Milo Menjadi Mangsa


Assalamualaikum ...

Bismillah . Barangan runcit palsu di pasaran bukan lagi perkara baru . Satu ketika dulu pernah kecoh tentang barangan runcit yang sudah tamat tempoh yang dibuang oleh pasaraya , dikutip dan dibungkus semula lalu dijual oleh pihak tak bertanggung jawab . Malah sayuran yang sudah rosak di pasar borong , dikutip oleh bangsa lain , dibersihkan dan dijual semula dengan harga yang murah . 


Milo Menjadi Mangsa


Milo Menjadi Mangsa


Beberapa hari ini , produk Milo pula menjadi mangsa . Jika dilihat dari sudut pembukusan , memang kelihatan berbeza . Tapi CM lebih risau dengan kandungannya . Di Malaysia ni , Milo adalah kegemaran ramai terutama kanak - kanak termasuk juga CM . Walaupun harganya sentiasa naik , walaupun ada bukti air Milo kotak yang basi dan sebagainya , permintaan di pasaran tetap tinggi .

Mungkin kandungan Milo tiruan ini masih selamat atau masih menggunakan bahan asas yang sama walaupun mungkin resepinya sedikit berbeza seperti Milo asli . Tetapi bagi pihak Milo , itu sudah menggugat dan melanggar hak mereka serta menjatuhkan jualan Milo dipasaran .

" Sekarang saya tertanya jika Milo tin yang saya beli palsu (atau tidak). Saya tidak pernah beli Milo dalam beg (plastik). Ada sesiapa boleh beri saya maklumat ? " kata Kimme Cheah.

Memetik kata - kata di atas CM juga bimbang dengan Milo tin juga Milo kotak . Adakah ianya masih Milo asli atau tiruan ? Pengguna macam CM ni memang tidak ada ilmu untuk menilai yang tulin dengan yang tiruan . Selalunya kalau membeli di pasaraya , memang tidak terfikir tentang itu semua .

Penyelesaian yang CM dapat fikirkan adalah , beli saja Milo dari pasaraya besar kerana pasaraya jenis ini sudah sedia maklum mendapatkan bekalan terus dari pembekal yang dilantik berbanding Milo yang berada di kedai runcit . 




~ Cetusan Minda ~




Related Posts :

  • Liat Benar Nak Turun Assalamualaikum ... Hari ini berita beritahu harga minyak setong dunia dah turun di bawah paras 50 USD . Keadaan ini berlaku sebab nega… Read More...
  • Kepincangan Suamiku Encik Sotong Assalamualaikum ... Bismillah . Suamiku encik sotong bukan suami CM . Sebab CM belum nikah pun . Ramai orang minat tengok suamiku encik … Read More...
  • Maju Dengan Bahasa Ibunda Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Bila CM baca artikel tentang negara Korea yang maju itu tiba - tiba CM terfikir , Korea maj… Read More...
  • Salam Merdeka Ke-58 Asslamualaikum ... Salam Merdeka Ke - 58 Tahun | Bismillah . Hari ini , 31 Ogos 2015 , Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke-58 ta… Read More...
  • Mereka Ada Agenda Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Beberapa hari lepas kecoh dengan " I Want To Touch A Dog " . Kecoh media sosial dengan pelb… Read More...

12 Responses to "Milo Menjadi Mangsa"

  1. macam2 sekarang... nak beli pun kdg2 tak yakin.. isu cdbury tu timbul balik kan... hmmm

    ReplyDelete
  2. tu yang membuatkan saya risau dengan makanan yang tiruan ni..risau takut ada effect pada kita yang menggunakannya..saya pasti setiap rumah menggunakan milo sebagai minuman harian..Lagi² kanak² kan..

    ReplyDelete
  3. packaging tu pn nak kena tengok bebetul
    baru boleh nampak perbezaan
    cuba call dia punya customer service untuk kepastian

    tapi sebenarnya banyak sangat benda counterfeit lately
    bukan milo aje

    ReplyDelete
  4. itulah kecoh jugak kes nih.. kat umah pun memang sentiasa ada stok milo nih..

    ReplyDelete
  5. Penggemar Milo tegar tentu dapat bezakan rasa antara Milo tulen dengan Milo tiruan. Hari tu, lepak dengan kawan yang gemar Milo, beliau kompelin tentang rasa Milo di kedai makan hari ni dah tak sama. Saya tak tau macam mana dia boleh bezakan sebab saya ni, asalkan boleh minum, saya sebat je. Haha

    ReplyDelete
  6. Yang paling lawak ialah kenyataan Milo yang kata cara nak bezakan Milo asli dan tiruan ialah melalui bentuk paketnya - kalau paket yang bahagian atasnya dipotong lurus dan tak sempurna itulah Milo asli, kalau paket bahagian atasnya dipotong berketak-ketak dan nampak sempurna, itu adalah Milo tiruan. Nampaknya zaman sekarang yang tak sempurna itulah asli, yang sempurna itu tak asli, hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Macam ubat panadol suatu ketika dulu pun ada produk tiruan. Memang menakutkan..

    ReplyDelete
  8. Satu kerja pulak nak gi cek...
    Macam2 lah sekarang ni cara org nak mengaut keuntungan

    ReplyDelete
  9. x pernah check pulak packaging tu

    ReplyDelete
  10. banyak tol benda tiruan skg ni...dan yg paling risau kalau yg tiruan boleh mndatangkan kemudaratan kepda pengguna

    ReplyDelete
  11. Saya rasa ada juga mcm pernah terbeli yg tiruan ni lah hmmm.. klu minum kat kedai lagilah tak tau...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...