Assalamualaikum ...
Bismillah . Dah banyak rungutan dari pengguna dan pembeli . Walaupun minyak petrol dan diesel dah turun , tetapi peniaga masih degil tak nak turunkan harga . Mereka ni nak kaut untung dan kaya cepat lagaknya . Kalau mereka dok kat tempat pembeli pun mereka naik angin juga . Walaupun Pak menteri dah bagi amaran , mereka tetap tak makan saman selagi belum disaman !
Pengajaran Kepada Peniaga .
Apabila pihak bertanggungjawab turun padang cek harga , ada rupanya peniaga yang berani mati tak letak harga barang dengan selambanya . Maka pengajaran yang sesuai kepada peniaga seperti ini adalah kompaun serta merta .
PORT DIKSON - Sebanyak 15 premis di Dataran Teluk Kemang di sini, dikenakan kompaun oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (PPDNKKK) atas kesalahan tidak meletakkan tanda harga.
Menurut Ketua Operasinya, Muhamad Firdaus, sebanyak 60 premis perniagaan telah diperiksa pada operasi ini.
"Hasil pemeriksaan yang kita lakukan mendapati bahawa rata-rata peniaga menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Cuba 15 peniaga ini sahaja yang melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga pada makanan dan juga barang jualan mereka.
"Kompaun serta merta dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan sebanyak RM100 selain diberikan amaran,"katanya.
Beliau ditemui pada operasi PPDNKK di Dataran Teluk Kemang, pagi tadi.
Seramai 32 anggota menyertai operasi ini yang bermula jam 11.30 pagi.
CM suka jer kompaun serta merta ni supaya peniaga akan patuh arahan . Lagi bagus kalau pembeli terus buat aduan bila jumpa peniaga yang tak letak tanda harga . Dah mereka kaya kan . Setakat RM100 tu kat bawah tapak kaki je kot . Kalau degil juga , tarik balik je lesen tu atau senarai hitamkan je terus . Baru tau langit tu tinggi ke rendah ... ermmm
CM harap kompaun serta merta ni dapat beri pengajaran pada peniaga bahawa kerajaan tegas dengan apa yang telah ditetapkan . Tak kiralah walaupun peniaga itu pasang kaki macam yang pernah kecoh satu ketika dulu , penguatkuasaan tetap dijalankan . Malaysia kan ada undang - undang . Kalau nak cabar apa ada hal . Layan kan je lah kan .
Cuma , pihak penguatkuasa tu kena lah selalu ' turun padang ' barulah mereka akan patuh . Tapi tak adil juga kalau nak cek peniaga sahaja . Mereka kena cek pembekal juga . Kalau pembekal letak harga mahal , peniaga kena letak harga mahal juga . Berniaga mestilah nak untung kan atau sekurang - kurangnya balik modal . Kesian juga dengan peniaga yang tersepit ni . Tapi jangan pulak nak jadikan itu alasan atau ambil kesempatan untuk tidak turunkan harga pula .
Cuma , pihak penguatkuasa tu kena lah selalu ' turun padang ' barulah mereka akan patuh . Tapi tak adil juga kalau nak cek peniaga sahaja . Mereka kena cek pembekal juga . Kalau pembekal letak harga mahal , peniaga kena letak harga mahal juga . Berniaga mestilah nak untung kan atau sekurang - kurangnya balik modal . Kesian juga dengan peniaga yang tersepit ni . Tapi jangan pulak nak jadikan itu alasan atau ambil kesempatan untuk tidak turunkan harga pula .
~ Cetusan Minda ~
kdg diorg hya pikir keuntungan tnpa pikir org len...alangkah indahnya kalau mereka berniaga sambil bersedekah kan...
ReplyDeleteInsyallah turun tu harga..
ReplyDeleteBetul. Memang wajar kompaun je. Lepas tu pihak berkuasa kena rajin lebih sikit utk pantau harga barang dari semasa ke semasa :)
ReplyDeletedengar berita TV3 tadi berkenaan penurunan harga barang di pasar malam..alhamduillah..harapan semoga peniaga dapat menjual dengan jujur baru mendapat rezeki yang berkat
ReplyDeleteBetul tu CS, selagi kerajaan tak berkeras, selagi itulah masaalah ini tidak akan selesai.
ReplyDeleteMasaalahnya kerajaan hanya berkeras kepada peniaga-peniaga kecil dan perleksanaan
hukuman juga dikuat kuasakan kepada mereka. Tapi kenapa lepaskan para pemborong ?
Mereka juga sepatutnya berada di bawah kawalan undang-undang yang sama tapi kebanyakan masa pemborong terlepas tapi peniaga kecil yang sangkut.
tindakan kompaun saja tidak cukup untuk mendisiplinkan peniaga
ReplyDeleteSepatutnya denda lesen digantung jika terus engkar ditarik balik dan di balcklist baru mereka tidka berani mengambil kesempatan
betul tu.. kesian kat pengguna yang kena bayar kat peniaga.. bagus juga sebagai pengajaran kt mereka..
ReplyDeletehak pengguna mesti diutamakan..
ReplyDeletePenguatkuasaan undang2 cuma dibuat sekali sekala. Kalau selalu unit penguatkuasa pergi check harga barang tak kan jadi begitu...
ReplyDeletenak untung pun janganlah melampau sangat kan?
ReplyDeleteNak berniaga biarlah pendapatan tu dpt jadi betul2 halal.. klu ada niat tak baik utk keuntungan semata2 mmg tak elok laa.. jadi darah daging tu...
ReplyDeletePenguatkuasaan perlu dijalankan secara berterusan. Jgn hangat2 tahi ayam...barulah ianya akan berjaya.
ReplyDeleteAgak2 la kalau nak untung pun..
ReplyDeleteBagus juga ada penguatkuasaan macam ni..
Memang patut kenakan tindakan sewajarnya.
ReplyDeletePengguna sila buat report kalau jumpa kes sebegini lagi. Ini hak pengguna.
Harga macam melampau pula sekarang kan..air mineral botol air kecil boleh sampai RM1.80..mahal tu..huhu
ReplyDeletebetul tu..bukan peniaga je kena check.kadang-kadang diorang kena 'ketuk' dengan pembekal jugak.
ReplyDelete