Lima peringkat solat


Lima peringkat solat | Solat merupakan tiang agama . Tanpa melakukan solat maka akan runtuhlah iman seserang itu dengan mudah . Melakukan solat bukan sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim tetapi solat dapat menguatkan akidah , menenangkan jiwa , memudahkan urusan , melimpahkan rezeki dan sebagainya . Di dalam solat juga terkandung banyak doa .


Lima peringkat solat


Firman Allah yang bermaksud : 

(Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku .
( Surah Ibrahim , ayat 14:40)

Lima peringkat solat🍁1. Peringkat pertama : Disinilah terletaknya orang yang tidak menjaga waktu solat, tidak menjaga wuduk, tidak menjaga rukun2 solat yang zahir. Tidak ada khusyu. Mereka ini akan mendapat hukuman keras atas solatnya sebgaimana disepakati ulama.

Lima peringkat solat

Terdapat lima peringkat solat yang perlu diketahui seperti berikut :


Peringkat pertama : 


Disinilah terletaknya orang yang tidak menjaga waktu solat, tidak menjaga wuduk, tidak menjaga rukun2 solat yang zahir. Tidak ada khusyu. Mereka ini akan mendapat hukuman keras atas solatnya sebgaimana disepakati ulama.

Peringkat kedua : 


Disinilah terletaknya orang yang menjaga waktu solat, menjaga wuduk dan rukun2 solat yang zahir. Namun solat mereka lalai dan tidak khusyuk. Mereka ini akan dihisab solatnya.


Peringkat ketiga : 


Di peringkat ini orang yang menjaga waktu solat, menjaga wudhuk dan juga rukun2 solat. Terbit sedikit khusyuk dalam hati mereka. Mereka ini akan tertutup kekurangannya.


Peringkat keempat : 


Orang2 yang menjaga waktu solat, menjaga wudhuk, menjaga rukun2 solat dengan khusyuk. Ini merupakan peringkat yang sangat tinggi, dan memperoleh pahala penuh.


Peringkat kelima : 


Peringkat ini untuk mereka yang menjaga waktu solat, wudhuk, rukun2, dan kekhusyukan. Mereka juga menyerahkan sepenuh jiwa raga mereka kepada Allah swt. Semasa solat seperti tidak berada di dunia dan hati mereka tidak terkait dengan dunia. Hati mereka sepenuhnya dengan Allah swt. Inilah maksud ucapan Rasulullah "puncak kebahagiaan terletak dalam solat". Mereka sangat dekat dengan Rabb.



Petikan Madarijus Salikin, ibnu Qayyim.



1 Response to "Lima peringkat solat"

  1. in Shaa Allah tengah berusaha untuk solat yang lebih baik dari sebelumnya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...