Antara Agama Dan Dunia


Assalamualaikum ...

Antara Agama Dan Dunia | Bismillah . Di zaman yang sering mengejar masa , manusia selalunya mengutamakan kepentingan dunaiwi mendahului kepentingan agama . Contoh paling mudah adalah solat . Walaupun waktu solat maghrib sudah masuk , tapi dek nak menonton drama kegemaran , sanggup tunggu hingga drama itu selesai barulah mengerjakan solat . Bagaimana pula jika ketika anda sedang menonton itu , tiba - tiba malaikat mengambil nyawa anda ? Sesuatu yang perlu difikiran dan renungkan .


Antara Agama Dan Dunia



Firman Allah yang bermaksud :

" Jika bapa - bapa kamu dan anak - anak kamu dan saudara - saudara kamu dan isteri - isteri ( suami - suami ) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah - rumah tempat tinggal yang kamu sukai ( jika semuanya itu ) menjadi perkara - perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul - Nya dan daripada berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya ( azab seksanya ) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang - orang yang fasik ( durhaka ) "
( At -Taubah : 24 )

Antara Agama Dan Dunia 


Sekiranya seorang muslim menghadapi dua macam kepentingan iaitu antara agama dan  dunia , maka wajiblah dia mengutamakan kepentingan agama supaya kesucian agama itu tetap terpelihara . Sekiranya dia tidak mengambil tindakan demikian pasti dia akan ditimpa seksa ( yang berbentuk bencana ) sama ada cepat atau lambat seksaan itu .

Perkara - Perkara yang menjadi kepentingan dalam kehidupan manusia seperti ibu bapa adalah punca wujudnya seseorang itu di dunia . Isteri dan suami adalah punca seseorang mendapat ketenteraman diri .

Memang itulah ketentuan Allah s.w.t. yang mesti dilalui oleh manusia sejak dari awal kejadiannya . Anak - anak adalah generasi yang menjadi penambat hati dan hubungan kasih sayang dalam keluarga . Harta dan perniagaan yang menguntungkan menjadi pelengkap untuk menjalani kehidupan duniawi .

Rumah pula yang merupakan tempat tinggal manusia adalah keperluan utama dalam manusia membina rumah tangga yang sempurna . Kesemuanya merupakan keperluan fitrah manusia yang sememangnya selari dengan syariat Allah . 

Tidak salah memenuhi segala keperluan itu tetapi jangan sampai menjadikan kesemua itu sebagai matlamat hidup . Allah s.w.t. menciptakan manusia ni untuk mengabdikan diri kepada - Nya .

Apabila kesemua benda itu lebih disayangi daripada menyayangi Allah dan Rasul , ia bererti mereka sudah berpaling daripada fitrah manusia yang sebenar .

Dahulukan Urusan Agama


Sikap orang - orang yang beriman kepada Allah s.w.t. adalah mereka yang mendahului urusan agama lebih daripada urusan peribadi walaupun urusan peribadi itu dianggap penting oleh kebanyakan orang . 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )



~ Sumber Informasi ~




7 Responses to "Antara Agama Dan Dunia"

  1. Ada yg sengaja suka melewat-lewatkan solat kerana mengutamakan perkara lain termasuk hiburan, pada hal Allah telah menjanjikan neraka wail bagi mereka yang sengaja melewat-lewatkan solat...

    ReplyDelete
  2. saya setuju tapi manusia sekarang lebih banyak utamakan dunia berbanding agama.

    ReplyDelete
  3. Letak Dunia di tangan kita, letak Akhirat di Hati kita.. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Betul tu Vee....kadang kadang terleka jugak....sedih mengenangkan diri sendiri....Moga keinsafan dlm diri tu akan terus dirasai... insyaallah

    ReplyDelete
  5. Itulah manusia biasa yang sering lalai mengingati Allah. Semoga dijauhkan..

    ReplyDelete
  6. terima kasih mengingatkan kak.. huurm.. tengok hidup orang serba serbi lengkap memang rasa tingin nak gitu jugak.. rasa nak berusaha ke arah tu jugak.. adus moga tak masuk golongan yang kufur..

    ReplyDelete
  7. betullah vee
    tak payah kata orang lainlah
    kadang tengok diri sendiri, ALLAH buruknya perangai
    appaun nice sharing vee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...