Bila Hidayah Itu Datang


Assalamualaikum ...

Bila Hidayah Itu Datang | Bismillah . Sesungguhnya Allah tidak memilih kepada siapa DIA hendak memberi hidayah Nya . Kaya , miskin , baik , jahat , muda , tua , Islam juga kafir .  Maka beruntunglah manusia yang terpilih dibukakan pintu hatinya untuk menerima hidayah itu . Tentu ada sebab kenapa dan mengapa DIA memilih orang tersebut .


Bila Hidayah Itu Datang


Bila Hidayah Itu Datang 


Bila hidayah itu datang , tiba - tiba hati terbuka untuk mengenali dan memahami walaupun sebelum ini tidak pernah pun ambil kisah tentang nya . Itulah yang berlaku kepada Danny Blum seorang pemain bola sepak dari Jerman yang baru berusia 24 tahun . 



PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.
Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.
“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.
Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.
“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.


Danny Blum merasakan seperti ada sesuatu yang mengajaknya masuk ke dalam masjid untuk mengetahui apa yang ada di dalam setelah melawatnya . Semenjak tu dia berdoa lima kali sehari . Beliau juga mula memakan makanan yang halal . Selepas itu beliau nekad memberitahu ibu bapanya tentang hasratnya untuk memeluk Islam .



"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.
"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.
"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya


Semoga lebih ramai yang menerima hidayah dan terbuka pintu hatinya memeluk Islam serta melihat bahawa Islam itu sebenarnya sangat indah dan mudah serta sentiasa sesuai dengan kehidupan serta perubahan zaman .




16 Responses to "Bila Hidayah Itu Datang"

  1. subhanaAllah..beruntung sekali beliau dapat hidayah Allah..Alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. ada lagi tambahan pemain jerman yg bersgama islam, selain mesut ozil...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,bertambah lagi saudara baru..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Ada juga baca di fb

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..satu berita yang amat mengembirakan kita semua..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, bertambah lagi saudara kita ^-^

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah hidayah Allah tlh dtg kepada ank muda ini..syukur alhamdulillah bertambah lg ummat islam ..

    ReplyDelete
  8. SubhaAllah...indahnya agama Allah...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. sesungguhnya hidayah itu milik Allah..alhmdulillah makin ramai yg terima hidayahNya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...
    tak semua orang dapat nikmat yang sebegitu..
    Islam itu indah...

    ReplyDelete
  11. Subhanallah walhamdulillah... sesungguhnya Allah mengetahui sesiapa yg dibukakan hidayahnya... Allahuakbar...

    ReplyDelete
  12. hidayah datang dan singgah.. bruntung buat mereka yang ketika singgahnya hidayah itu dia grab cepat2 dan berubah..

    alhamdulillah. ini membuktikan Islam itu indah.. menukar persepsi antarabanga terhadap islam =')

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah kerana beliau mendapat hidayah dan mendapat suntikan di hati semasa usia masih muda...

    ReplyDelete
  14. Ya.....hidayah tu milik Allah, kita cuma boleh berusaha ke arah selebihnya urusan Allah. Tambah sorang lagi umat Islam didunia ni

    ReplyDelete
  15. Siapalah kita untuk tentukan siapa pilihan Allah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...