Assalamualaikum ...
Bismillah . Fenomena Ekuinoks dijangka berlaku di Malaysia minggu ini hngga April . Pada ketika itu Malaysia akan mengalami cuaca panas melampau . Pun begitu , Ekuinoks dijangka tidak akan memberi kesan panas yang besar kepada perubahan suhu kerana dipengaruhi oleh faktor pergerakan angin, hujan serta lainnya . Disebabkan lapisan ozon yang tipis maka suhu cahya matahari yang sampai ke bumi menjadi lebih panas .
Fenomena Ekuinoks
Fenomena Ekuinoks berlaku apabila matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa pada bulan Mac dan September . Suhu akan meningkat kepada satu atau dua darjah celcius dari suhu sekarang yang menunjukkan bacaan sekitar 33 hingga 35 darjah celcius . Hari siang lebih panjang dari malam sekadar beberapa belas minit dari hari biasa .
Kesan Fenomena Ekuinoks
Fenomena Ekuinoks dijangka akan memberi kesan kepada empangan air apabila berlaku sejatan secara semulajadi . Walaupun penjimatan air sedang dilakukan , penyusutan air di empangan tidak dapat dielakkan daripada berlaku . Kini kean fenomena ekuinoks terhadap empangan air Semenyih sudah kelihatan .
Kepada anda yang keluar bekerja , anda dinasihatkan agar tidak berada di luar rumah terlalu kerap . Selain untuk mengelakkan dari mendapat demam dan penyakit lainnya , ianya juga akan memberi kesan kepada kehilangan air dari badan lebih dari biasa . Begitu juga kepada kanak - kanak dan orang tua , usahakan supaya mereka banyak minum air kosong . Jangan biarkan anak anda bermain di luar rumah .
Melakukan sebarang pembakaran adalah tidak digalakkan . Apatah lagi membuang puntung rokok yang masih berbara di mana sahaja . Ianya pasti akan menyebabkan kebakaran dengan mudah . Bukan sekadar kebakaran itu mudah merebak , malah asap dari kebakaran itu akan mengganggu pernafasan . Ia akan jadi lebih bahaya bila ianya bercampur dengan asap kenderaan . Bila anda menyedut udara yang tidak sihat ini , kebarangkalian mendapat penyakit adalah besar terutama yang memiliki penyakit asma .
~ Cetusan Minda ~
musim panas ni memang kena banyk minum air kosong ^^
ReplyDeleteemm, sekrng pun dh rsa mcm pnas sgt..huhu..
ReplyDeleteKelmarin hujan lebat di sini. Harap-harap cuaca panas melampau, hujan melampau atau apa-apa saja yg melampau dan terlampau tak berlaku di sini....hehehehe
ReplyDeletemaknanya akan ada laa catuan air
ReplyDeleteNampaknya zumal akan kembali tak sihat... Hehe ^^
ReplyDeletedh kenape DZ?
Deleteair cond pun dah selalu on kat umah ni...dulu jarang2
ReplyDeletex ade aircond kt umah...pkai kipas aje...huhuh
DeleteMemang kena elak aktiviti luar..
ReplyDeleteSila duduk diam2 kat rumah ye.
ReplyDeleteSekarang pun ramai sangat yang demam panas kat klinik sya.
Terima kasih atas infonya..
ReplyDeleteMemang tak payah pegi berjemur lah..kalau rasa2 x perlu
Mmg terasa sgt bahang skg ni..mlm2 pon still rasa panas..
ReplyDeleteKalau dah penyejatan akan mengurangkan empangan, mereka yg berkenaan kena buat pembenihan awan ni....kang rumah mak tak de ayor pulak hihi..... Susah weyh nak mandia air tak de!
ReplyDeleteKurangkan xtvt luar dan banyakkan minum air putih
ReplyDeleteBetulkah gerhana matahari berlaku hari ni atau semalam? Siapa perasan suasana gerhana?
ReplyDelete