Tahukah ANda : Tanda-Tanda Santau Yang Anda Perlu Tahu


Tahukah ANda : Tanda-Tanda Santau Yang Anda Perlu Tahu | Santau merupakan perbuatan sihir yang sudah dilakukan sejak berzaman lagi . Santau dilakukan bertujuan untuk mencederakan seseorang disebabkan rasa sakit hati atau cemburu . 

Santau dilakukan dari jauh menggunaka angin yang bertemankan jin suruhan untuk membawa barang tertentu seperti jarum , benang , rambut dan sebagainya . Semua barangan santau yang dihantar sudah dibacakan mentera . Oleh sebab itu , jika lambat dirawat , santau boleh membawa kepada kematian .


Tahukah ANda : Tanda-Tanda Santau Yang Anda Perlu Tahu 

Tanda-Tanda Santau Yang Anda Perlu Tahu


Ramai diantara kita tidak mengetahui sama ada penyakit yang dihidapi adalah penyakit fizkal ataupun perbuatan santau . Jika anda ingin mengetahui sama ada anda terkena santau , berikut adalah di antara tanda-tanda sesorang itu terkena santau .

1- Batuk Yang Berlarutan


Ada orang yang mengalami batuk berpanjangan sehingga menjangkau 10 tahun tanpa mengetahui yang batuk itu adalah santau . Batuk yang disebabkan santau selalunya mengeluarkan darah . Adakalanya batuk tersebut juga mengeluarkan nanah . Lebih teruk lagi , ada juga batuk yang mengeluarkan serbuk-serbuk halus seperti kaca .


2- Keluar Darah Istihadah Yang Berpanjangan


Seorang perempuan selalunya mengeluarkan darah haid antara 7 hingga 15 hari . Jika lebih dari itu  , darah yang keluar adalah darah penyakit . Jika doktor mengatakan anda normal / tidak menghidap sebarang penyakit , maka darah yang keluar itu kemungkinan disebabkan santau . Selalunya darah yang keluar disebabkan santau melebihi tiga bulan .

3- Sakit Tulang Belakang 


Sakit tulang belakan selalunya terjadi selepas mengangkat barang berat . Selain itu , jika membongkok lama atau mencangkung lama juga boleh menyebabkan sakit belakang . 

Sekiranya semua perkara itu tidak dilakukan tetapi mengalami sakit belakang dan kesakitan itu pula sering berlaku pada waktu maghrib dan pada malam Jumaat dan menjadi lebih sakit lagi bila mahu menunaikan solat Jumaat , itu bermakna ianya adalah angkara santau yang meletakkan jin dibelakang badan sebagai bebanan .


4- Sakit Dada


Apabila tiba-tiba merasa sesak nafas dan sakit dada seperti ditindih sedangkan anda tidak menghidapi sakit jantung , asma atau pun lelah , itu bermakna ianya santau .

Selalunya sesak nafas / sakit pada bahagian dada ini berlaku ada waktu maghrib dan akan hilang bila menunaikan solat atau dibacakan doa .


5- Anggota Tubuh Badan Terasa Lenguh


Apabila anggota tubuh badan terasa leguh sedangakan anggota itu tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan seperti menggerakkan tangan untuk memarut kelapa , menghayun buaian ataupun mengangkat benda berat , itu tandanya terkena santau .


6- Kuku Hitam Dan Nafas Busuk


Sama ada kuku tiba-tiba menjadi hitam ataupun nafas berbau busuk , tak ramai orang ambil tahu . 

Selalunya bila kuku hitam , ia dianggap kuku itu tidak dicuci dengan bersih . Manakala jika nafas berbau busuk , ia dianggap gigi tidak digosok dengan sempurna . Di sebaik itu , tanpa diketahui , ia sebenarnya tanda-tanda terkena santau .


7- Mimpi Jatuh Ke Gaung


Mengikut petua orang tua-tua , apabila bermimpi jatuh ke dalam gaung atau cenuram dari tempat yang tinggi , itu petanda akan mendapat penyakit .

Di sebalik itu , bermimpi jatuh dari tempat tinggi juga bermakna tanda terkena santau .


8- Mimpi Benda Miang


Kalau bermimpi benda miang seperti miang buluh ataupun ulat bulu , itu tandanya terkena santau . 

Adakalanya rasa miang itu dapat dirasakan selepas bangun dari tidur dan ada kesan merah seperti ruam .


9- Mimpi Bermain Benda Tajam


Jika bermimpi bermain benda tajam seperti pisau dan lainnya , kemudian terkena pada bahagian tubuh , luka dan berdarah , itu juga tanda-tanda terkena santau .


10- Mimpi Bayi / Kanak-kanak


Apabila bermimpi didatangi oleh anak kecil , membawa anak kecil , memimpin anak kecil atau menyususkan bayi , itu adalah tanda-tanda santau

Jika menurut orang tua-tua , jika bermimpi seperti itu bermakna akan beroleh rezeki , tapi sebenarnya itu adalah salah satu cara jin mendekati manusia .


11- Mimpi Binatang Berbisa


Jika dalam tidur didatangi binatang berbisa seperti ular , lipan , kala jengking dan sebagainya , itu bermakna ianya santau .

Ini kerana , binatang berbisa adalah tunggangan jin selain daripada jin amat gemar menjelma menyerupai binatang-binatang berbisa .


12- Mimpi Makan Najis Dan Benda Kotor


Ini adalah mimpi yang berat . Bila mimpi makan najis dan benda kotor , sudah tentu membawa makna tidak baik yang ada kaitan dengan kehidupan seharian sama ada kerja atau hubungan sesama manusia .

Selain itu , mimpi makan najis dan makan benda kotor seperti makan daging babi juga merupakan tanda-tanda terkena santau .


13- Mimpi Pergi Tokong Atau Gereja


Apabila bermimpi pergi ke rumah ibadah orang kafir tanpa tujuan dan seperti terkapai-kapai , itu bermakna roh telah dibawa jin ke tempat tersebut .

Jin itu sudah tentulah jin yang dihantar sebagai santau .


14- Sakit Pinggang


Apabila tidak melakukan kerja berat , mengangkat benda berat atau tidak mengendong sesuatu seperti bayi dibahagian belakang tetapi merasa sakit pinggang teramat , itu bermakna ianya bukan sakit fizikal .

Cara mudah nak ketahui sama ada ianya perbuatan santau , bacakan ayat kursi berulangkali dan usapkan pada pinggang . Jika sakit tiba-tiba hilang , maka ianya adalah perbuatan santau .


15- Lebam Pada ahagian Bawah Mata


Lebam bawah mata ini bermaksud mata seperti orang tak cukup tidur . Istilah orang sekarang , ' mata panda ' .

Itu adalah tanda kena santau paling mudah nak dikesan sebab boleh nampak dengan mata kasar terutama jika cukup tidur dan mata sebelumnya kelihatan normal .



0 Response to "Tahukah ANda : Tanda-Tanda Santau Yang Anda Perlu Tahu"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...