Menambah Ilmu Itu Mudah


Assalamualaikum ...


Menambah Ilmu Itu Mudah | Bismillah . Tentu anda pernah dengar ungkapan ini , " tuntutlah ilmu sampai ke Negeri China . " Kenapa negeri China ? Kerana pada ketika itu , tempat yang paling jauh pelayar itu dapat pergi adalah negeri China . Mesej yang mahu disampaikan adalah jelas , carilah ilmu kerana menambah ilmu itu adalah mudah selagi anda mahu melakukannya .


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ

Ertinya : ”Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan”. 

(HR. Ibnu Abdil Barr)

Menambah Ilmu Itu Mudah



Menambah Ilmu Itu Mudah 


Kalau dulu , anda perlu pergi ke kedai buku atau mengahdirkan diri ke sekolah / universiti dan membelanjakan RM untuk mendaptkan ilmu . Keupayaan dan peluang pun terhad . Hanya yang mampu , layak dan terpilih sahaja dapat peluang tersebut .


مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى

الْجَنَّة

Ertinya : ”Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari suatu ilmu. Niscaya Allah memudahkannya ke jalan menuju surga”. 
(HR. Turmudzi)

Sekarang , menambah ilmu itu mudah . Bahan bacaan anda boleh dapatkan dari harga yang murah sehinggalah yang mahal . Anda hanya perlu rajin mencari . Malah dengan dunia yang semakin moden , anda boleh mendapat pelbagai ilmu dari dalam dan luar negara hanya sekadar di hujung jari . Anda juga tak perlu keluarkan kos kalau anda dapat melakukannya di pejabat atau tempat kerja asalkan tidak mengabaikan tugas hakiki anda juga bukan mencari ilmu yang mengundang dosa . Nanti rezeki tak barakah pula .


مَنْ خَرَجَ فِى طَلَبُ الْعِلْمِ فَهُوَ فِى سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ

Ertinya : ”Barang siapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang”.

(HR. Turmudzi)




6 Responses to "Menambah Ilmu Itu Mudah"

  1. klik di internet akan dapat ilmu juga, lepak di library akan dapat ilmu juga, baca blog pun akan dapat ilmu juga... tepuk dada tanya selera... mau dengan tak mau jer

    ReplyDelete
  2. Betul tu..di mana-mana pun boleh membaca dan menambah ilmu..terpulang pada inisiatif kita.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Mmg mudah menuntut ilmu cuma ada yg masih susah nak melakukannya.. wallahualam.. Tahniah CM.. sekali dgn physiogel.. :)

    ReplyDelete
  4. Ilmu ada di mana- mana. Kita yang kena rajin kejar ilmu

    ReplyDelete
  5. alhmdulillah dah smpai...hihihi...ilmu ada di mana2 kan..nak @ x jer kann....

    ReplyDelete
  6. betul tu. skrg semua da mudah. cuma nk dgn x nk je

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...