Bagaimana Israk Mikraj Berlaku


Assalamualaikum ...

Israk Mikraj | Israk Mikraj berlaku ketika Rasulullah s.a.w. kehilangan isteri baginda yang tercinta yang telah pulang ke hadrat ilahi . Ketika ini adalah masa suram baginda yang menerima ujian getir akibat tentangan keras kaum Quraisy di Makkah .


Bagaimana Israk Mikraj Berlaku


Sesungguhnya dalil Quran ayat 1 surah al-Israk ada menyebut yang bermaksud :

" Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Nabi Muhammad ) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami . Sesungguhnya Allah -lah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat . "

Sepertimana yang disebut dalam kebanyakan buku - buku yang menceritakan kisah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. bahawa bainda memulakan Israk ( perjalanan di malam hari ) dari Makkah ke Madinah , kemudian dari Madinah seterusnya ke Madyan yang letaknya di sekitar Telukan Aqabah , suatu tempat di mana Nabi Syu'aib dan Nabi Musa mengajar ajaran tauhid . Kemudian dari Madyan ke Bukit Sinai ( Thursina ) atau Gunung Musa tempat Nabi Musa mendapat syariat dan berdialog terus kepada Allah sehingga baginda dijuluki " Kalamullah " .

Selepas Thursina ialah Baitul Laham ( Bethlehem atau Jerusalem ) iaitu di sebatang pohon kurma tempat Maryam melahirkan Nabi Isa . Perhentian kelima dan terakhir dalam Israk adalah Baitul Maqdis iaitu di Masjidil Aqsa . Setiap satu tempat transit yang dilewati , baginda bersembahyang sunat dua rakaat . Di Masjid Al-Aqsa , baginda menunaikan solat tahiyyatul masjid menghadap ke arah Masjid Kubah Batu sekarang ( Dome of The Rock atau Qubbatush Shakhrah ) . Inilah qiblat yang pertama dalam sejarah Islam . Batu Sakhrah dalam Masjid Kubah Batu adalah titik loncatan ke alam maha tinggi di mana Mi'raj bermula .

Rasulullah s.a.w. mula dimikrajkan pada hari Selasa , jam 11.20 malam , 20 Mac 619 bersamaan 27 Rejab tahun 3 Sebelum Hijrah . 

( Majalah i Januari 2006 - m/s 68 )

0 Response to "Bagaimana Israk Mikraj Berlaku"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...