Makruh Dan Haram Puasa | Sekarang sudah masuk bulan Rejab malah sudah ke penghujungnya . Ini bermakna sudah ramai yang mula berpuasa sunat sama ada berpuasa untuk membayar hutang puasa Ramadhan lepas mahupun berpuasa sunat biasa bagi membiasakan diri sebelum menjelangnya Ramadhan .
Berpuasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dan dahaga bermula dari masuk waktu Subuh sehingga waktu Maghrib dengan syarat-syarat tertentu .
Dalam melaksanakan puasa sunat ini , ada antara kita yang taksub sehinggakan berpuasa setiap hari berturut-turut tanpa berhenti . Puasa berterusan sepanjang waktu ini hukumnya makruh . Rasulullah sendiri pun hanya melakukan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis sahaja .
Sabda Rasuullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu yang wajib kamu bayar . Begitu juga dirimu dan ahlimu semua mempunyai hak yang wajib kamu bayar . Maka daripada itu hendaklah kamu berpuasa kemudian berbuka ( pada waktu tertentu ) serta berjaga malam dan tidur ( pada waktu lain ) . Dan dekatilah ahlimu dan berikan hak mereka satu persatu . "
( Riwayat Bukhari )
Haram pula puasa berterusan sepanjang waktu iaitu masuk dua hari raya ( Aidil Fitri dan Aidil Adha ) dan juga hari tasyrik
Hikmah Berpuasa
Ibadah berpuasa mengandungi beberapa hikmah ataupun rahsia antaranya :
1- Tanda terima kasih kepada Allah
Semua ibadah mengandungi erti terima kasih Allah atas nikmat pemberian-Nya yang tidak terbatas banyaknya dan tidak ternilai harganya .
Firman Allah yang bermaksud :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah , nescaya kamu tidak dapat menentukan bilangannya . "
( Surah Ibrahim : 34 )
2- Mendidik kepercayaan kepada Allah .
Seorang yang sanggup menahan makan dan minum daripada harta halal kepunyaannya sendiri kerana ingat Allah sudah tentu tidak akan meninggalkan segala perintah-Nya dan tidak akan berani melanggar segala larangan-Nya .
3- Mendidik perasaan belas kasihan terhadap golongan fakir dan miskin .
Seorang yang berasa sakit dan pedihnya perut berkeroncong akan dapat menyelami kesusahan orang lain yang sepanjang waktu berasa ngilu perut kelaparan .
Tu lahh ramai yang dah start berpuasa skrg ni..
ReplyDelete