepada cuaca panas . Jika anda seorang pekerja yang melakukan banyak kerja diluar ,  anda disarankan supaya banyak minum air  sekurang - kurangnya 2.5 liter sehari .


Semoga panduan ini dapat membantu anda untuk menjaga  anak - anak juga ibu bapa supaya mereka terhindar dari terkena strok haba @ heat stroke .



~ Sumber Informasi ~




8 Responses to "Strok Haba @ Heat Stroke"

  1. Memang kena berjaga-jaga di musim terik dan kering sekarang ni.
    Terutamanya kanak-kanak yang biasa kena demam panas dan ada sawan perlu
    diberikan perhatian lebih.

    ReplyDelete
  2. Skg musim panas..mmg kena byk minum air kosong...sama2 kita jga kesihatan

    ReplyDelete
  3. Memang panas sungguh la nikan Vee...kalau okje ambik anak tu bukan main lagi menggigit gigit panasnya kat kulit ni.... Kena banyak minum air

    ReplyDelete
  4. Xpasti suasana terik mcmn sekarang sbb banyak habiskan masa di office yg berhawa dingin.

    ReplyDelete
  5. Harap avoid beriadah sewaktu cuaca panas ni buat sementara waktu. If not, ramai pulak yang dehydrated nanti...

    ReplyDelete
  6. Thanks sudi berkongsi..Sama2 kita mencegah..sama2 kita mengingatkan sesama kita

    ReplyDelete
  7. assalam..saye nk tnye..saye mngalami sakit kepala yg terok,sakit sendi pinggang,muntah dan loya..adekh ini tanda2 awal strok haba?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga . rujuk doktor itu lebih baik ...

      Delete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...