Assalamualaikum ...
Ganjaran Atas Setiap Amalan | Bismillah . Melakukan amalan kebajikan adalah sangat dituntut dalam Islam . Tetapi amalan kebajikan itu mestilah ikhlas kerana Allah . Bukan kerana kemashyuran atau menjaga maruah serta nama baik . Pastinya perbuatan seperti itu hanya sia - sia sahaja di mata Allah . Justeru itu , ganjaran atas setiap amalan kebajikan pasti akan Allah berikan pada mereka yang ikhlas melakukannya .
" Dan apa saja kebaikan yang mereka kerjakan , maka mereka tidak sekali - kali akan diingakri ( atau disekat daripada mendapat pahalanya ) . Dan ingatlah , Allah s.w.t. sentiasa mengetahui akan keadaan orang - orang bertaqwa . "( Ali - Imran : 115 )
Ganjaran Atas Setiap Amalan
Setiap orang Islam yang melakukan kebajikan dan amalan soleh ( termasuk juga golongan ahli kitab yang telah beriman dan taat kepada syariat Allah s.w.t. ) akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Amalan ketaatan tersebut tidak menjadi sia - sia atau disekat daripada mendapat pahala walaupun amalan kebajikan tersebut terlalu kecil disisi manusia sebesar zarah sekalipun , kerana sifat Allah s.w.t. yang Maha Adil dan Maha Mengetahui tentang hambanya yang soleh dan bertaqwa . Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh seseorang tersembunyi daripada pengetahuan - Nya dan Allah s.w.t. tidak mengabaikan ganjaran bagi sesuatu amalan kebajikan yang dilakukan oleh para hambanya yang soleh .
Untuk itu , sebagai umat Islam kita patut sentiasa berusaha untuk menambahkan amalan kebajikan sebagai bekalan untuk menuju akhirat kerana amalan kebajikan dan kebaikan sahaja yang akan menjadi pengukur kepada kita semasa berada di akhirat . Pada masa itu , harta dan anak tidak lagi berguna melainkan hati yang bersih dengan amalan soleh sahaja yang menjadi penyelamat .
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
Untuk itu , sebagai umat Islam kita patut sentiasa berusaha untuk menambahkan amalan kebajikan sebagai bekalan untuk menuju akhirat kerana amalan kebajikan dan kebaikan sahaja yang akan menjadi pengukur kepada kita semasa berada di akhirat . Pada masa itu , harta dan anak tidak lagi berguna melainkan hati yang bersih dengan amalan soleh sahaja yang menjadi penyelamat .
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
" Hari yang padanya yang harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu kecuali orang - orang yang datang menghadap Allah s.w.t. dengan hati yang selamat sejahtera ( daripada syirik ) . "
Tambah Amal Kebajikan
Umat Islam perlu sentiasa berusaha untuk menambahkan amalan kebajikan semasa diberi peluang hidup di dunia , kerana amalan kebajikan sahaja yang akan dinilai dan menjadi penyelamat untuk kita dan amalan tersebut akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang hamba - Nya yang soleh dan bertaqwa .
perkongsian yang cukup bagus..terima kasih
ReplyDeletesekiranya kita buat amalan baik dan rasa kita buat sebab menunjuk2 dengan orang (niat ni penuh dengan dugaan iblis) jadi jangan stop... teruskan lagi dan lagi... kerana orang yang memandang tu sekejap jer... lama kelamaan keikhlasan untuk Allah tu akan muncul... ikhlas ni bukan suatu perkara yang dapat dalam sedetik atau bila kita mau tapi kena di usahakan dengan memakan masa
ReplyDeleteIn shaa Allah CM.. semua yang kita lakukan disini.. pasti akan mendapat 'ganjaran' ..
ReplyDeletebetul tu. anak2 x boleh nk tlg. harta apatah lg...so amalan shj laa yg kita ada
ReplyDeletekebaikan yang kita buat kerana Allah SWT insyaAllah akan ada ganjarannye
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa mendapat ganjaran sebaiknya atas setiap amal yg kita lakukan... aamiin..
ReplyDeleteBetul tu Vee....sejak makin tua ni lagiah kesedaran tu kuat, syukur.....Tp tulah namanya pun manusia, ada kalanya malas jugak....
ReplyDeletebetullah kan vee
ReplyDeletekalau tak usaha, mana nak nampak