Tahukah Anda : 10 Jenis Makanan Ini Anti Kolesterol ?


Tahukah Anda : 10 Jenis Makanan Ini Anti Kolesterol ? Kolestrol adalah lemak yang terdapat di dalam aliran darah atau sel tubuh yang sebenarnya diperlukan untuk pembentukan dinding sel dan sebagai bahan baku beberapa hormon. Namun apabila kadar kolestrol dalam darah berlebihan, ianya boleh mengakibatkan penyakit, termasuk penyakit jantung koroner dan stroke.


Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


Tahukah Anda : 10 Jenis Makanan Ini Anti Kolesterol ?

Kolesterol Baik , Kolesterol Jahat


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


10 Jenis Makanan Anti Kolesterol 



Berikut adalah senarai 10 jenis makanan yang diketahui berkesan menghalang / meresap kolesterol dalam badan yang anda boleh amalkan pemakannya secara sehat dalam diet seharian anda .

1- Kismis


Kismis diketahui mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol . Jika mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari , boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 % .

2- Mangga


Vitamin C banyak terdapat dalam mangga . Vitamin C diketahui berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh .

 Selain mangga , vitamin C juga terdapat di dalam buah belimbing , kedondong , betik , rambutan , tembikai , jambu batu , segala jenis buah limau , strawberi dan kiwi .


3- Ikan Tuna


Ikan tuna mengandungi asid lemak omega-3 yang popular selain salmon dan makarel . Omega-3 berfungsi melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolsterol LDL .

4- Kacang Tanah


Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E . Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung .



5- Oat


Kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah . 

Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko panyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolesterol anda .


6- Epal


Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan . 

Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya , sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kerosakkan dalam badan .

7- Kuaci


Kuaci mempunyai kandugan zat besi . Pola makanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol LDL sekali gus menghadkn kolesterol HDL . 

Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol .



8- Buah Kering


Antara pelbagai jenis buah kering , limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid . Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung . 

Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh , brokoli , tomato , bawang serta delima .



9- Soya


Kacang soya mengndungi 48% protein , lesitin , vitamin dan zat galian . Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis .

Soya kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak jahat ( LDL ) dan meningkatkan kadar lemak baik ( HDL )

10- Jambu Batu


Jambu batu mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8% . Ambil setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh . Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu .

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang , jambu batu adalah pilihan yang sesuai .





2 Responses to "Tahukah Anda : 10 Jenis Makanan Ini Anti Kolesterol ?"

  1. nampaknya bertepatan sekali dengan selera saya iaitu suka makan buah buahan

    ReplyDelete
  2. Harus bijak memilih makanan..
    Thanks for the info

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...