Sains Dan Teknologi Pelupusan Sampah


Sains Dan Teknologi Pelupusan Sampah | Kebanyakkan saintis bersetuju bahawa sedikit perubahan pada suhu cukup untuk membuatkan ratusan , kalau tidak ribuan daripada spesis yang sejak awal berjuang untuk hidup , musnah kecuali manusia yang mampu menahan arus pemanasan global .

Pada tahun 2003 , majalah Journal Nature ada menyatakan bahawa 80 peratus daripada 1,500 spesis penghuni alam yang disampelkan menunjukkan tanda-tanda depresi akibat perubahan iklim . Pastinya angka itu ketika ini semakin tinggi dan menakutkan dan fenomena pemanasan global yang menjadi punca itu , sangat berkait rapat dengan interaksi manusia dengan alam sekeliling .


Sains Dan Teknologi Pelupusan Sampah


Sains Dan Teknologi Pelupusan Sampah


Dalam erti kata yang mudah , ia berlaku apabila manusia tidak lagi menguruskan alam dengan berkhemah dan tidak cukup dengan meneroka setiap inci penjuru muka bumi , alam turut dirosakkan dengan pelbagai pencemaran , baik pada sumber air , udara dan tanah ,

Sememangnya , banyak usaha serta pendekatan secara sains dan teknologi telah diambil untuk memelihara dan menjaga alam sekitar ini . Biarpun impaknya tidak mampu untuk memelihara alam ini secara keseluruhannya , namun sedikit usaha itu sebenarnya terlalu besar maknanya kepada kebersihan dan kesihatan alam sekitar .

Penghasilan Bahan Api Terbitan ( RDF )


Mengambil contoh pelupusan sampah yang mana secara puratanya dibuang sebanyak 15,000 tan sehari oleh penduduk Malaysia , pelbagai langkah telah diambil untuk menguruskannya secara berkhemah . Ia termasuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kitar semula , kaedah perolehan sumber pepejal , penghasilan bahan api terbitan ( RDF ) dan penjanaan tenaga daripada sisa .

Teknologi penghasilan bahan api terbitan (RDF) merupakan proses pemisahan langkah demi langkah bahan-bahan mudah bakar dan tidak boleh terbakar yang kemudiannya diproses menjadi palet sebagai sumber tenaga baru . 

Menjana Kuasa


Di Malaysia , teknologi RDF ini sudah pun di mulakan di kilang pelupusan sampah Hulu Semenyih dengan kemampuan memproses serta merawat sehingga 1,000 tan sampah-sarap sehari . Dengan keupayaan itu juga , ia mampu menjana kuasa sebagai bekalan kuasa alternatif kepada sebuah bandar kecil berdekatan iaitu Kajang , Selangor .


Teknologi Insinerator


Satu lagi projek pelupusan sampah pintar yang menjadi tunjang utama kepada pengurusan sisa di Jepun adalah menerusi teknologi insinerator atau pembakar .

Tidak seperti pembakar konvensional , kebanyakan insinerator moden ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang mampu mengelakkan sebarang gas berbahaya terutamanya dioksin dan furan .

Jepun


Perlaksanaan kilang insinerator ini di Jepun misalnya , menggunakan kaedah holistik ( menyeluruh ) iaitu satu pendekatan yang didorong oleh komuniti yang mana tumpuan diberikan kepada galakan mengurangkan dan mengasingkan sampah berbanding membuang sampah itu sendiri .

 Fluidised-bed Gasification Dan Ash-melting ( TIFG )


Insinerator ini secara umumnya menggunakan kaedah fluidised-bed gasification dan ash-melting ( TIFG ) membabitkan sebuah kawasan kitar semula yang mengumpul bahan buangan seperti kertas botol dan tin .

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan pembakaran bagi memproses bahan buangan perbandaran iaitu bahan buangan dapur dan bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula .

Kaedah  fluidised-bed gasification pula menggunakan pasir cair setelah dipanaskan bagi membakar bahan buangan secara pusaran dan diterbangkan pada had laju tertentu di dalam sebuah kebuk .

Meskipun merupakan sebuah kawasan pelupusan sampah , tahap kebersihan di insinerator itu sebaliknya setanding dengan mana-mana kawasan awam lain , malah ia juga menjadi salah satu produk pelancongan di negara matahari terbit tersebut .

Mengambil contoh kejayaan salah sebuah projek insinerator yang terletak di banda raya Kawaguchi , Tokyo Jepun , iaitu Asahi Environmental Centre ( AEC ) , ia mampu memproses bahan buangan perbandaran sehingga 420 tan sehari manakala abu daripada wilayah atau kawasan lain pula sebanyak 37 tan sehari .


Sumber Elektrik


Aktiviti pelupusan sampah itu juga berjaya menghasilkan sumber elektrik yang digunakan sebagai bahan api ketika musim sejuk bagi menjana kuasa untuk memanaskan kolam renang yang terletak pada bahagian bumbung insinerator berkenaan . 

Kesan


Namun mengharapkan sebuah teknologi untuk menguruskan sisa yang pada asalnya daripada tangan manusia biarpun berkesan hari ini , tidak mustahil akan gagal pada masa hadapan . Ini kerana , kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga menyebabkan berlakunya ' kemajuan ' dalam komposisi sisa dan dalam tahun-tahun terakhir kebelakangan ini , saintis dikejutkan dengan penemuan pelbagai jenis sisa yang kompleks dan beraneka .

Ketika ini , pencemaran alam sekitar turut menyumbang kepada penghasilan pelbagai spesis kuman baru yang rintang kepada antibiotik dan ia terus mengalir ke dalam sungai yang menjadi sumber utama bekalan air kita .

Masih belum terlambat untuk kita sekurang-kurangnya menampal lubang kerosakan di muka bumi ini dan ia boleh dilakukan semudah mengitar semula sisa yang dibuang hari ini .




0 Response to " Sains Dan Teknologi Pelupusan Sampah"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...